Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Tuesday, December 29, 2015

MENCIPTA DAN TERCIPTA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dalam saya menyelongkar kazanah silam , saya terjumpa artikel lama ini yang pernah ditulis pada awal tahun 2006 dalam siri BAM - Bila Aku Menulis di ruangan relexjap di Yahoo Groups suatu ketika dahulu, Adakah anda rasa ianya masih releven hari ini? atau adakah masyarakat kita umumnya telah berubah? Ianya di "Copy" dan "Paste" disini tanpa di ubah isi kandungannya.

Mencipta dan Tercipta

Oleh : Zaidi Ismail (3:30 pagi)

Minggu ini saya dan BOB sibuk menguruskan Bengkel Perancangan Kewangan yang akan diadakan pada 19March 2006. Alhamdulllilah dengan sambutan dan sokongan yang diberikan, ini untuk anda bukan untuk saya, anda diluar sana lebih memerlukan seminar atau bengkel seperti ini. Saya pula selain dari sibuk dengan perancanaaan bengkel, saya juga sibuk dengan perihal perbankkan saya.

Maklumlah, cukup bulan banyak la nak kena pergi kesana kesini untuk uruskan perihal kewangan saya.  Hari ini saya seharian dirumah dari pagi membaca dan membalas email yang  berdoyon-doyon masuk ke mailbox saya , semua ini gara-gara ramai yang register nak menghadiri bengkel. Rasa seronok dan teruja memenuhi ruang hati dan perasaan, mana tidaknya kalau dulu hanya kurang dari 40 orang mendaftarkan diri dan hanya 12 peserta dari RJ yang hadir pada bengkel kali kedua ini lebih dari 100 peserta yang mendaftar dan saya harap lebih ramai yang hadir.

Apapun bukan tujuan saya menulis untuk bercerita tentang seminar yang akan berlangsung tapi terpanggil sekejap untuk bercerita tentang apa yang sedang berlaku disekeliling kita pada ketika ini. Ramai yang tengah sibuk bercerita tentang Siti Nurhaliza dan Dato’s K nya dan tidak kurang juga yang sibuk dengan cerita rezeki Mawi yang sedang melimpah-limpah. Ada juga yang masih tidak puas hati dengan harga minyak dan barangan yang semakin mahal. Tidak kira siapa kita pasti sedikit sebanyak merasai kesannya samaada kita suka atau tidak.

Kebanyakan perkara yang berlaku di negara ini samaada ada yang mencipta atau sudah tersedia dicipta. Oleh kerana salah polisi kerajaan selama 47 tahun, kita gagal menghasilkan budaya penciptaan, Negara kita hari ini hanyalah sebuah negara pengguna, kurang dari 10% produk dan perkhidmatan yang dihasilkan atau dicipta oleh  rakyat tempatan dari semua sektor dan bidang. Kebanyakannya diimport atau dihasilkan oleh orang luar. Kebanyakan rakyat terutama golongan bumiputera masih tidak mampu berdikari dengan sendirinya tanpa bantuan tongkat kerajaan.

Lihat sajalah, sejak kita dilahirkan, dibesarkan sehingga mati pun masih dikawal dan diberi subsidi oleh kerajaan, apa istimewanya golongan bumiputera? Kadang kala saya malu bila berdepan dengan rakan dan sahabat bukan bumiputera, mungkin persekitaran saya membesar bukan dikelingi oleh orang melayu atau bumiputera (hanya satu-satunya keluarga Melayu yang menduduki kampung setinggan yang diterokai oleh arwah bapa saya), mungkin juga kerana saya bersekolah di aliran Inggeris (Guru Besar seorang paderi kristian) dan dikelilingi oleh rakan-rakan sekolah bukan Melayu, atau mungkin dari awal kareer saya hingga sekarang saya bekerja dengan syarikat bukan bumiputera dan hanya mempunyai sekali pengalaman bekerja di syarikat bumiputera (MRCB dari tahun 1998 hingga 2001).

Maka saya membangun tanpa merasa subsidi atau dikasihani, saya lahir dikampung dibantu bidan kampung, kesekolah berjalan kaki dan berbasikal, tidak punya bantuan buku teks, cuma pinjam buku teks dari rakan yang berlainan sessi, tidak pernah merasa biasiswa atau bantuan pelajaran, masuk ke Politeknik dengan duit sendiri, beli rumah dengan harga penuh (itupun sebab nak beli rumah Free), tak pernah merasa pelepasan cukai, hanya sekarang kerana saya rakyat tanpa negara pada waktu ini. Jadi tak pernah rasa macam diri ini istimewa.

Pada saya menjadi satu kehairanan jika ada yang menganggap Siti Nurhaliza, Mawi dan lain-lain sebagai seorang yang istimewa, mereka tidak mencipta sesuatu, malah tiada apa yang disumbangkan kepada masyarakat umum, tidak ada sesuatu yang membina, cuma mungkin suara, sedap atau tidak terpulang kepada pendengar, mereka tidak mencipta lagu, bukan composer, bukan seorang ahli musik, tiada apa yang mereka cipta sendiri, semuanya sudah sedia tercipta, hairan bagi saya jika ada yang menganggap mereka istimewa malah mengagungkan mereka, sebab bagi saya, mereka tiada apa-apa. Mereka pun bukan artis saya, saya sendiri dah lebih 8 tahun tak beli kaset atau CD, lagu Free ada, kenapa nak beli pulak? Lagipun musik bukan satu keperluan, cuma satu kehendak.

Itu hanyalah sebagai salah satu contoh, saya hairan bila kebanyakan kita harus mengukur diri dengan kejayaan orang lain, ramai yang bertanya dengan saya, macam mana saya nak jadi macam En. Zaidi, itulah masalahnya, kenapa harus ikut orang lain atau menggunakan acuan  orang lain sebagai idola atau icon, kenapa tidak boleh jadi diri anda sendiri? Anda tak boleh jadi macam saya, macam siti, Mawi, Dr. Mahathir dan yang lainnya. Anda harus jadi anda, harus ada pesonaliti sendiri, image sendiri, pemikiran dan wajah sendiri, setiap kita adalah unik, tidak perlu jadi orang lain atau ikut orang lain.

Jadilah seorang yang mencipta, mencipta diri sendiri dan bukan yang telah dicipta seperti mana mahunya kerajaan kita, seperti lembu dicucuk hidungnya. Jadilah seorang yang berwawasan dan mempunyai objektif hidup, sebagai contoh, mengikut kajian Cuma lebih kurang 2% dari rakyat sesuatu negara mempunyai sikap untuk memperbaiki diri, punya identiti dan tahu apa yang dimahukan dalam hidupnya. Kalau di ambil kira rakyat Malaysia seramai 25 Juta penduduk sebagai contoh 2% memberi makna bahawa cuma ½ Juta rakyat Malaysia yang mahukan kejayaan, jadi tanya diri anda sendiri adakah anda salah seorang daripadanya?

Mailbox saya penuh dihujani oleh pelbagai spam program cepat kaya internet , dari RM2 hinggalah yang jual pelbagai program ratusan dan ada juga yang sampai beribu-ribu ringgit. Mengapa harus percaya? Call me old fashion, tapi bagi saya kalau saya tak boleh sentuh, hidu, rasa dan pegang saya tidak akan mempercayainya. Untuk menyakinkan saya, saya harus jumpa, kenal, sentuh, lihat dan rasa sendiri baru saya percaya. Terutama berkenaan dengan duit atau wang, saya hanya percaya tanpa risiko atau seminima risiko yang boleh. Tapi malangnya ekonomi Malaysia atau market Malaysia dikenali sebagai “suckers born market” , hanya ½ juta rakyat Malaysia yang akan mengambil kesempatan terhadap 24 ½ Juta rakyat yang lain.

Dari segi perniagaan, produk hinggalah kepada perkhidmatan, semua dicipta untuk mendapatkan keuntungan, mereka ini yang akan mengambil kesempatan terhadap anda yang “naïf” atau lurus bendul, selagi tidak mengubah sikap, selagi itu anda akan terus menjadi mangsa mereka. Jadi jangan merungut kerana harga minyak naik, ini salah anda sendiri, tiada siapa yang paksa kita guna kereta, motor atau sebarang kenderaan bermotor, permintaan terhadap minyak keatas penggunaan peribadi seperti kenderaan bermotor adalah merupakan 80% keperluan dunia, jadi permintaan industri cuma sekitar 20%, jadi salah siapa, bukan salah sendiri?

Jangan salahkan sesiapa jika harga barang runcit di Tessco, Giant dan lain-lain hypermat naik harga, sebab permintaan kita sendiri, kita tidak mencipta, kita hanya menggunakan apa yang telah diciptakan untuk kita, lebih daripada 60% makanan keperluan rakyat Malaysia di import dari luar, salah siapa kalau bukan salah sendiri. Kalau dulu, arwah ibu saya tak perlu beli cili, serai, daun pandan, kacang botol, daun kari, kunyit dan lain-lain keperluan harian sebab semuanya ditanam sendiri di tepi dan dibelakang rumah, tapi sekarang sayur kangkung di kampung dibeli kerana penduduk dikampung dah tak tanam sayur sendiri, tidak lagi bela ayam kampung dan tidak lagi buat kuih-muih sendiri, semuanya dibeli, walhal sayur kangkung bersepah tepi anak air / anak sungai di kampung.

Rakyat Malaysia makin malas, itu sudah pasti, semuanya nak senang, kalau tak dapat pasti merungut, cari rumah nak dekat dengan tempat kerja, nak senang, satu rumah ada dua kereta, satu untuk suami dan satu untuk isteri. Kalau pergi shopping ke Ikea, ke Tessco, ke One Utama dan lain-lain shopping mall. Nak pergi ke kedai mamak belakang rumah pun bawak kereta motor, nak jalan kaki malas sekali. Kalau nak makan paling kurang ke kedai mamak, kenapa tak masak sendiri atau makan dirumah? Tak tahu ? kenapa taknak belajar? Pelbagai alasan-alasan terus diberikan sebab tak mahu mengaku salah sendiri. Saya sendiri satu ketika dahulu hari-hari bawak bekal nasi dengan telur rebus / goreng berlada, itulah yang arwah ibu bekalkan selama lebih 5 tahun ke tempat kerja.

Kalau dulu arwah ibu jahit sendiri baju kami, kalau koyak ditampal sendiri, kalau nak dibandingkan dengan teman wanita saya sendiri yang keliling pinggang , masak tu belum tentu sedap la kan, survival skill langsung takda, nak suruh jahit baju tak reti, nak minta buat kuih tak tahu, bila saya tanya sanggup tak jaga anak tak pakai pampers, cuma pakai lampin, mati-mati takda yang sanggup, Arwah ibu jaga kami adik beradik tak pakai pampers pun, boleh aje. Tahu nak cantik aje, Arwah ibu tak pernah pergi spa atau facial, tak pernah diet, maintain juga sampai ke akhir hayatnya, Saya tanya soalan mudah seperti apa peranan seorang isteri dan ibu pun blurr, itupun nak mintak hantaran sampai beribu?? Bagi saya boleh ….. Boleh Blahh , selagi saya boleh guna / pakai free saya pakai, buat apa nak bayar mengabihkan boreh ajee, Dia harap suami untuk bimbing, ini lagi kes haru.

Suami-suami sekarang lagi kes haru, bukan nak kutuk kaum sendiri tapi memang benar, Ada  hati nak kawin tapi takda duit, itu yang pertama, suruh usaha malas, tahu nak salahkan keadaan, salahkan wang hantaran yang naik harga. Tahu nak berbini tapi taknak timba ilmu rumahtangga, suami sekarang atau bakal suami sekarang langsung takda perancangan, kalau ada pun perancangan dia rancang setakat sampai nak kawin je, apa yang bakal terjadi selepas perkahwinan langsung tak ambil tahu blurrr , yang jadi bakal isteri pulak , sayang punya pasal dan seronok sangat sebab ada orang nakkan dia jadi isteri, ikut saja, bila kena cerai atau dapat suami yang tak berguna dan tidak bertanggungjawab merayu-rayu dengan orang ramai mintak tolong, salah siapa kalau bukan salah sendiri.

Mana tidaknya, kat mana nak tinggal? perbelanjaan isi rumah? Berapa orang anak? Bila nak anak? Perbelanjaan anak? Perbelanjaan keluarga? Camna nak kumpul harta untuk anak-anak? Persekolahan anak? Keperluan keluarga dikampung? Dan lain-lain lagi berapa ramai yang fikir? Berapa ramai yang rancang? Sebab apa, sebab  ambil mudah perkara seperti ini, ini belum masuk bab agama, lagi hampehhh.

Itu baru suami atau isteri, bagaimana pula ahli keluarga yang lain? Dah bersedia nak terima orang baru dengan peel atau perangai baru? Berapa kerap nak jenguk orang tua kat kampung? Balik raya nak bergilir macam mana? Apa harapan ibu bapa dikampung? Dan perihal keluarga yang lain, ipar duai dan sebagainya? Ada yang terfikir mengenainya belum berkahwin? Ini tahu nak seronok kahwin saja, kalau nak seronok, tak kahwin / tak nikah pun boleh seronok.

Terlalu banyak perkara yang melibatkan sikap orang melayu atau bumiputera itu sendiri kalau saya nak sentuh, mungkin setahun pun tak abis rasanya. Yang paling saya kesian ialah budaya nak kaya cepat orang Melayu. Bukan tak boleh kaya, tapi tak kena cara. Ada tempat terbaik dan boleh bagi pulangan terbaik untuk menyimpan, pergi simpan duit kat bawah bantal la, bank la, tabung haji la, unit trust la dan ntah apa benda lagi. Ada kaedah mudah dan berisiko rendah, pergi main saham la, cuba sistem piramid la, main judi la dan lain-lain lagi. Sebab orang melayu nie malas, nak kerja senang dan nak siap cepat. Tapi hasilnya tak nampak, yang nampak cuma hutang yang bertambah. Alasan dan pelbagai alasan diberikan.

Saya tertarik dan terfikir pada satu ketika dahulu bila saya mula-mula membayar zakat pendapatan dan ketika pegawai zakat mengira berapa zakat yang saya perlu keluarkan beliau hanya boleh menolak maksima sebanyak RM8000 setahun yakni lebih kurang RM666 sebulan sebagai perbelanjaan persendirian. Ini adalah maksima, ini bermakna, cukup RM700 sebulan untuk hidup, jadi apa masalahnya? Seperti yang pernah saya katakan dulu , siapa yang berpendapatan RM700 sebulan pun boleh berjaya dari segi kewangan. Sebagai contoh.

Kita harus menyimpan 30% daripada pendapatan bersih kita, jika RM700 adalah pendapatan bersih kita, kita harus ,memyimpan lebih kurang RM200 sebulan secara konsisten, dengan kadar pulangan sebanyak 7% setahun, kita akan dapat menyimpan sebanyak RM25K setelah 10 tahun menyimpan, perlu diingat pendapatan kita bertambah setiap tahun dan sepatutnya kita boleh menyimpan lebih setiap tahun. Akan tetapi, berapa ramai antara kita yang boleh hidup denga RM500 sebulan? Saya boleh, abang saya boleh, perbelanjaan peribadi saya tak sampai RM500 sebulan, ini kerana saya tak merokok, saya jarang makan diluar, tiada kos handphone, tiada kos minyak, tidak banyak kos mengarut, jadi RM500 bagi saya lebih dari memadai. Anda pula bagaimana?

Sebab apa ramai yang merungut dan tak boleh survive kat kota macam KL nie, sebab kita malas nak timba ilmu dan malas memperpaiki diri, malas nak belajar dan malas nak cipta kehidupan sendiri, lebih mudah menggunakan apa yang telah diciptakan. Lebih mudah ikut orang, malas nak ubah sikap, terlalu banyak alasan, sebab mungkin dah terbiasa dengan budaya Malaysia, budaya subsidi selama lebih 47 tahun. Lebih mudah ikut yang dah tercipta dari mencipta.

Zaidi Ismail

Monday, December 28, 2015

Selangkah Bebas Dari Hutang

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Oleh : Zaidi Ismail - urusinsan@gmail.com

Tahun 2007 telah tiba, bagaimana agaknya misi dan visi 2006 anda?, sudah tertunai ke belum? Saya sedang menghampiri impian saya untuk bebas daripada hutang. Tahun 2007 ini diharapkan supaya ianya menjadi tahun bertitik tolaknya perubahan didalam hidup saya, kurang bercakap dan lebih banyak menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna. Saya tidak pernah mahu jadi seorang yang kaya atau jutawan, apa yang saya inginkan hanyalah sebuah sebuah kehidupan yang bahagia, senang dan mudah. Bebas bergerak kesana dan kemari disamping mempunyai masa untuk melakukan apa yang saya suka, pada waktu yang sama dapat menikmati hidup dengan tenang tanpa sebarang tekanan.

Isnin (27/11/2006) yang lalu adalah hari terakhir saya menggunakan Mitshubishi Pajero kesayangan saya yang kini menjadi milik abang . Setelah mengikat perjanjian dengannya saya langsung menyerahkan Pajero saya kepadanya. Sebelum itu hampir RM20 ribu saya habiskan untuk membaik pulih dan restorasi semula Pajero saya, semuanya dilakukan demi kepuasan dan kini hanya tinggal kenangan. Bagi saya dalam soal mengurus kewangan kita tidak boleh menjadi emosional terhadap sesuatu barangan atau benda yang kita miliki, Ianya hanyalah benda, jika sudah sampai tempoh atau tamat tempoh ataupun ianya telah mencapai objektif kita, kita harus lepaskannya. “Life goes on, you can always get whatever you want another day, when time comes or meet it purpose , just let it go and move on”.

Dulu saya pernah memiliki beberapa motosikal mewah berkuasa tinggi, kereta mewah dan sebagainya, satu demi satu saya lepaskan, saya sudah merasai semuanya, terbang dari satu negara ke satu negara, memandu “supercar” atau “big bike” , tinggal di hotel bertaraf 7 bintang atau bermain salji di negara orang, menaiki bot mewah, semua itu telah saya lalui. “Meterials Wealth is nothing to me now, inner wealth and peace of mind is what I truly look forward to” 
Kini beban kewangan saya makin berkurangan setelah melakukan pelbagai teknik perancangan kewangan, saya kini berada didalam keadaan posisi aliran tunai positif disampimg telah mencapai anggaran 70% daripada pendapatan saya adalah untuk simpanan atau tabungan, niat saya untuk bersara dan menikmati kehidupan pada usia kurang dari 35 tahun semakin hampir. Saya mengharapkan agar tahun 2007 kelak, saya akan mencapai tabungan sebanyak 80% daripada pendapatan saya. Insyaallah dengan disiplin yang kuat serta azam yang tinggi saya yakin saya boleh mencapainya dan bersara awal seperti yang dirancangkan.

Setelah menjual Pajero saya, Kini tiada lagi kos penyelenggaraan kereta dan motor, cukai jalan dan sebagainya yang saya perlu fikirkan. Paling tidak saya bukan lagi salah seorang yang menyumbang kepada pembebasan gas merbahaya Co2 ke udara hasil dari asap kenderaan. Saya kotakan janji saya dahulu untuk menjadi lebih “HIJAU” dan menyumbang kepada alam sekitar yang lebih bersih dengan tidak mencemarkannya. Ada yang bertanya kepada saya bagaimana saya mencapai apa yang saya capai hari ini, jawapan saya mudah, anda hanya perlu UBAH SIKAP ANDA. Anda hanya perlu menukar sikap anda dan dengan sedikit kesabaran anda pasti berjaya dan boleh mendapat apa sahaja yang anda inginkan didunia ini. Seperti kata arwah bapa saya, “Aim for the stars, if you don’t reach it at least you can land on the moon”. Begitulah saya dari dulu, tiada jalan mudah untuk berjaya, apa yang dapat dilihat hari ini adalah hasil daripada usaha saya sepanjang 10 tahun yang lalu. Ianya bukan dapat di capai dalam masa sehari dua seperti skim cepat kaya. Jadi, bagaimana semuanya bermula?

Pada Suatu Ketika

Semuanya bermula ketika saya berusia 9 tahun, saya sudah tahu apa itu wang dan apa yang boleh dilakukan oleh wang. Bila kita melihat sesorang yang berjaya, jangan ditanya kejayaannya tapi tanyakan kesusahan dan kepayahannya kerana kepayahannya yang akan mendisiplinkannya dan membuatkan seseorang itu merasa rendah diri dan bersyukur dengan apa yang telah di anugerahi oleh ilahi. Seseorang itu perlu mengalami erti kepayahan dan kesusahan, ini akan menjadikannya sedar dan sentiasa beringat. Seseorang itu perlu tahu apa tujuan hidupnya, matlamat dan objektif hidupnya, hanya dengan itu dia akan mempunyai paksi atau pasak untuk menjadi asas dalam dia menjalani kehidupan sehariannya.

Ketika itu untuk mendapatkan apa yang saya inginkan, saya biasa menjual karipap dan nasi lemak ke sekolah, menjual buah jambu di pasar. Perniagaan bukan asing bagi saya, keseluruhan keluarga saya pernah melakukannya samaada dalam berskala kecil atau besar. Handak seribu daya dan kalau dah malas seribu dalih, itulah prinsip yang diterapkan kepada diri saya dari kecil. Bila hidup biasa dihimpit kesusahan dan kepayahan kita secara sedar atau tidak akan menjana kekuatan dalaman bagi menghadapi segala rintangan dan dugaan. Bagi diri saya, semua itu sebagai satu latihan bagi menghadapi hari-hari mendatang.

Saya terkenang dengan satu peristiwa yang mengajar saya erti kesabaran. Ketika saya mencapai umur hampir ke sekolah menengah, dan dengan keadaan sekolah yang jauh dari rumah, saya memohon kepada Arwah Ayah saya ketika itu untuk membelikan saya sebuah basikal, lantas beliau bertanya "berapa harga basikal baru tu?" dan jawab saya hanya sekitar RM150.00 , "berapa duit yg kau ada sekarang?" tanya Ayahku lagi. Jawabku "RM50.00' beliau terus berkata, kalau macam tu senang sahaja, "kau carilah RM100 lagi, bila dah cukup kau belilah basikal yang kamu mahu". begitulah Arwah ayah mengajar, tiada jalan pantas dan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang kita hajati selain daripada berusaha. Enam bulan selepas itu, saya akhirnya dapat membeli basikal tersebut hasil dari jualan nasi lemak, besi buruk dan buah jambu dipasar.

Bebas Dari Hutang

Ada yang bertanya kepada saya, apa yang diperlukan untuk seseorang untuk bersara dan tidak lagi perlu untuk bekerja untuk menyara kehidupannya. Saya katakan bebas dari hutang, jika kita tidak mempunyai hutang maka hidup kita akan bebas, cukup sekadar ada RM10 didalam kocek kita sehari. Tetapi hari ini mana mungkin hidup tidak berhutang, lahir sahaja sudah berhutang, terutama hutang yang ditinggalkan atau yang dibuat oleh kedua ibu-bapa kita , rumah yang kita tinggal dan dibesarkan pun mempunyai hutang, silap gaya apa yang diberi makan kepada kita pun adalah hutang yang belum di jelaskan oleh ibu bapa kita. Itu belum termasuk hutang yang kita sendiri hasilkan termasuklah hutang dengan Allah, hutang masa belajar, hutang kad kredit, kereta, rumah dan sebagainya.

Saya dahulupun hidup penuh dengan hutang, dalam masa 10 tahun saya mengurangkan hutang saya sedikit demi sedikit dan pada waktu yang sama menambah harta untuk masa depan, kita boleh melangsaikan apa sahaja hutang jika kita mengkehendakinya. Perkara asas yang semua orang perlu tahu adalah apa itu wang dan bagaimana menggunakannya dengan betul dan berkesan.Ini kerana wang hanyalah alat, seperti juga alatan yang lain yang boleh disalahgunakan. Jika anda mahu bebas dari hutang, anda harus berubah dan mula melaksanakan perkara berikut :- 
  1. Cari ilmu Kewangan – Hadiri kelas, seminar dan bengkel kewangan, baca sebanyak mungkin buku tentang kewangan, faham dan cuba ikut apa yang disampaikan.
  2. Dapatkan khidmat perancang kewangan yang bertauliah, seorang perancang kewangan bukan penjual produk, cari mereka yang membantu anda merancang kewangan anda dengan mengenakan yuran. Ini bagi mengelakkan seorang perancang kewangan menjual sesuatu produk yang tidak diperlukan oleh anda oleh kerana mereka mempunyai kepentingan didalam produk tersebut.
  3. Praktikan apa yang telah anda pelajari. Tiada gunanya belajar tanpa mempraktikkannya.
  4. Antara ilmu asas yang perlu ada pada diri anda adalah mengenai aliran tunai dan budget atau belanjawan. Seperti juga kesihatan diri, aliran tunai akan menentukan tahap kesihatan kewangan anda, jika anda mempunyai aliran tunai negatif maka kuranglah kebolehupayaan anda untuk mempunyai wang yang cukup manakala budget pula seperti diet (makan makanan yang berkhasiat untuk badan anda), budget yang baik akan memastikan bahawa segala belanjawan yang dibuat mempunyai impak kewangan yang positif keatas diri anda.
  5. Menstrukturkan semula kewangan anda (pendapatan dan hutang).
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini saya mula mempelajari beberapa teknik untuk bebas dari hutang yang boleh digunapakai dan praktik oleh semua orang, dengan menggunakan strategi yang betul beserta sedikit kesabaran, teknik ini amat mudah untuk dipratikkan. Ianya dapat diperjelaskan dengan gambarajah diatas. Kita harus berfikir seperti seorang usahawan, layanlah diri kita seperti sebuah perniagaan. Selepas penstrukturan semula kewangan, kita harus membentuk platform atau modal diri didalam bentuk modal kewangan selamat. Dengan aliran tunai yang positif, mulalah membayar semua hutang kita dengan menggunakan platform yang telah dibentuk.
Selain untuk membayar hutang, platform bercagar ini boleh juga digunakan untuk beberapa perkara yang lain, ini termasuklah :-
  • Perlindungan
  • Pemindahan risiko
  • Perbelanjaan harian
  • Tuntuan semasa
  • Modal pembentukan dan penambahan harta
Kini dan Masa Depan.

Saya melihat dengan positif masa depan saya, saya mengharapkan umur yang panjang dan kesihatan yang sihat dan berpanjangan, saya ingin menambah ilmu, ada niat dihati untuk kembali ke sekolah samaada sekolah yang rendah atau tinggi untuk menambah ilmu saamada ilmu dunia atau akhirat. Masih banyak perkara yang ingin saya laksanakan sepanjang kehidupan saya. Saya harap persaraan saya kelak tidak akan memperlahankan rentak hidup saya. Saya berusaha sedanya untuk mencapai cita-cita saya, tanpa usaha dan tawakal kita tidak akan mencapai apa yang kita inginkan.

Tahun 2007 ini saya ingin lebih aggresif terhadap perancangan kewangan saya, mengurangkan hutang dan tuntutan semasa saya sekecil yang boleh. 2007 juga akan menyaksikan permulaan perniagaan baru saya bersama abang dan rakan-rakan saya. Percaya kepada kecemerlangan dan kejayaan adalah bermula dengan ilmu dan kemahiran hidup. Saya membuka perniagaan ini untuk membantu dan mengajar individu yang mempunyai semangat dan azam untuk berjaya dengan menggunakan ilmu kemahiran hidup yang merupakan asas kehidupan yang tidak diajar di sekolah.

Dengan berkonsepkan perkongsian pintar, saya harap dapat membantu lebih ramai individu berjaya didalam menguruskan kewangan peribadi mereka. Saya percaya hanya ilmu dan kemahiran sahaja dapat menghindarkan mereka dari pelbagai masalah kewangan kelak.Biar siapapun anda , samada kerani, pekerja kilang, doktor mahupun seorang peguam, Ilmu dan kemahiran kewangan tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan, sedar atau tidak semua orang memerlukan ilmu dan kemahiran tersebut. Lebih 8 juta Bumiputera di Malaysia gagal merancang kewangan mereka dengan betul, mereka hidup diatas hutang dan mempunyai kebolehupayaan yang rendah, dengan kata lain, cukup tak cukup makan setiap bulan, manakala lebih 1 juta bumiputera mempunyai masalah hutang yang kronik samaada CCRISS, CTOS ataupun telah di senaraihitamkan oleh institusi kewangan di Malaysia.

Saya tidak percaya dengan teori kalau hendak senang haruslah bekerja kuat siang dan malam dengan membazirkan masa mencari wang. Bagi saya, wang sepatutnya mencari saya, bukan saya mencari wang, saya tidak mahu menjadi hamba wang, cukup sekadar bebas dari hutang, mempunyai harta dan cukup makan dan pakai dan yang paling penting hidup tenang dan tenteram. Saya seorang yang serba ringkas, saya tidak suka hidup dalam keadaan yang berserabut. Kerana ringkas itu lebih mudah dan senang untuk diurus.

Cara dan gaya hidup kita ditentukan oleh diri kita sendiri, saya tidak percaya pada trend, saya bukan pengikut trend malah saya adalah "trend setter", saya buat trend saya sendiri tanpa perlu mengikut orang lain. Jika orang lain membazir dan membelanjakan wang mereka tanpa berfikir, saya pula mendapatkan apa yang saya hendak dengan percuma tanpa perlu saya mengeluarkan wang saya sendiri. Ada pepatah Inggeris yang bermaksud, jika anda ingin berjaya, maka pisahkan diri anda dengan norma-norma khalayak umum. Buatlah jalan anda sendiri dan jangan sekali-kali ikut jalan orang lain.

Wednesday, December 9, 2015

Asas Kebebasan Kewangan - Zaidi Ismail

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Asas Kebebasan Kewangan

Oleh : Zaidi Ismail
Seperti sebelumnya saya kerap menyebut bahawa lebih 50% daripada kita tidak mempunyai masalah kewangan, masalah utama adalah sikap dan tidak mempunyai ilmu mengurus diri yang betul. sebagai contoh, kebanyakan daripada kita menghabiskan lebih 8 jam sehari tidak termasuk waktu perjalanan ke tempat kerja untuk mengkayakan orang lain dengan bekerja untuk orang lain dan melakukan pelbagai tugas untuk orang lain sedangkan kita sendiri tidak mahu mengambil masa kurang dari 2 jam seminggu untuk mengkayakan diri kita dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti merancang, melaksana dan mengemaskini kewangan kita, ini tidak termasuk malas untuk mencari ilmu untuk mengkaya dan menyenangkan diri sendiri. Satu perkara yang saya belajar dalam merancang kewangan adalah, kita perlu mementingkan diri sendiri dahulu sebelum kita memikirkan hal orang lain, ini kerana kita tidak membantu sesiapapun jika kita susah dan miskin selain dari menyusahkan diri sendiri. VIDEO

Sebelum kita pergi lebih jauh bagaimana untuk membebaskan diri dari hutang, mari kita lihat skop serta rentetan perancangan kewangan yang betul supaya ianya menjadi panduan kita merancang kewangan. Inilah rahsia perancangan kewangan, ianya menjadi satu piawai untuk merencana kewangan kita. Saya mengerti terlalu banyak persoalan tentang kewangan, banyak pertanyaan yang diterima oleh saya mengatakan bagaimana seseorang itu harus bermula, ramai yang mahukan jawapan ringkas, kaedah mudah ala mee segera sedangkan perancangan kewangan peribadi adalah satu proses yang kompleks. Seperti yang saya nyatakan terdahulu Kebebasan Kewangan Bermula dari Minda.
Ramai yang bertanya bagaimana hendak cepat kaya, bagaimana cara mendapatkan wang yang banyak dengan sekelip mata dan inilah yang difikirkan oleh kebanyakan orang, mereka berpendapat bahawa dengan memiliki wang yang banyak ianya akan dapat menyelesaikan masalah kewangan mereka akan tetapi apabila saya bertanya berapa jumlah wang yang diperlukan, 1 Juta? 2 Juta? 10 Juta? ramai pula yang tidak dapat menjawab berapa banyak yang mereka perlukan. Ada juga diantara yang mengaku sebagai penasihat kewangan memberikan nasihat bahawa untuk menyelesaikan masalah kewangan adalah dengan mencari lebih banyak wang. Ini adalah kesilapan pertama yang boleh anda lakukan, biarpun tidak salah mencari wang lebih namun jika difikirkan sejenak, RM10 yang ada pada diri anda sekarang pun tidak mampu anda uruskan, adakah RM1 juta boleh anda uruskan tanpa perlu mempunyai asas ilmu merancang kewangan yang betul?
Kita biasa mendengar cerita tentang jutawan segera yang jatuh miskin selepas setahun dua mendapat durian runtuh atau kisah seorang pesara yang menghabiskan wang persaraan KWSP tidak sampai 3 tahun selepas ianya dikeluarkan, petunjuk ada disekeliling kita, rahsia kekayaan dan kesenangan bukanlah dengan memiliki wang yang banyak tapi rahsia sebenar mempunyai kebebasan kewangan adalah dengan mempunyai ilmu mengurus serta merancang kewangan kita dengan teratur dan efisien. Ianya bermula dengan langkah pertama, yakni dari minda dan seterusnya merubah sikap dan belajar selangkah demi selangkah, menjadi kaya amat mudah tapi mengekalkan kekayaan itu yang susah. Anda memerlukan kesabaran, ingat!!! orang tamak dan gelojoh selalu rugi.
Matlamat Kewangan
Seperti tajuk diatas, perkara pertama yang membolehkan anda mempunyai kebebasan kewangan, kekayaan dan sebagainya adalah dengan mempunyai objektif / matlamat kewangan yang jelas atau impian kewangan yang nyata. Pada satu ketika saya pernah menulis tentang matlamat hidup, kita perlu bertanya diri kita sendiri apakah sebenarnya tujuan hidup kita? adakah kita kenal diri kita sendiri, subjek ini amat penting, tanpa mengenal diri, bagaimana anda ingin meneruskan hidup ini? saya bertanya anda lagi, apakah matlamat hidup anda? Anda perlu bertakafur dan memikirkannya sedalam mungkin.
Seperti juga hidup, kita juga perlu bertanya kepada diri kita apakah matlamat kewangan kita? Apakah Objektif Kewangan kita? Berbanding dengan hidup, proses merancang kewangan amatlah mudah, Kita hanya perlu tahu apa yang kita mahu (benda dan perkara) , nilai (dalam RM) dan bila kita memerlukannya (masa). Ini dinamakan objektif kewangan seperti yang di nyatakan didalam borang maklumat kewangan yang boleh dimuat turun dari blog ini. Setiap kali saya bertanya kepada mereka yang mempunyai masalah kewangan, apakah objektif kewangan mereka, kebanyakan dari mereka akan "BLURRRR"tidak tahu apa matlamat kewangan mereka (tidak tahu perkara, nilai dan masa yang diperlukan). Ini adalah perkara asas, anda perlu tahu apakah perkara / benda yang anda mahu , berapakah nilainya dan bila anda perlukannya (hari, bulan dan tahun diperlukan). Tanpanya bagaimana anda boleh merancang masa depan anda?
Mengapa kita perlu matlamat kewangan? Ini kerana tanpa matlamat kewangan yang jelas, bagaimana anda tahu bila anda telah berjaya mencapai matlamat tersebut, sebagai contoh, jika anda mempunyai resolusi tahunan misalnya, tahun 2008 anda ingin mengurangkan berat badan, tanpa menyatakan dengan jelas berapa kilogram anda ingin kurangkan dan bila anda ingin mengurangkannya, adakah 1 Kilogram mencapai matlamat anda? 2 Kilogram dan sebagainya dan bila sebenarnya anda ingin kurus? sepanjang tahun 2008 sahaja atau sehingga akhir hayat? Tanpa matlamat yang jelas anda tidak mempunyai kayu pengukur kejayaan anda dan anda tidak akan tahu samaada anda telah mencapai hasrat anda dan apakah ianya terlaksana seperti yang anda mahukan. Proses tersebut digambarkan dibawah.

Mempunyai Perancangan
Setelah mempunyai matlamat yang jelas (benda / perkara, nilai dan masa) sampailah masanya untuk merancang apakah tindakan yang ingin anda ambil untuk mencapai matlamat tersebut. Ini hanyalah satu proses seleksi atau pemilihan kerana anda akan menggunakan pelbagai alat serta produk kewangan untuk mencapai matlamat kewangan anda. Ianya bukanlah suatu yang ajaib tapi hanya dengan sedikit kreativiti, anda hanya perlu memilih alat serta tindakan yang bersesuaian dengan anda. sebagai contoh:-
Setelah mengetahui matlamat / destinasi perjalanan anda, misalnya anda ingin ke Pulau Pinang dari Melaka dan ingin sampai di Pulau Pinang pada 1 April 2007 misalnya, selebihnya hanyalah pemilihan pengangkutan ke Pulau Pinang, anda mula menyenaraikan pilihan anda, Kereta, bas, keretapi, motosikal, berjalan kaki, menaiki kapal terbang dan sebagainya. setelah membuat senarai pengangkutan, mulakan proses pemilihan berdasarkan matlamat anda (jauh perjalanan, masa, tenaga dan kos termasuklah keselesaannya anda).
Misalnya, jika anda seorang bujang, maka pilihan anda adalah berjalan kaki, menaiki motosikal dan pengankutan awam , jika anda tidak mempunyai waktu maka manaiki kapal terbang mungkin satu lagi pilihan alternatif. Jika kos menjadi isu, maka berjalan kaki mungkin menjadi pilihan anda, jika kelesaan, keselamatan dan masa menjadi keutamaan anda maka menaiki bas adalah pilihan paling tepat. Inilah yang dikatakan sebagai proses pemilihan alatan untuk mencapai matlamat anda berdasarkan faktor keutamaaan yang anda berikan. Jika diambil contoh diatas, pemilihan tersebut adalah berlaian tergantung kepada keadaan anda, jika anda bekeluarga (anda, isteri dan 3 anak misalnya) mungkin menaiki kenderaan sendiri merupakan pilihan yang lebih tepat bagi anda. Walaupun anda dan orang lain mempunyai matlamat yang sama, nanum keadaan, suasana dan persekitaran anda membuatkan anda memilih alatan yang berlainan dengan orang lain.
Jika ini ingin di terjemahkan kedalam merancang kewangan, pinjaman, akaun peribadi, akaun semasa, Overdraft, Fixed Deposit (FD), Amanah Saham, Hartanah dan sebagainya hanyalah alat yang digunakan untuk mencapai matlamat kewangan anda. Biarpun anda mempunyai matlamat kewangan yang sama dengan orang lain, akan tetapi keadaan anda adalah unik berbanding dengan orang lain maka pemilihan alat dan cara anda menggunakan alat tersebut akan berlaianan berbanding dengan orang lain. Oleh itu janganlah meniru alat yang digunakan oleh orang lain serta cara mereka menggunakannya, anda boleh menjadikan kaedah serta cara yang digunakan sebagai inspirasi anda tetapi ianya bukanlah satu penyelesaian kepada matlamat kewangan anda, ini kerana anda adalah anda dan orang lain adalah orang lain, anda tidak mempunyai DNA yang sama. Adalah lebih baik untuk anda mula menyenaraikan produk kewangan yang ada dipasaran bagi memudahkan anda membuat pilihan kelak.
Perlu diingat, alat kewangan bukanlah penyelesaiannya, alat kewangan cuma membantu anda mencapai atau melaksanakan rancangan anda, rancangan yang telah anda aturkanlah sebenarnya penyelesaian kepada masalah kewangan anda dan ianya merupakan satu proses untuk mencapai matlamat kewangan anda, untuk mempunyai perancangan yang berkesan beberapa alat kewangan perlu digabungkan penggunaannya. Tidak ada satu jenis alat kewangan yang boleh digunakan sebagai penyelesaian mutlak, anda memerlukan satu proses pelaksanaan yang berkesan dan efektif bagi mencapat matlamat kewangan anda.
Melaksanakan Perancangan
Setelah mengetahui objektif atau matlamat kewangan anda dan telah membuat perancangan serta memilih alat yang hendak digunakan serta mengenalpasti jumlah dan tempoh waktu yang diperlukan, sampailah masa untuk anda melaksanakan perancangan tersebut, pastikan anda telah menulis semua yang perlu dilakukan, ini perlu untuk anda kekal didalam perancangan anda dan mempunyai rujukan terperinci jika berlaku sesuatu perubahan. Rekod semua rancangan dan tindakan pelaksanaannya didalam sebuah file khas untuk senang saudara menyemaknya kelak. Anda juga boleh menggunakan file yang sama bagi tujuan menyimpan kesemua dokumen-dokumen penting kewangan anda seperti perjanjian jual beli rumah (S&P;), maklumat perbankkan dan lain-lain maklumat kewangan yang dianngap penting bagi anda.
Merancang tanpa melaksanakannya samalah seperti mimpi atau angan-angan Mat Jenin yang tidak akan menjadi kenyataan. Disini kesabaran melaksanakan rancangan yang telah di buat amat diperlukan, anda sebagai pelaksana pasti akan menghadapi pelbagai cabaran dan kesulitan untuk menjayakan rancangan anda, oleh yang demikian pelaksanaan yang fleksibel diperlukan disamping kesabaran, pastikan anda mempunyai cukup persediaan mental untuk menghadapi pelbagai rintangan dan kesulitan dalam menjayakan rancangan anda. Antara rintangan yang bakal anda hadapi adalah:-
  • Masa yang diperuntukan tidak mencukupi
  • Jumlah wang yang dirancang tidak mencukupi
  • Tidak mendapat kerjasama dari Institusi Kewangan
  • Tidak mendapat kerjasama dari pihak berwajib (masalah birokrasi)
  • Tiada kerjasama dari keluarga dan sahabat handai
  • Putus asa dengan segala rintangan yang dihadapi.
Disinilah kekuatan mental diperlukan kerana anda semestinya dapat melaksanakan rancangan anda, apa yang berlaku adalah anda kalah serta cepat putus asa dengan rintangan yang dihadapi. Hanya masa akan menentukannya. Untuk mengelakkan terlalu banyak rintangan, pastikan anda mempunyai perancangan yang jitu disamping mempunyai pelbagai skim pelaksanaan bukan satu tapi pelbagai. Lakukan penyelidikan yang menyeluruh terhadap sistem kewangan tempatan serta sebarang tawaran serta produk kewangan yang ada pada institusi kewangan tersebut. Antara lain anda boleh melakukan perkara-perkara berikut untuk meminimumkan rintangan yang bakal anda hadapi :-
  • Tulis dan dokumenkan rancangan anda
  • Berbincang secara menyeluruh dengan keluarga anda tentang rancangan anda dan dapatkan persetujuan mereka.
  • Menyenaraikan pelbagai pilihan pelaksanaan yang ada
  • Menyenaraikan pilihan, produk serta tawaran yang ada pada institusi kewangan
  • Dapatkan khidmat nasihat dari perancang kewangan atau dari mereka yang mempunyai pengalaman (seperti saya).
  • Tetapkan masa pelaksanaan dan jangan bertangguh (lebih lama anda tangguh, lebih banyak kerugian yang perlu anda tanggung)
Memantau Pelaksanaan
Melaksanakan rancangan tanpa pemantauan akan mengundang musibah kerana jika tidak dipantau anda akan berasa malas atau senang (complesant) dengan keadaan anda, ini akan mengundang kesilapan, anda perlu untuk memantau pelaksanaan rancangan anda. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa pelaksanaan rancangan tersebut sentiasa berada dilandasan yang betul seperti yang telah ditetapkan tanpa sebarang lencongan yang tidak dikehendaki. Ini harus dilakukan dalam tempoh masa tertentu sepanjang pelaksanaan tersebut (contoh : setiap 2 atau 3 bulan sekali). Terdapat dua pihak yang memantau pelaksanaan rancangan anda iaitu diri anda sendiri dan pihak ketiga. Antara pihak ketiga yang boleh membantu memantau untuk anda adalah ;-
  • Seorang Perancang Kewangan (bersedia untuk membayar khidmat beliau)
  • Keluarga
  • Sahabat handai
  • atau "your's truly"
Pemantauan dapat membantu anda mengesan perubahan-perubahan yang memungkinkan kegagalan untuk mencapai matlamat kewangan anda, pemantauan juga membolehkan anda untuk mengubah cara serta corak pelaksanaan atau alat kewangan yang anda gunakan bagi membolehkan anda berada didalam landasan pelaksanaan yang betul. Pemantauan juga membolehkan anda mendapat petunjuk baru dari mereka yang membantu memantau pelaksaaan rancangan tersebut. Perlu diingat, kehidupan dan keperluan kehidupan sering berubah-ubah.
Review / kajian semula rancangan (Jika Perlu)
Setelah anda melaksanakan rancangan anda dalam tempoh masa dan waktu yang ditetapkan, sampailah masa untuk anda membuat kajian semula samaada rancangan anda telah berjaya seperti yang anda inginkan, Jika ianya berjaya, tahniah diucapkan dan jika tidak disini anda perlu mengkaji apakah perkara yang menggagalkan rancangan anda? Adakah terdapat sebarang perkembangan terbaru samaada dari sudut pelaksanaan ataupun alternatif lain yang boleh digunakan untuk menjayakan rancangan anda ataupun anda perlu menukar rancangan anda samaada sebahagian atau keseluruhan rancangan tersebut bagi membolehkan anda menjayakannya.
Kajian semula biasanya dilakukan setahun sekali ataupun setiap enam bulan sekali bagi membolehkan anda menjejaki peratusan kejayaan rancangan anda. Jika anda gagal untuk mencapai matlamat anda atau rancangan anda gagal dilaksanakan seperti yang dirancang, maka proses merancang harus dimulakan semula (seperti gambarajah diatas) sehinggalah anda berjaya mencapai matlamat kewangan anda.
Penentuan Jangkamasa
Bagi membolehkan anda mencapai matlamat anda dengan berkesan, pastikan bahawa jangkamasa yang diperuntukkan adalah munsabah bagi anda mencapat matlamat anda, jangan lakukan perancangan dalam waktu yang suntuk atau terdekat, besar kemungkinan anda tidak akan dapat mencapainya. secara umum berilah sekurang-kurangnya setahun untuk merancang dan melaksanakan rancangan kewangan anda. Ini bagi mengelakkan kekecewaan dan juga kesilapan semasa merancang kerana waktu yang singkat akan memberikan anda tekanan yang sebenarnya tidak anda perlukan. Salah satu faktor kejayaan untuk mencapai matlamat kewangan anda adalah dengan memberikan jangkamasa yang sesuai dan munasabah untuk anda melaksanakan kesemua rancangan anda, jangan terlalu pendek atau terlalu lama, lakukan kajian menyeluruh sebelum anda menentukan jangka waktunya.
Contoh Merancang Kewangan
Matlamat Kewangan
  • Memiliki rumah berharga RM200 Ribu dalam masa 5 Tahun (menjelang tahun 2012) dan memiliki rumah tersebut bebas hutang dalam jangka masa 10 tahun
Kaedah dan Pelaksanaan
  • Menyimpan RM5 sehari dengan kadar pulangan 8% setahun selama 5 tahun.
  • Membeli rumah 20% dibawah harga pasaran
  • Mendapatkan 100% pinjaman dari bank dengan kadar faedah harian serta kemudahan flexi yg membolehkan wang lebihan pembayaran rumah dapat dikeluarkan.
  • Mendapatkan kemudahan pembayaran balik pinjaman selama 30 tahun
  • Mengunakan Wang KWSP sebagai bayaran bulanan melalui akaun pinjaman rumah.
  • Hasil dari simpanan selama 5 disandarkan untuk mendapatkan kemudahkan kredit berterusan (overdraft) untuk membolehkan bayaran bulanan rumah dilakukan
  • Kesemua pendapatan dimasukkan kedalam akaun kredit berterusan (overdraft) untuk mengimbangi perbelanjaan, bayaran bulanan rumah serta simpanan ke akaun simpanan atau pelaburan.
  • Didalam waktu yang sama mengeluarkan Simpanan KWSP melalui akaun Flexi rumah bagi menambah simpanan / pelaburan, 50% daripada pengeluaran KWSP ditinggalkan di akaun rumah
  • Pengeluran KWSP dilakukan setiap tahun dengan menggunakan teknik yang sama.
  • Hasil keuntungan simpanan / pelaburan tahunan dimasukkan semula ke akaun kredit berterusan (Overdraft) bagi menambah nilai serta membantu pembayaran bulanan rumah.
  • Membayar bayaran bulanan rumah setiap minggu bagi mengurangkan kadar faedah.
  • Kesemua kaedah dilakukan secara automatik dan mengharapkan hasilnya adalah pembayaran balik pinjaman perumahan dapat dilakukan dalam masa 10 tahun tanpa perlu membayar menggunakan wang dari hasil pendapatan (gaji).
  • Pemantauan dilakukan setiap 3 bulan
  • Kajian Semula dilakukan setiap tahun (12 bulan)
Anggaran
  • Simpanan RM5 sehari selama 5 tahun @ keuntungan 8% setahun = RM11 Ribu
  • Jumlah OD (Overdraft) yang boleh digunakan = RM10,500
  • Simpanan RM5 sehari selama 15 tahun @ keuntungan 8% setahun = RM50 Ribu
  • Tempoh penyelesaian pembayaran rumah = 10 Tahun
  • Nilai rumah yang dibeli setelah 10 tahun = RM260 Ribu @ 3% setahun
  • Bayaran bulanan pinjaman rumah dari poket sendiri = RM 0
  • Keuntungan dari belian harga rumah = "Priceless"
Nota : Contoh diatas adalah berdasarkan pengalaman peribadi, tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun mahu yang hidup atau yang telah meninggal dunia, jika ada ianya hanyalah kebetulan sahaja - Zaidi Ismail.





 xoxo