Showing posts with label Tips Bergaya. Show all posts
Showing posts with label Tips Bergaya. Show all posts

Thursday, January 21, 2016

Putihkan Gigi Guna Kulit Pisang

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Boleh Putihkan Gigi Guna Kulit Pisang Je? Ini Caranya!


Siapa yang tidak inginkan gigi yang putih dan bila senyum je, bersinar-sinar gigi. Nak buat rawatan putihkan gigi bukannya murah. Ada la dalam RM300 kena ada dalam poket. Jangan risau, ada je cara murah dan menjimatkan untuk putihkan gigi iaitu dengan menggunakan kulit pisang. So, lepas ni kalau makan pisang, jangan dibuang kulitnya. Kulit pisang pun ada khasiat dan kebaikan. Kenapa guna kulit pisang? Ini kerana kulit pisang mengandungi kalium, magnesium dan manganese, yang membantu mengurangkan kotoran pada enamel.

Ini cara mudah untuk putihkan gigi dengan menggunakan kulit pisang!
banana-peels-750x500

1. Pilih pisang yang matang

Pastikan anda memilih pisang yang matang tapi jangan ambil yang kulitnya hitam. Makan buah tu dulu. Nyum Nyum..

2. Gosok kulit pisang ke seluruh gigi & biarkan selama 10 minit

3. Selepas itu, pastikan anda tersenyum dan elakkan bibir anda dari terkena gigi.

Memang tak selesa dan lenguh mulut, tapi nak cantik kena la tahan sikit.

4. Selepas 10 minit, berus gigi dengan berus gigi kering

Berus dengan gerakan bulat selama 1-3 minit. Kemudian berus gigi seperti biasa bersama ubat gigi untuk membersihkan sisa-sisa pisang pada gigi.
5. Lakukan rawatan ini dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
P/S: Lepas ni gigi anda akan bersinar macam ni
1_gif_1444631424

 xoxo

7 Rahsia Che Ta Kekal Langsing & Jelita Walaupun Sudah Berusia 42 Tahun!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام
 عليكم ورحمة الله وبركاته



Siapa yang tidak mengenali wanita cantik ini. Rozita Che Wan sering dikaitkan dengan bulu mata palsu dan memang sudah jadi trademark. Walaupun sudah berusia 42 tahun dan sudah mempunyai 3 orang anak, namun pelakon ini kekal langsing dan jelita. Mesti ramai yang makan hati dengan kecantikan ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ni. Apa rahsianya, mesti ramai nak tahu kan!

1. Jangan pernah dengki dengan kecantikan orang lain

Sentiasa menghargai kecantikan dan jangan pernah dengki pada kecantikan orang, ia akan terserlah pada wajah.
gfdgf

2. Mandi badan dulu untuk elak rambut beruban

Kalau mahu elakkan rambut beruban, mandi badan terlebih dahulu, biar badan terasa sejuk kemudian baru basahkan kepala.

3. Kurangkan makan nasi kalau berat badan naik

Saya makan seperti biasa. Apabila berat badan mulai naik, saya akan kurangkan. Contoh seperti makan nasi tiga kali sehari saya akan kurangkan mungkin sekali atau dua kali sahaja. Namun ketika mengandung saya makan nasi lima kali sehari!
gbhgfdgfg

4. Amalkan sit ups untuk badan langsing

Saya tidak amalkan pemakaian bengkur atau girdle untuk badan langsing. Saya amalkan sit ups untuk perut kekal kempis.

5. Berpantang selepas bersalin sangat penting untuk tubuh badan cantik

Dahulu sewaktu berpantang mak saya memang betul-betul jaga. Dia akan pastikan kipas dan penyaman udara tidak dipasang jadi suasana bilik seperti sauna. Kemudian saya akan minum jus prun, bertungku dua kali sehari. Makan ikan masin, hati masak lada hitam, ikan bilis dan buah epal.
dfgff

6. Penjagaan kulit sangat penting untuk kulit yang cantik

Siang saya amalkan penjagaan asas seperti mencuci, menyegar, serum dan krim siang. Malam pula cukup sekadar mencuci, serum dan krim malam. Jika rajin saya akan memakai peel off mask.

7. Selalu amalkan kuning telur untuk kulit awet muda

Lepas cuci wajah, lap wajah dengan tisu bukan dengan kain. Kemudian saya selalu letakkan kuning telur pada kapas dan tekap pada wajah sebagai pupur.
fdgfd

Sumber via EH!


xoxo

Thursday, August 27, 2015

6 sebab diet tak berhasil

Tapi setelah diselidik, dikaji dan dari pembacaan, ada lagi punca kenapa diet aku tak menjadi.. Nak tau apa dia? Jom baca ni :


1. Makanan Yang Diproses 



- Kajian dah kata dah makanan yang dalam tin semua tu termasuklah mee segera semua nya makanan tak sihat.Dah laa takde nutrien , ada pemanis, pewarna tambahan lagi. Ada jugak kandungan yang terdapat di dalamnya mengandungi bahan yang terlarang. Sama ada kita ni rajin atau tak atau tak paham langsung laa ingredient dalam makanan tu. Sebenarnya lebih pada tak paham.hahaha.. Kadang kan dia letak nama saintific.betul tak?

2. Diet Ketat



Nak kurus punya pasal kan, sanggup tu tak makan langsung.. Dah la tak makan, diet katanyaaa..lepas tu buat senaman yang berat-berat. Memang confirm tak menjadi.. Nak buat senaman pon perlukan tenaga. Kalau dah kebuluqq tak makan, mana nak datang tenaga cik kak cik abang oiii.. Aku pernah jugak la..tak terkecuali.. tahan 2-3 hari je tak makan langsung.. takat minum air kosong dengan makan roti je. Hahahhaa.. akhirnya, kelaut jugak diet aku tuuu bila tengok Gjul hari-hari masak nasi berlaukkan ayam.. Kejam kan laki aku tuuu... Pancing kuat!


3. Tak Tahu Nak Hadapi Tekanan




Kadang kita ni dah la ada tekanan kerja, tekanan balik rumah bersepah lagi, masalah kewangan dan segala macam mak nenek punya masalah lah.. Dah la stress. Tension. Konon nak jumpa kawan untuk berhuhuhuhu hahaha.. Tapi entah macam mana lah kan , mungkin dah kawan pulak jenis cakap lepas .. terlepas pulak cakap "Gemok nya engkau sekarang.. laki/bini kau bagi cukup makan ek?? Dah macam kartun Bimax dah badan ko".. Time tu boleh laa ko gelak-gelak lagi.. Dalam hati mesti kata menyesal nyaaa jumpa..Nak berfikiran positif? Senang laa cakap kan.. Yang hadap nye je tau.  Tapi ada juga kajian yang mengatakan, untuk menghadapi tekanan, salah satu nya adalah makan makanan yang baik sebagai contoh salad sayur, dan buah buahan..Tarik nafas, dan makan dengan tenang. bukan makan aiskrim, coklat , gula-gula semua tu.. Wah? Really??? Selama ni aku makan coklat jerkkkk... Kena ubah ni.. 

4. Toksin Dalam Badan


Toksin ni sebenarnya sangat lah tak baik bila berada dalam badan kita. Dah laa dia serap nutrien sihat dalam tubuh. Huh! Jahat kan. Sebab tu agak susah nak kurang berat. Walaupon kita dah berdiet, tapi ada terambil makanan yang tidak bagus, dan tiada nutrien , seronok toksin ni dok menginap 3 hari 4 malam dalam badan. Ia akan keluar melalui proses perkumbuhan sama ada najis dan air kencing. Sekarang ni dah banyak tips untuk detox keluarkan toksin dalam badan, contoh nya minum teh hijau, minum air detox dan makan makanan yang berserat dan melancarkan penghadaman.



5. Pengambilan Ubat-ubatan


Seseorang yang mengamalkan ubat-ubatan memang ada sesetengah ubat tak membantu untuk seseorang itu turun berat badan. Malah ada yang menyebabkan kegemukan dan kenaikan berat badan. 



6. Masalah Pencernaan



Sapa ada masalah macam ni? Aku wey.. selalu sangat. kadang seminggu sekali baru dapat membuang. Alahai sodehhh.. padan lah tak kurus-kurus. Kadang tu rasa nak je makan julap kau tau.. Tapi kang bila pikir sakit ke ape kan, tak jadi lah.. Dari pembacaan aku, yang penting adalah detox kan toksin dalam badan yang dah menyerap segala keturunan nutrien dalam badan. Sebab tu digalakkan makan makanan yang sihat, dan pastikan ia bukan makanan yang diproses dan tanpa bahan pengawet. 

sumber : Harper's Bazaar

Friday, July 24, 2015

TIPS MEMILIH TUDUNG TERBARU ONLINE



 
Tudung adalah satu item yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama yang dipraktikkan. Namun bagi wanita di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai.

Adakah anda sedar bahawa sesetengah tudung wanita goes really well dengan tona warna kulit anda, manakala sesetengahnya yang lain tidak? Jom kita lihat beberapa tips memilih koleksi tudung terbaru online untuk wanita.


 

Tudung kini boleh didapati dalam variasi pilihan warna yang sangat meluas, dan bukan sekadar hitam. Terdapat banyak pilihan warna tudung dalam pasaran, jadi tiada masalah untuk kita bergaya dengannya untuk dapatkan penampilan yang lebih menarik. Ini kerana tudung terkini wanita boleh memberikan sentuhan yang sempurna ke atas keseluruhan persalinan anda dan dalam masa yang sama membuatkan anda kelihatan sopan. Ramai wanita yang keliru apabila memilih tudung terkini wanita untuk disesuaikan dengan persalinan yang sedia ada. 

Untuk menyempurnakan penampilan tudung, perkara utama yang harus anda ambil tahu adalah warna tudung dan warna kulit anda. Adakah ia sesuai dan indah dipandang mata apabila digayakan?Warna tudung yang salah atau tidak sesuai dengan warna kulit anda boleh membuatkan wajah anda kelihatan kusam dan tidak segar. Padanan yang tepat  termasuk kesesuaian warna tudung dengan warna atau motif pakaian anda akan menyerlahkan lagi keseluruhan penampilan anda, sehingga tercipta satu stail yang selesa dan memikat!

Berikut tips memilih warna tudung yang sesuai dengan warna kulit anda.Tips tudung yang asas adalah pilih hijab mengikut tona warna kulit anda dan padankan dengan baik bersama persalinan kegemaran anda.

  • Jika anda mempunyai warna kulit yang cerah, warna yang gelap seperti hitam, royal blue, kelabu gelap dan ungu gelap adalah antara pilihan yang baik. Warna yang lebih gelap dapat menyerlahkan tona kulit anda dan menambahkan lebih kelembutan dan kecantikan pada wajah anda. Elakkan light colour seperti putih dan pastel.
  • Bagi mereka yang mempunyai kulit sawo matang dapatkan tudung dengan warna yang medium seperti merah, biru ataupun merah jambu. Manakala cuba untuk elakkan warna coklat, karamel ataupun oren.
  • Wanita dengan warna kulit yang lebih gelap perlu gunakan warna pastel dan neutral shades dan jangan pilih warna seperti merah, hitam, coklat, kuning, hijau ataupun oren kerana boleh membuatkan kulit anda kelihatan lebih gelap.


Contoh Warna Pastel


Contoh Warna Neutral Shades



Sekian tips untuk kali ini. Semoga anda tampil lebih bergaya selepas ini !!!
xoxo
 

**ART IS A PASSION**

Tips Memilih Warna Pakaian Berdasarkan Bentuk Badan dan Kulit

Assalamualaikum

Sekejap je dah habis bercuti raya. Dah start masuk kerja. Arghh bila la BFF saya nak jadi jutawan ya. Boleh la saya berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa ( Verangan ). Selepas cuti raya, alhamdulillah saya sudah mula menerima tempahan mengait. Ada 1 beg diamond  dan dua set minion untuk bayi ( cocoon + beanie). Syukur. Saya pun cepat bosan kalau duduk di rumah tanpa buat apa-apa. Anak-anak semua dah besar dan buat hal sendiri. Tapi walaupun masing-masing dah membesar sebagai johan, mereka tetap berebut-rebut nak meleset macam kucing kat ibunya ni. (^_^)

OK. Sambil blog walking, saya jumpa satu post ni mengenai tips memilih warna pakaian berdasarkan bentuk badan dan kulit. Bagus juga kan. Tapiiiii sebagai wanita Islam, sebaiknya baju yang dipilih itu biarlah longgar dan menepati syariat ya. Berikut adalah tipsnya;

TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN
 1  Kita boleh menggayakan sesuatu pakaian tidak melebihi dari 3 warna. Untuk kelihatan lebih menarik dan ceria, gabungkan warna semulajadi seperti putih, coklat krim, kelabu mahupun hitam bersama warna-warna ceria seperti hijau pucuk pisang, biru muda, oren, kuning, jingga, peach, merah jambu mahupun merah. Gabungan warna semulajadi dan warna ceria mampu membuatkan anda nampak lebih ceria & muda. Namun yang demikian, jika anda tidak yakin bermain dengan warna, gayakan sahaja 1 warna seterusnya pakai aksesori seperti rantai, gelang mahupun tudung yang lebih menyerlah & warna-warna ceria.

Contoh penggayaan yang sesuai: baju warna biru, seluar/skirt warna merah & tudung warna kuning atau gabungkan warna tudung merah & biru.


 2  Jika anda ingin memakai baju bercorak bunga, abstrak dan sebagainya, padankan seluar/skirt corak kosong (plain) warna senada dengan baju. Perlu diingati, jangan sesekali anda memakai baju corak bunga, seluar & tudung juga bercorak. Apabila semua yang anda pakai bercorak, ia hanya akan nampak berserabut. Ini harus di jauhi.
Contoh penggayaan yang sesuai: baju corak bunga, seluar/skirt dan tudung corak kosong (plain) senada.


 3  Anda juga boleh menggayakan corak kosong untuk baju, corak garisan lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.


 4  Sebelum memilih warna pakaian, anda kena tahu bentuk tubuh badan anda terlebih dahulu. Tips berikut mengenai tips memilih pakaian mengikut tubuh & warna kulit.
TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASAKAN BENTUK BADAN
 
Badan gempal dan tinggi
Individu seperti ini sesuai menggayakan baju bewarna gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Serlahkan juga penampilan anda dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria anda harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.
Badan kurus dan rendah
Jika anda golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan trendy!
Badan kurus dan tinggi
Untuk individu yang berbadan kurus dan tunggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.
Untuk mengetahui jenis pakaian apa yang tepat, anda perlu ketahui dahulu bentuk tubuh anda kategori yang mana. Pada umumnya bentuk tubuh wanita terdiri daripada 4 jenis iaitu :-

(a) Bentuk Badan Buah Pear
Bentuk Badan Buah Pear
Ciri wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh lebih besar di bagian bawah pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara tidak langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.
Tips untuk bentuk badan buah pear :
    1. Pakaian yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.
    2. Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai.
3. Hindari pakaian atasan yang berwarna gelap dan seluar sendat di pinggul kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul anda yang besar.
(b) Bentuk Tubuh Epal
Bentuk Tubuh Epal
Dikatakan berbentuk epal kerana tubuh jenis ini cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang membesar.

Tips untuk bentuk tubuh epal :
1. Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.
2. Seluar dan skirt berpotongan lurus sesuai digayakan.
3. Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.
4. Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi.
5. Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.
(c ) Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan kelihatan tubuhnya lurus.
Tips untuk tubuh 4 segi :
1. Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.
2. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.
(d)  Bentuk Jam pasir
Bentuk Jam Pasir

Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggang sehingga terlihat seksi.
Tips untuk tubuh jam pasir :
  1. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis pakaian.
  1. Kepada yang tidak memakai tudung, anda boleh memakai pakaian bahagian atas (leher) jenis yang terbuka untuk menonjolkan bentuk bahu yang indah.
  1. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar dengan potongan A-line agar anda kelihatan ramping.
      4. Serlahkan penampilan anda dengan warna-warna ceria

TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASARKAN KULIT


  1. Kulit Putih/Cerah

Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yang sesuai sangat senang dan banyak. Jika anda berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam dan biru terang. Jauhi memakai pakaian bewarna pastel seperti coklat dan biru muda kerana ia akan membuatkan anda nampak pucat.


  1. Kulit Sawo Matang

Orang Malaysia kebanyakkan berkulit sawo matang. Kira warna kulit standard orang Malaysia atau lebih tepat kulit orang melayu. Untuk anda yang berkulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan menyerlah. Harus diingati anda yang berkulit ini tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, ia akan membuatkan anda kelihatan kusam.


  1. Kulit Gelap/Hitam Manis

Untuk yang berkulit gelap serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna cerah dan ceria seperti merah jambu, biru laut, putih, coklet, peach, hijau muda, dan kelabu. Elakkan memakai warna gelap seperti hitam, coklet gelap, maroon, biru gelap dan hijau gelap kerana ini akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap.


**ART IS A PASSION**

Monday, August 18, 2014

Cadangan Menu Seminggu - Diet lepas meraban makan di bulan Syawal

Ini ada contoh menu untuk seminggu. Sapa yang malas nak berfikir, boleh tiru je menu ni. Ni satu menu ringkas yang aku rasa simple dan senang dibuat/dibeli. Anda kena pandai-pandai pilih buah dan sayur untuk dimakan. Kalau boleh, lebihkan sayur yang dimasak rebus, macam bayam masak air, atau sayur celur, atau kerabu. Pilih buah-buahan seperti epal, tembikai, nenas, jambu batu, oren dan elakkan buah yang terlalu manis macam buah mangga, longan, rambutan, ciku etc. 

Anda boleh tengok, aku tak sertakan langsung air manis, sebaliknya aku letak buah-buahan. Nasi dihadkan kepada 1 senduk, sebaliknya aku lebihkan sayur dan benda lain. Hari takde nasi, diganti dengan jagung. Haha. Cuba minum susu skim setiap pagi, sebab susu skim membekalkan kalsium serta membantu diet dengan berkesan. Orang yang minum susu skim lagi cepat turun berat badan berbanding yang tak minum. Susu skim boleh beli di Jusco, cap Sunlac. Tesco pun ada susu skim sendiri, tapi makin susah nak dicari. Aku tak tau apa kena Tesco ni, tapi kat tempat aku, nak cari susu skim kat Tesco ni umpama sesi sakitkan hati sendiri. Asyik takde je.

ISNIN

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi (aku cadangkan muesli) &  segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air sejuk) *guna air sejuk, kalau tak memang lemau la nak membaham mende ni.
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Tengahari: 1 keping tembikai + 1 senduk nasi + 1 hidangan ikan bakar & air asam/kicap bawang + 2 senduk sayur rebus/stir fry  + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping) *suka hati korang la biskut apa pun, asalkan 1 pek kecik tu je.
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 sandwic tuna rendah lemak dgn tomato & timun + 1 gelas air kosong

SELASA

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1 sandwic telur hancur dgn tomato & timun & sos (masak telur guna 1 sudu teh minyak zaitun atau guna hirisan sebiji telur rebus je) + segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping) *aku suka Jacob's Hi-Fiber
Makan Tengahari
: 1/2 biji jambu batu + 1 senduk nasi + 1 ketul dada ayam sederhana & sedikit kuah + 2 senduk sayur campur/rebus + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong  + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 mangkuk kecil/bungkus laksa Penang + 1 gelas air kosong

RABU

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi (aku cadangkan muesli) &  segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Tengahari: 1 keping tembikai madu/susu + 1 ikan bakar & air asam/kicap bawang + 3 senduk sayur campur/rebus + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 1 mangkuk kecil jagung manis rebus (jangan tambah gula, garam atau butter)
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 dada ayam gril + salad campuran (nnt aku letak resipi) + 1 gelas air kosong

KHAMIS

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1 sandwic ayam dgn salad, tomato & timun + segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam) *guna ayam malam tadi
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping) + sedikit kismis
Makan Tengahari: 1 keping tembikai + 1 senduk nasi + 1 ikan asam pedas & kuah + 2 senduk sayur campur/rebus + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 2 biji oren
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 yogurt kecil atau 1 biji oren +  1/2 keping naan cheese + kuah dhal + 1 gelas air kosong

JUMAAT

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1/2 keping naan keju (baki semalam, sila panaskan) + kuah dhal + segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping)
Makan Tengahari: 1 keping tembikai + 1 senduk nasi + 1 ketul ayam goreng (sila buang kulit sebelum makan) + 2 senduk sayur campur/sup sayur + sambal belacan + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang : 1 gelas air kosong + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 mangkuk sup sawi diet dengan mi kering + 1 gelas air kosong *nanti aku bagi resepi 

SABTU 

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 2 senduk nasi goreng + 1 gelas air limau suam/ais kurang manis
Kudapan 10 pagi : Segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)  
Makan Tengahari: 1 senduk nasi + 1 senduk paprik ayam/seafood + 2 senduk sayur campur + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 1 mangkuk buah-buahan potong
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 sandwic tuna rendah lemak dgn tomato & timun + 1 gelas air kosong

AHAD

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 bungkus kecil nasi lemak + 1 kuih manis + 1 gelas air kosong
Kudapan 10 pagi : Segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam) 
Makan Tengahari: Suka hati, asalkan tak melantak. Boleh makan fast food, tapi pastikan anda minum air mineral saja.
Kudapan 3 petang: 1 gelas air limau kurang manis + 1 mangkuk buah-buahan
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal +1 mangkuk sup sawi diet/1 mangkuk kecil jagung manis/1 mangkuk kecil bubur oat + 1 gelas air kosong

Resepi aku semuanya menggunakan minyak zaitun menggantikan minyak biasa. Aku rasa, minyak zaitun wajib ada dalam diari orang berdiet. Mahal, tapi kita guna cuma 1 sudu teh je setiap kali nak memasak. 1 botol tu memang akan tahan lama. Kekacang pun aku suka, tapi aku pilih jenis yang tidak digoreng dan kurang masin. Kadang-kadang aku makan green peas dalam tin tu, untuk makan malam. 

Nanti aku letak resepi-resepi simple untuk anda guna, insya Allah.

 Dipetik dari blog awek kedekut




**ART IS A PASSION**