Showing posts with label kupiah kait bernama. Show all posts
Showing posts with label kupiah kait bernama. Show all posts

Wednesday, April 28, 2021

Tempahan Kupiah Kait Pelangi Bernama

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Kupiah kait tempahan untuk tahun ini.


Harga bermula dari RM25 tak termasuk kos penghantaran.



 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

Wednesday, June 3, 2020

Tempahan Kopiah Dari Baby Aisy, Alor Star

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tempahan dari Alor Setar. Selamat sampai sebelum raya.







 Tq pada yang membaca post ini.


Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

Tuesday, March 17, 2020

Kopiah Kait Bernama 2020

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kupiah kait adalah batu loncatan saya mula mengambil tempahan hasil produk krusye. Sehingga kini tempahan kupiah masih tak putus. Syukur.

Lagi dua bulan nak raya. Sempat lagi nak tempah kerana tempahan masih dibuka.

WA saya.






Wednesday, June 19, 2019

Kopiah Kait Bernama

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Aidilfitri.
Tahun ni saya beraya di rumah mertua.. mungkin untuk tahun-tahun mendatang...bertabahlah.
Sambutan raya sederhana macam selalu. Jimat cermat amalan kita kan.

Bulan Ramadhan tahun ni agak mencabar sebab kadangkala Hannan suka sangat ubah waktu tidur dia ikut waktu London. Letih bila tak cukup tidur dan kurang rehat.

Tahun ni saya dapat juga saya tempahan sikit-sikit. Alhamdulillah.




Siapa yang berhajat nak tempah, boleh whatsapps ya.

 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

Tuesday, August 7, 2018

Kupiah Kait Raya

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته








 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

Tuesday, August 15, 2017

Me and Crochet

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Huarggghhh....

Lama gila tak update blog. Sejak beranak kecil nih bz. Selamat hari raya dan salam kemerdekaan.

Alhamdulillah.
Hannan membesar dengan sihat setakat ini dan progressnya bagus dari semasa ke semasa. Hijjaz nak UPSR tahun ni. Harapnya dia pass with flying colors. Aisyah so far so good. Sometimes annoying sometimes so hillarious. Hijjaz dan Aisyah sedikit sebanyak mewarisi perangai clumsy ibunya hehe.

Actually tiada banyak yang nak dikongsi dan diceritakan. Sebab saya ni pemalu orangnya. Most of my craft sudah ditempek di instagram. You can go there too. Type natrahnorlin.

But here some/all of it. Saya masih mengait jika ada order. Setakat ni banyak mengait sarung botol air. Terkini makcik minta kaitkan langsir dapur. Saya tunggu benang sampai minggu ni boleh la saya proceed :D Good luck to me.









Thats it. Till we meet again. Any question for order/crochet etc please do not hesitate to text me through whatsapps/telegram ( its free ).


 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

Saturday, December 17, 2016

Kupiah Izzu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

Tuesday, August 23, 2016

Tutorial Kait Kupiah Bernama

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


 Alhamdulillah. Saya share kan tutorial kait kupiah dari rakan kait saya di FB ( credit pada Marina Hunny) . Moga tuan/puan bole cuba kait sendiri kelak. Mudah je. Insya allah. Sebarang soalan bole direct whatsapps ye.

 Langkah 1 :
Anda perlu sediakan :  

Benang nona kod 39 (biru)
Benang nona kod 18 (kelabu)
Hook size 1.75 mm
Cutter
Tapestry needle /jarum sulam
Pita pengukur

* nak guna hook size 2.0 mm pon boleh

Langkah 2 : 

Magic ring. Ch 3

Tutorial magic ring. (https://youtu.be/KXh7GcsValU)
  
Langkah 3 : 

 13 dc dalam magic ring. Tarik ketat-ketat/kemas. Slip stitch ke atas ch 3 yg mula-mula tadi. Ch 3.

Langkah 4:

  Selepas ch 3, 2dc, 1dc. Repeat sampai habis round. Sl st ke atas ch 3. 

Langkah 5 :  

Ch 3. 2dc, 1dc, 1dc. Repeat sampai habis round. Sl st ke atas ch 3.

Langkah 6 :

 
Ch 3. 2dc, 1dc, 1dc. Repeat sampai habis round. Sl st ke atas ch 3. 

Langkah 7 :

 
Ch 3. 2dc, 1dc, 1dc, 1dc. Repeat sampai habis. Untuk round seterusnya ulangi step yang sama dengan menambah 1dc dalam setiap round.

Langkah 8 :

 
Ulangi kesemua langkah sehingga dapat saiz tapak yang dikehendaki. Kalau masa tengah buat tapak tu kat hujung tu macam melengkung kat tepi sikit tak  mengapa Itu nanti akan elakkan kopiah kita dari berkedut.  

Langkah 9 

 Terbalikkan dan ratakan tapak yg melengkung skit td tu dan ukur. Cara saya utk dptkan saiz kopiah yg tepat adalah dgn membuat tapak kopiah 1.5 - 2 inci lebih bsr dr saiz yg dikehendaki. Utk tutorial ini saiz yg akan siap adalah 20.5 inci

 Langkah 10 :

 Kedudukan hook seperti gambar. Kita akan stop increase dan akan gunakan benang kelabu.

Langkah 11 :

 Ch 3. Utk step ni bawa sekali lebihan benang yg ada kat blkg tu. Maksudnya jalan sekali dan sembunyikan benang tu kat belakang.

Langkah 12:

 1dc dalam setiap st. 


Pandangan belakang. Nampak tak benang biru yg terbonjol tu. Kita akan tarik hujung benang biru yang kita jalan sekali tu. Tarik jangan terlalu kuat. Tarik agak-agak benang tu kemas je takperlu ketat sangat takut kopiah mengecil banyak sangat.
 
Langkah 13 : 
  Guna teknik tarik sikit-sikit untuk bentukkan kopiah seperti ini. Benang yang ditarik adalah benang biru ye.

Langkah 14:

Ukur. Skrg dpt saiz 21 inci. Kopiah ni saya akan siapkan dgn saiz 20.5 inci. Nanti masa buat step seterusnya kita akan tarik2 dan akn control size lilitan masa tarik2 tu. 

Langkah 15: 
 
Dc in every stitch. Tarik benang biru utk kemaskan 

Langkah 16:

Pandangan belakang. Tarik benang biru utk kemaskan. 

Langkah 17:


  Dc sehingga dpt 1/3 drpd ukuran lilitan. Kita akan mula kait nama. 

 Langkah 18:

Kedudukan hook spt gambar. Benang baru utk pertukaran warna (benang biru) masukkan dari depan 
Masukkan benang biru yg kita jalan sekali kat belakang tu utk kait nama. Anda boleh refer blog amani utk teknik mengait nama dgn lebih terperinci. Apabila tukar benang, kedudukan working yarn (benang biru) adalah didepan dan benang kelabu di belakang.

Langkah 19: 

 Nama dikait dr atas ye sbb kita buat kopiah dr atas. Diagram utk huruf boleh klik blog amani ye. Credit to amaniekd.

http://crochetisfun-amani.blogspot.com/2014/03/free-pattern-alphabet-graph.html?m=1

Langkah 20:

Jarak 1 dc utk kait huruf seterusnya. kalau nak jarak 2 dc pon boleh terpulang kpd anda. Jgn lupa teknik tarik sikit2 tu semasa mengait nama. Ini sgt penting utk memastikan nama yg dikait tu kemas tp jgn terlebih tarik ye. Agak2 dah kemas tu dah la ye 😁

Langkah 21:

Buat sampai habis 1 baris nama. Dan ukur. Pastikan anda ukur setiap kali habis 1 round. Ini utk memastikan saiz nya maintain.


Teruskan kait setiap row sehingga selesai nama yg nak dikait. Dc 1 row utk row selepas nama. Gunakan teknik kait dan tarik utk dapatkan nama yg kemas.

Langkah Akhir
Sc pada row terakhir menggunakan benang biru. Saiz yg siap adalah 20.5 inci tp lebih skit. Xpe dah ok tu

Matikan benang dan susup lebihan benang.

Pandangan belakang kopiah.


Ok dah siap. Anda perlu control benang yg ditarik supaya tinggi kopiah tu sama dr atas sampai bawah. Kalau kopiah anda mengecil ke bawah itu maknanya anda tarik terlebih kuat dan x sekata.

Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo