بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kembali bersiaran.
Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 3 September 2016 lalu secara pembedahan.Ibu dan bayi selamat.
Kekok gila setelah 10 tahun....
Memperkenalkan Nurhannan Mirza
Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja.
xoxo
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Tuesday, December 6, 2016
Wednesday, August 24, 2016
36 Minggu
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah. Kandungan saya dah masuk minggu ke 36. 36 minggu 3 hari secara tepat pada hari ini. Ibu dan bayi sihat. Air ketuban , saiz bayi dan berat bayi mengikut usia kandungan. Berat ibu hanya naik 2.6 kg sepanjang 9 bulan hamil. Ye la saya terpaksa makan bercatu kerana komplikasi GDM kan. Nak makan pun takut-takut. Tapi bila tak takut tu saya bedal semahunya juga la. Namun sebab dah biasa makan sikit dan elakkan yang manis-manis, dah tak berapa boleh masuk pun air manis, kek, dessert dan yang sewaktu dengannya.
Sepanjang hamil terutamanya apabila disahkan ada GDM, saya makan ikut jadual makan yang diberi pakar pemakanan. Bulan puasa paling kritikal. Berat saya turun mendadak sehingga 5 kg dan berat bayi hanya 700g ( usia kandungan 28 minggu). Terpana seketika saya paksa makan semahunya. berat saya naik sedikit demi sedikit begitu juga bayi. Alhamdulillah. Saya makan lebih sedikit tapi masih tak mengambil makanan manis dan nasi saya kawal. Lauk harian ulam-ulam/sayur rebus/sambal belacan/budu dan tumis-tumis air je. Belum bersalin saya dah berpantang sakan.
Kawan-kawan sepejabat terkejut bila saya beritahu hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi waktu untuk melahirkan. Minggu depan 30/08/2016 saya akan bertemu pakar O & G di Hospital Putrajaya. Temujanji kali ini juga akan menentukan samada saya akan bersalin secara czer / normal. Kedudukan bayi setakat ini masih songsang. Berat bayi sudah mencecah 2.8 kg. Jantina nya kemungkinan perempuan.
Czer...trauma .. Saya hanya mampu berdoa agar Allah memudahkan dan memberi yang terbaik untuk saya dan bayi. Saya harap anda yang membaca post ini doakan saya. Semoga saya dapat bersalin secara normal.
Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja.
xoxo
Friday, January 29, 2016
Hamil - kitaran haid 37 hari
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT. Saya hamil lagi anak ke empat. Minggu lepas saya buat UPT sendiri dan linenya dua- positif. Aisyah terus tanya , Ibu kalau dua garis tu ada baby dua orang ker? Eh sorang je dik.. (^_^)
Hijjaz dan Aisyah seronok nak dapat adik. Ye la tahun lepas tak kesampaian. Harap kali jadi. Semalam saya ke Klinik Kesihatan Presint 18 untuk buat buku pink. Kali ni saya dinasihatkan untuk buat buku awal kerana saya ada kes keguguran lampau. Tambahan pula, janin saya pada masa itu ada masalah jantung. Kemungkinan besar saya kena consume ubat cairkan darah (aspirin) untuk elakkan perkara sama berulang.
Bila saya dah sah positif,saya call Klinik KesihatanP18 untuk buat temujanji buat buku pink. Maklumat saya dicatatkan dalam buku temujanji. Minggu berikutnya, 26/01/2016 saya ke klinik .Saya datang pukul 8 pagi dan ambil nombor di kaunter pendaftaran. Tunggu nombor dipanggil dan maklumkan nak buat buku pink.Dapat satu kad pendaftaran.
Selesai mendaftar ( tunggu 1 jam ) bergerak pula ke kaunter Ibu dan Anak dan tunggu lagi lebih kurang 1 jam 45 minit untuk mendaftar buat buku pink. Sakit tulang koksik tunggu lama. Nasib baik mabuk dan pening tu takde lagi (^_^). Sambil tunggu sambil istighfar, urut dada ...lama kan.. Tunggu nombor dipanggil. Masa yang diambil untuk dapat buku pink ni ada la dalam setengah jam- 45 minit. Banyak soalan tapisan yang nurse tanya. Kira macam tapisan keselamatan kasar gitu. Kat sini nurse tulis nombor bilik doktor /nurse yang saya kene pegi nanti dan note untuk ke makmal.
Kemudian saya pergi ke makmal untuk check urin dan darah. Ambil no dan tunggu nama dipanggil Kalau di Klinik Kesihatan P9 sebelum ni kad pendaftaran yang kita terima akan kita scan di setiap bilik rawatan/makmal yang kita pergi. Automatik nama kita masuk dalam sistem klinik. Tapi di Klinik Kesihatan P18 ni, kaedahnya lain. Klinik baru dan masih separa manual dan elektronik. Lebih kurang 10 minit nama saya dipanggil dan saya terus ke bilik disediakan. Bagi spesimen dikehendaki kemudian terus ke toilet untuk bagi spesimen lagi yang telah ditahan 2 jam. Kalau kuarkan awal-awal, takut takde ape nak bagi nanti masa kat makmal. Senak perut. Hahahaha...
Selesai bagi semua spesimen darah dan urin, kita tunggu lagi nama dipanggil untuk keputusan. Ha...kalau di Klinik Kesihatan P9, keputusan terus masuk ke sistem kan sementara kita bergerak ke bilik rawatan untuk jumpa nurse/doktor.
Dah dapat result kembali semula ke bilik rawatan. Tunggu nombor dipanggil untuk jumpa nurse. Nurse tanya soalan tapisan separa halus.Kemudian nurse akan refer pada doktor. Keluar balik ke kaunter Ibu dan Anak letak buku pink dalam rak yang ada nombor bilik doktor. Dan tunggu lagi. Doktor tanya soalan tapisan halus dan scan perut. Tenyeh punya tenyeh doktor cakap lemak agak banyak ( hahahhahaha ).
Monitor sonogram menunjukkan usia kandungan 7 minggu 6 hari, tapi tiada hearbeat. Hanya kantung. Saya risau. Doktor buat keputusan untuk rujuk ke Pusat Bersalin Risiko Rendah Presint 8 (EPAU). Jam sudah menunjukkan pukul 12.50 tengahari. Kami bergegas ke EPAU dan daftar di Unit Hasil. Tunggu lagi nama dipanggil untuk scan.. Kalau di klinik tadi scan di perut ( abdonimal scan) di sini saya scan melalui vagina ( transvaginal scan) untuk mendapatkan keputusan lebih tepat. Pukul 3.45 saya dipanggil untuk scan dan keputusan hampir sama. Hanya ada kantung tetapi umur fetus 5 minggu dan 3 hari. Doktor memaklumkan, saya perlu hadir lagi pada 10/2/ 2016 untuk scan. Kalau masih tiada perkembangan positif, kena cuci (T_T). Allah..mudahkan..saya menginginkan sekali anak ini....
Selesai semuanya pukul 4.15 petang. Lelah menunggu dan perut lapar. Kami tapau nasi dan lauk di mamak je. Anak-anak yang pulang dari sekolah pukul 2 tadi pun kelaparan. Mandi dan solat, masing-masing makan macam beruang selesai hibernasi. Hahahahaha. Tak masuk kerja lansung hari ni. Dah lebih 2 jam keluar opis.
Keesokan hari nya saya sakit perut dan cirit birit. Cuti lagi. Kepala start pening dan rasa loya. Tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat dan makan sahaja.
Semoga bayi dalam kandungan saya survive untuk bulan-bulan seterusnya. AMIN...
Doakan ya..
xoxo
Subscribe to:
Posts (Atom)
