Showing posts with label Bag. Show all posts
Showing posts with label Bag. Show all posts

Tuesday, August 23, 2016

Diamond Beg Aka Boslo De Rombos

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Kali kelima rasanya saya kait beg ini. Bila dah selalu kait, lagi mudah rasanya nak siapkan. Customer minta letak zip dan lining ( part ni susah sket  (^_^) )... Dan saiz beg ni dibesarkan dari saiz asal. Saiz asal 13' x 10 ". Customer minta saya besarkan jadi 16 " x 11". Ha..kita kira la balik mata kaitan tu..sampai la jadi besar.







Pada yang berminat nak cuba, bole start fahamkan diagram. Buat dari tapak nya dulu, 47 tali air pada row pertama, dan double crochet pada setiap tali air tu. Increase di kedua-dua hujung tali air. Kalau ada soalan..bole whatsapps no tertera..Selamat mencuba

Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

Monday, August 10, 2015

Simple Double Crochet Tote Bag


 Assalamualaikum

Saya kat rumah memang tak reti nak duduk diam.
Kerja rumah semua dah selesai. Lipat kain sudah. Masak pun siap.
Apa nak buat lagi ye? Tempahan krusye pun semua dah siap.

Erm... kita kait beg la yer sambil layan DOOM 3. Siap dalam masa dua jam. Siap letak zip tapi tiada lining.
Saiz beg 9*7.5 ( inci). Panjang tali 14". Simple!



**ART IS A PASSION**

Monday, July 27, 2015

Beg Diamond - Bolso De Rombos with zippered lining + adjustable string

Assalamualaikum


Tempahan beg terakhir yang disiapkan sambil mengait kupiah. Beg sudah lama saya siapkan semasa cuti sekolah bulan Jun. Kami bercuti di Kelantan sambil sibuk dengan kenduri abang ipar. Saya curi masa mengait dan siapkan 3 buah beg corak yang sama dengan saiz yang berbeza.

Beg ini talinya saya buat mudah diselaraskan ikut panjang yang diingini malah saya tambah lining serta zip. Juga tiga kuntum bunga ros seperti yang diminta oleh kawan saya. Katanya sudah lama cari orang untuk kait beg. Tak sangka kawan sendiri boleh mengait. Kali pertama saya buat beg ada lining. Terkial-kial juga nak siapkan. Alhamdulillah. Selesai dan saya rasa lega IJA suka beg ni dan dia repeat order beg yang sama untuk anak buah dia :D. Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki dari Allah SWT.

 

**ART IS A PASSION**

Tuesday, June 16, 2015

Diamond Crocheted Beg - Bolso De Rombos

Assalamualaikum

Lagi beg krusye. Kali ni saya ubahsuai beg ni sebab pelanggan mahukan beg ni besar. Saiz asal seperti yang tertera pada pattern ada 11 x10 , tali 20". Saiz baru saya buat 14 x 13, tali 24 ".
Kod benang nona yang digunakan no 84, masa yang diambil untuk menyiapkan beg ni 2 hari sebab saya ada masa buat waktu malam sahaja. Siang kerja sob sob sob...



Pattern yang ada semua bukan dalam Bahasa Inggeris. (^_^). Susah juga saya nak fahamkan sebab saya kurang familiar dengan diagram. Tapi alah bisa tegal biasa. Ni merupakan beg ketiga saya kait dan perlu ubah saiz pula. Alhamdulillah.



The original pattern have 47 dc ( start 50) , but the modified version i crocheted above, ive chain 65, dc at 2nd st ( 63 ch). .. The increase part just follow the diagram above. If you have any question, please do not hesitate to contact me. Good luck.

**ART IS A PASSION**

Monday, May 18, 2015

Bolso De Rombos


Assalamualaikum


4 hari 4 malam saya cuba siapkan beg nih. Pertama kali memang letih mengaitnya macam baru balik jungle tracking.

 Diamond Crochet Beg nama diberi. Kalau kait beg ni jangan silap kira. Nanti bentuknya tak cantik dan tepat. Sebab tu ambil masa 4 hari 4 malam. Secara kasar satu hari bole siap jika fokus. Alam rumahtangga dengan hobi kat rumah banyak gangguan (^_^). Saiz beg 11" X 16" termasuk tali.

Since dah 4 hari 4 malam kait, lepas ni terer dah nak buat. Insya allah..ada dua lagi beg ni tengah tunggu untuk disiapkan. Layankan gambarnya ya. Beg ni dah siap n selamat sampai pada tuannya..


Diamond Crocheted Bag took me 4 days to finished it. Such a relief when the beg has completed.
You have to focus and follow each and every detail of the pattern or you might end up puzzled.
I have two more beg to crochet and hope this time it should be smooth and steady. Finger crossed.
I have searched for the written instruction or tutorial but the only thing that i found is this. For those who interested to try just search Bolso De Rombos and the diagram for it will appear. Happy Crochet peeps!!!





https://igcdn-photos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xat1/t51.2885-15/11191602_642020029262693_639880638_n.jpg
https://igcdn-photos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/t51.2885-15/11176629_1575333849398642_843510345_n.jpg


**ART IS A PASSION**