Tudung
adalah satu item yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup
aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi
mereka untuk menerapkan ajaran agama yang dipraktikkan. Namun bagi wanita di
Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya.
Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat
menambahkan keserian kepada si pemakai.
Adakah
anda sedar bahawa sesetengah tudung wanita goes
really well dengan tona warna kulit anda, manakala sesetengahnya yang lain
tidak? Jom kita lihat beberapa tips memilih koleksi tudung terbaru online untuk wanita.
Tudung
kini boleh didapati dalam variasi pilihan warna yang sangat meluas, dan bukan
sekadar hitam. Terdapat banyak
pilihan warna tudung dalam pasaran, jadi tiada masalah untuk kita bergaya
dengannya untuk dapatkan penampilan yang lebih menarik. Ini kerana tudung
terkini wanita boleh memberikan sentuhan yang sempurna ke atas keseluruhan
persalinan anda dan dalam masa yang sama membuatkan anda kelihatan sopan. Ramai
wanita yang keliru apabila memilih tudung terkini wanita untuk disesuaikan
dengan persalinan yang sedia ada.
Untuk
menyempurnakan penampilan tudung, perkara utama yang harus anda ambil tahu
adalah warna tudung dan warna kulit anda. Adakah ia sesuai dan indah dipandang
mata apabila digayakan?Warna tudung yang salah atau tidak sesuai dengan warna
kulit anda boleh membuatkan wajah anda kelihatan kusam dan tidak segar. Padanan
yang tepat termasuk kesesuaian warna tudung dengan warna atau motif
pakaian anda akan menyerlahkan lagi keseluruhan penampilan anda, sehingga
tercipta satu stail yang selesa dan memikat!
Berikut tips memilih warna tudung yang sesuai dengan
warna kulit anda.Tips tudung yang asas adalah pilih hijab mengikut tona
warna kulit anda dan padankan dengan baik bersama persalinan kegemaran anda.
- Jika
anda mempunyai warna kulit yang cerah,
warna yang gelap seperti hitam, royal
blue, kelabu gelap dan ungu gelap adalah antara pilihan yang baik. Warna yang lebih
gelap dapat menyerlahkan tona kulit anda dan menambahkan lebih kelembutan dan
kecantikan pada wajah anda. Elakkan light colour seperti putih dan pastel.
- Bagi mereka yang mempunyai kulit sawo matang dapatkan tudung dengan warna yang medium seperti merah, biru ataupun merah jambu. Manakala cuba untuk elakkan warna coklat, karamel ataupun oren.
- Wanita dengan warna kulit yang lebih gelap perlu gunakan warna pastel dan neutral shades dan jangan pilih warna seperti merah, hitam, coklat, kuning, hijau ataupun oren kerana boleh membuatkan kulit anda kelihatan lebih gelap.
Contoh
Warna Pastel
Contoh Warna Neutral Shades
Sekian tips untuk
kali ini. Semoga anda tampil lebih bergaya selepas ini !!!
xoxo
**ART IS A PASSION**
No comments:
Post a Comment