عليكم ورحمة الله وبركاته
Siapa yang tidak mengenali
wanita cantik ini. Rozita Che Wan sering dikaitkan dengan bulu mata
palsu dan memang sudah jadi trademark. Walaupun sudah berusia 42 tahun dan sudah mempunyai 3 orang anak, namun pelakon ini kekal langsing dan jelita. Mesti ramai yang makan hati dengan kecantikan ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ni. Apa rahsianya, mesti ramai nak tahu kan!
1. Jangan pernah dengki dengan kecantikan orang lain
Sentiasa menghargai kecantikan dan jangan pernah dengki pada kecantikan orang, ia akan terserlah pada wajah.
2. Mandi badan dulu untuk elak rambut beruban
Kalau mahu elakkan rambut beruban, mandi badan terlebih dahulu, biar badan terasa sejuk kemudian baru basahkan kepala.
3. Kurangkan makan nasi kalau berat badan naik
Saya makan seperti biasa. Apabila berat
badan mulai naik, saya akan kurangkan. Contoh seperti makan nasi tiga
kali sehari saya akan kurangkan mungkin sekali atau dua kali sahaja.
Namun ketika mengandung saya makan nasi lima kali sehari!
4. Amalkan sit ups untuk badan langsing
Saya tidak amalkan pemakaian bengkur atau girdle untuk badan langsing. Saya amalkan sit ups untuk perut kekal kempis.
5. Berpantang selepas bersalin sangat penting untuk tubuh badan cantik
Dahulu sewaktu berpantang mak saya
memang betul-betul jaga. Dia akan pastikan kipas dan penyaman udara
tidak dipasang jadi suasana bilik seperti sauna. Kemudian saya akan
minum jus prun, bertungku dua kali sehari. Makan ikan masin, hati masak
lada hitam, ikan bilis dan buah epal.
6. Penjagaan kulit sangat penting untuk kulit yang cantik
Siang saya amalkan penjagaan asas
seperti mencuci, menyegar, serum dan krim siang. Malam pula cukup
sekadar mencuci, serum dan krim malam. Jika rajin saya akan memakai peel
off mask.
7. Selalu amalkan kuning telur untuk kulit awet muda
Lepas cuci wajah, lap wajah dengan tisu
bukan dengan kain. Kemudian saya selalu letakkan kuning telur pada kapas
dan tekap pada wajah sebagai pupur.
Sumber via EH!
xoxo
No comments:
Post a Comment