Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, September 15, 2015

Doa Mujarab untuk Dapat Rezeki dan Tunai Hutang

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Doa dan amalan ini saya kutip dari kitab Mujarrabat Imamiyah. Kitab yang telah ditajrib (dieksperimen) oleh banyak ulama, kaum mukminin dan muslimin. Memang syarat yang pertama adalah keyakinan yang kuat dan istiqamah dalam mengamalkannya sesuai dengan aturan yang telah ditentukan. Terus terang, saya pernah mempraktekkan amalan ini, alhamdulillah saya mendapat solusi yang tak terduga sebelumnya, dan menurut ukuran saya, rizki itu cukup besar. Saya menangis terharu dalam sujud syukur. Ya Allah, Engkau Maha Dermawan, diluar kemampuan pikiran hamba-Nya. Setiap saya punya hajat yang berkait dengan rizki, saya mengamalkan amalan ini dan ditambah “shalat Istighfar” (caranya ada di blog ini). Alhamdulillah saya memperoleh apa yang saya hajatkan, kadang-kadang singkat waktunya, kadang-kadang lama waktunya. Allah Maha Maha Mengetahui hajat kita yang sebenarnya, waktunya mendesak atau tidak. Karena itu kita butuh kesabaran, keyakinan yang kuat dan istiqamah dalam mengamalkan.

Yang mulia Sayyid Ali Akbar At-Tabrizi mengatakan: Sesungguhnya ayat tentang kerajaan (surat Al-Imran: 26-27), juga jika ditulis dan bawanya, dapat meluaskan pintu rizki. Selanjutnya beliau mengatakan: amalan ini telah ditajrib (dieksperimen) berkali-kali. Ayat dan cara mengamalkannya sebagai berikut:

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِك الْمُلْكِ تُؤْتِى الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَ تَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَ تُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَ تُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ‏ِ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. تُوْلِجُ الَّيْلَ فِى النَّهَارِ وَ تُوْلِجُ النَّهَارَ فِى الَّيْلِ وَ تُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَ تُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَ تَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيرِ حِسَابٍ

Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli `ala Muhammadin wa âli Muhammad

Qulillâhumma âlikal mulki tu’til mulka man tasyâu wa tanzi’ul mulka mimman tasyâu, wa tu’izzu man tasyâu wa tudzillu man tasyâu, biyadikal khayru innaka ‘alâ kulli syay-in qadîr. Tûlijul layla fin nahâri wa tûlijun nahâra fil layli, wa tukhrijul hayya minal mayti wa tukhrijul mayyita minal hayyi wa tarzuqu man tasyâu bighayri hisâb.

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan (batas).” (Ali-Imran: 26-27).

Caranya Mengamalkan

Pertama: Dua ayat tersebut dibaca (40 kali) selama 40 hari.
Kedua: Setiap sesudah membaca dua ayat tersebut membaca Yâ Allâh (3 kali). Kemudian membaca doa berikut (3 kali):

اَنْتَ اللهُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ، تَجَبَّرْتَ اَنْ يَكُونَ لَكَ وَلَدٌ، وَتَعَالَيْتَ اَنْ يَكُونَ لَكَ شَرِيكٌ، وَتَعَظَّمْتَ اَنْ يَكُونَ لَكَ وَزِيْرٌ. يَا اَللهُ يَا اَللهُ يَا اَللهُ، اِقْضِ حَاجَتِي بِحَقِّ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ صَلَوَاتُكَ عَلَيْهِ وَعَلَيْهِمْ اَجْمَعِينَ

Antallâhu lâ ilâha illâ Anta wahdaka lâ syarîka lak, tajabbarta ay yakûna laka walad, wa ta’âlayta ay yakûna laka syarîk, wa tazhzhamta ay yakûna laka wazîr. Yâ Allâhu Yâ Allâhu Yâ Allâh, iqdhi hâjatî bihaqqi Muhammadin wa âlihi shalawâtuka ‘alayhi wa ‘alayhim ajma’în.

Engkaulah Allah tiada Tuhan kecuali Engkau Yang Maha Esa tida sekutu bagi-Mu. Terlalu Agung Engkau untuk mempunyai anak, Terlalu Tinggi Engkau untuk memiliki sekutu, Terlalu Besar Engkau untuk mempunyai menteri. Ya Allah Ya Allah Ya Allah, tunaikan hajatku dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad. Semoga semua shalawat-Mu selalu tercurahkan kepadanya dan kepada mereka semua.

Untuk Menunaikan hutang

Syeikh Ath-Thabrasi meriwayatkan bahwa Mu’adz bin Jabal berkata: Pada suatu hari aku tidak shalat Jum’at bersama Rasulullah saw. Lalu beliau bertanya: “Wahai Mu’adz, mengapa kamu tidak shalat Jum’at? Mu’adz menjawab: Orang yahudi menghadangku di pintu rumahku karena hutangku, lempengan emas, sudah jatuh tempo. Tidak ada yang menaruh kasihan padaku selainmu, orang yahudi itu mau memasukkan aku ke penjara. Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Wahai Mu’adz, maukah kamu Allah yang menunaikan hutangmu? Mu’ad menjawab: Ya mau, ya Rasulullah. Rasulullah saw bersabda: “Bacalah (ayat tersebut di atas):

(قُلِ اللَّهُمَّ مَالِك ... وَ تَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيرِ حِسَابٍ)
Kemudian membaca:

يَا رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَة وَرَحِيمَهُمَا تُعْطِي مِنْهَا مَاتَشَاءُ، وَتَمْنَعُ مِنْهُمَا مَاتَشَاءُ، اِقْضِ عَنِّي دَيْنِي

Yâ Rahmânad dun-ya wak-âkhirah wa rahîmahumâ, tu’thî minhumâ man tasyâ’, wa tamna’u minhumâ man tasyâ’, iqdhi ‘annî daynî.

Wahai Yang Maha Pengasih dunia dan akhirat, Yang Maha Penyayang dunia dan akhirat, Engkau memberikan dari keduanya apa yang Engkau kehendaki, dan Engkau menahan dari keduanya apa yang Engkau kehendaki, tunaikan hutangku.

Sekiranya kamu butuhkan bumi dipenuhi oleh emas, niscaya Allah menunaikan hutangmu.” (Tafsir Majma’ul Bayan)

Wassalam
sumber : Syamsuri Rifai

 xoxo

Amalan Puasa Bulan Zulhijjah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Kita perlu menghayati ‘Roh Haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci. Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan.  
Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘Roh Haji’, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. . 

Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar. 

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.” . 

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari) . 

 Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie) . 

 Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.) . . 

Puasa 1 – 10 Zulhijjah .  

1 Zulhijjah Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah. Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya. 

 2 Zulhijjah Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat. 

 3 Zulhijjah Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya. 

4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat. 

5 Zulhijjah Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya. Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur. 

6 Zulhijjah Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya. Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab. 

 7 Zulhijjah Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah. Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan. 

8 Zulhijjah Hari ini dinamakan “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. .Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya yang hanya diketahui oleh Allah sendiri.

 9 Zulhijjah Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir. .Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. 

10 Zulhijjah Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.. . . 

Puasa Arafah 

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain. Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim). 

 Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim) . Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.” . . 

 Niat Puasa Hari Arafah; نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى 

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala. . 

Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?” . 

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu. Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim) 

Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.). . . 

Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah 

1. Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di ‘Arafah.” 

2. Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji 
3. Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah. . .

 Haram Berpuasa 

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Umar ra: “Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud) . 

 Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari Tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad r.a.). . . 

Puasa Tambahan Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada Hari Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan Hari Arafah. . 

Hadis riwayat Ibni Abbas: “Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.” . 

Bertapa besarnya keistimewaan dan kelebihan puasa yang terdapat di dalam bulan Zulhijjah ini. Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang dan kesempatan ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya dengan melakukannya seikhlas hati. .

 Wallahu A’alam Bissowab

Thursday, September 10, 2015

Pantang-Larang Semasa Nak Kawen

Dipetik daripada blog : Dunia Hitam Dan Putih
 
Assalamualaikum wbt...

Kawen? Bunyi memang macam meneyronokkan. Yelah, siape yang tak suke kahwin kan? Walaupun tak semua perkahwinan akan bertahan, tapi kalau kita betul-betul sayangkan sesebuah perkahwinan, kite kenalah cube sedaya upaya pertahankan berdasarkan iman dan ilmu.... (cewah, ayat cam dah pro je bab2 rumahtangga nie...hahaha)

Ok, kat sini, saya nak buat kesimpulan berdasarkan pencarian, kajian saya sikit-sikit tentang pantang-larang dalam perkahwinan untuk memastikan perkahwinan yang hanya satu kalinya diadakan sepanjang hidup (insya Allah) mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT dan menjadikan permulaan awal yang dipenuhi barakah dalam gerbang penikahan.

Tak nak cakap panjang-panjang, saya nak masuk terus pada point saya. Benda-benda penting yang dianggap remeh or dipandang tak penting oleh sesetengah bakal pengantin. Berhati-hatilah dan pastikan anda TIDAK TERLIBAT dengan mana-mana perkara yang diharamkan oleh Allah SWT...

1) SAMBUNG BULU MATA 
 
Ramai yang tak perasan (mungkin tak berapa tau) tentang perkara nie... Ada dikalangan pengantin atau baka-bakal pengantin yang tak perasan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mak andam ialah menyambung bulu mata pengantin perempuan dengan bulu mata palsu. Hal ini adalah HARAM di sisi syara'. Perkara ini berdasarkan kiasan daripada hadis Rasulullah SAW yang mengharamkan penyambungan rambut dan baginda juga telah melaknat golongan wanita yang menyambung rambut dan juga wanita yang meminta disambungkan rambut sebagaimana sabdanya:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ – رضى الله عنه – عَنِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ  لَعَنَ اللَّهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ ، وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ

Maksudnya: Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Allah melaknat perempuan yang menyambung rambutnya dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung, perempuan yang mentato dan perempuan yang meminta agar ditatoo.”(HR Bukhari no 5589).

Jelas terang lagi nyatalah bahawa hukum penyambungan rambut boleh dikiaskan dengan bulu mata, sebagaimana pengharaman dadah dan rokok dikiaskan daripada pengharaman arak.

2) MEKAP BERLEBIH-LEBIHAN 
 
Perlu ke make-up sampai 7 inchi? Ape tujuan make-up nie sebenarnya? Menurut tulisan Ustaz Hakimi al-Mansouri daripada Unit Baitul Muslim PEMERAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) telah mengkategorikan make-up yang berlebih-lebihan sehingga menghilangkan keaslian wajah si pengantin sebagai TABARRUJ kerana bersesuaian dengan makna tabarruj ialah "Berhias untuk menunjukan perhiasan badannya." Malah Allah juga telah berfirman di dalam surah Al Ahzab ayat 33,

وَقَرۡنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ

“…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)”.

Ramai wanita yang terlibat dalam hal ini tergolong dari golongan yang ada ilmu agama. Jika di dalam hal lain kita boleh bertegas, kenapa di dalam hal perhiasan diri ini kita tak mampu untuk bertegas? Adakah semata-mata nak jaga hati orang tua kita yang kurang memahami atau ingin menjaga hati mak andam yang bertandang ke rumah kita dari awal pagi lagi? Perihal ini lebih dikhususkan kepada perempuan kerana perempuan adalah pintu fitnah bagi lelaki jika tak dijaga betul-betul.

Saya juga ingin memetik petikan daripada Ustaz Hakimi tadi:

"Jika kita melihat kepada pengertian tabarruj dari kitab Muhimmah, ia menyebut boleh memberikan fitnah kepada orang lain. Maksud orang lain di sini ialah orang ajnabi atau hilah iaitu orang asing yang bukan mahramnya. Ketika bersanding, sudah pasti pengantin perempuan akan berhias secantik-cantiknya untuk padankan dengan gelarannya sebagai 'raja sehari'. Bedak di muka bukan main lagi. Ditambah lagi gincu di bibir. Apatah lagi matanya yang berwarna warni. Pipi pula kemerah-merahan. Kalau dulu berjubah, masa bersanding boleh pula pakai kebaya atau kebarung? Semua sudah maklum bahawa baju kebaya atau kebarung menjadi sempit sedikit di pinggang. Jadi bukankah itu sudah tidak menutup aurat dengan sempurna? Sengaja memperlihatkan bentuk tubuh badan."

Renung-renungkanlah...

3) TUDUNG PENDEK
 
Macam dah jadi trend sekarang kan pakai tudung nie? And trend pengantin-pengantin sekarang, pakai tudung yang pendek nie mase bersanding... Sedar tak, kita pakai tudung yang camnie, sama sekali tidak menepati ciri-ciri yang digariskan syara'? Allah sendiri dah berfiman dalm surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

"...dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudungnya ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)..."

"Biasa" kat ayat ini ialah apa yang selain daripada aurat wanita iaitu dua telapak tangan dan juga muka... Itu yang dimaksudkan oleh Allah dengan biasa tersebut. Cuba baca ayat nie dengan mata hati kita... Sama-sama kita renung kasih sayang Allah pada wanita. Allah nie nak sangat kita nie terpelihara, terjaga tapi kenapa kita tak nak Allah lindungi kita? Kadang-kadang, kita lebih ikut telunjuk boypren or bakal suami or suami yang suruh kita dedahkan aurat. Ape kes? Untuk kes boypren2, tinggalkan jelah boypren yang soh anda SINGKATKAN tudung anda. Kalau suami pulak yang kenis camnie, ape lagi... Tegurlah dengan berhikmah dan tetaplah pada pendirianmu, untuk kekal dengan tudung labuhmu... Ingatlah kisah Asiah, isteri Firaun yang tabah mempertahankah tauhidnya walaupun suaminya adalah manusia yang memusuhi Rabb-Nya....

Apa tujuan kita pakai tudung sebenarnya? Jom kita muhasabah balik sama-sama.... Kita pakai tudung bukan untuk berhias-hias, bukan untuk lawan dengan kawan-kawan atau jiran sekampung, tudung sape lagi banyak labuci.... Tudung hanyalah sehelai kain namun mempunyai nila yang sangat tinggi di sisi Islam... Sebab apa? Dengan sehelai kain yang tidak jarang dan ukurannya mampu menutupi bahagian-bahagian badan yang tertentu, menjadikan tudung itu mulia.... Apalah nilainya di sisi Allah, kalau kita bertudung tapi tidak sempurna...

Tak yah cakap soal Allah dulu lah, kite cakap dalam skop kecil. Kalau anda nak beli kuih karipap contohnya (sebab saya suke karipap...hehehe). Sekumpulan kuih karipap dihidang dalam keadaan terbuka, lalat pun banyak dah hinggap kat situ, siap hari bulan nanti kang boleh bertelur plak lalat-lalat tue... And satu lagi group karipap nie diletak dalam bekas yang elok tertutup. Mane satu yang anda akan pilih? Saya kompom majoriti akan pilih karipap kat bekas tertutup. Sebab ape? Mesti sebab dia terlindung daripaa hinggapan2 lalat yang boleh bawa penyakit pada kita kan?

Simple. Macam tu jugak dengan tudung.... Tudung tak sempurna, sama macam karipap dihidang kat tempat terbuka. Tudung sempurna, macam karipap kat tempat tertutup. (Sape tak paham t msej kat fb saya, saya terangkan lagi lebih jelas...hehehe)

Lagi satu, tudung nie kan untuk mengelakkan fitnah. Kalau dipakai dengan tidak sempurna, misalnya di atas bahagian dada, bukan ke bahagian yang disyariatkan untuk ditutup dah terbuka? So, bukan ke perkara nie akan mendatangkan fitnah? Sama-sama kita renungkan.... =)

4) BAJU PENGANTIN YANG MELERET-LERET
 
Isbal... Macam postage saya yang sebelum nie, isbal tu maksudnya melabuhkan pakaian hingga menutupi jari kaki, ada ulamak yang mengatakan orang yang melabuhkan pakaian seperti itu adalah lambang orang yang sombong berjalan di muka bumi. Tetapi ada juga ulamak yang mengatakan bahawa ia bergantung pada niat, sekiranya tujuannya untuk menyombong maka ia dilarang.

Dr ’Ali Jumaah pernah berkata bahawa ulama usul fiqh menyatakan, hukum yang lahir ada dari Nas, terbahagi kepada dua, iaitu "Al-hukm Lizatih" dan "Al-hukm lighairih".

"Hukum lizatih" bermaksud, hukum yang sememangnya wujud pada diri atau zat sesuatu nas, seperti pengharaman arak, kewajipan solat, berpuasa dan sebagainya.

Adapun "hukum lighairih" pula adalah, hukum yang difahami dari sudut yang lain, iaitu tidak memadai dengan merujuk kepada sesuatu nas sahaja, seperti hukum pengharaman terhadap memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali.

Merujuk kepada hadis-hadis nabi SAW, didapati bahawa Nabi SAW melarang memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali. Antara hadis tersebut adalah:

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ ، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ ، عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ ، لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ " ، قَالَ أَبُو بَكْرٍ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُهُ خُيَلَاءَ

Maksudnya: “Siapa yang memanjangkan pakaiannya kerana khaila’(sombong dan bangga diri), Allah tidak melihatnya pada hari kiamat.” Abu Bakar As-Shiddiq ra berkata, “Ya Rasulullah, kainku ini longgar namun aku tetap menjaganya.” Rasulullah SAW bersabda,”Kamu bukan termasuk orang yang sombong dan bangga diri.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dari sudut "hukum lizatih", daripada hadis ini, maka ulama mengeluarkan hukum bahawa haram memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali. Pun begitu, jika difahami hadis ini dari sudut "Al-Hukm Lighairih”, pengharaman itu bukanlah dari sudut semata-mata melabuhkan pakaian, tetapi pengharaman itu bersebab wujudnya unsur sombong dikala memakai pakaian yang labuh.

Justeru itu, ulama menyatakan, keharaman melabuhkan pakaian bukannya bersifat mutlak, tetapi bersifat "Lighairih" iaitu pengharaman yang mempunyai "sebab", iaitu "sombong".

Jadi, berdasarkan hadis nie, saya dah tanya sorang lecturer saya yang sangat hebat dalam hadis iaitu Ustaz Khafidz bin Soroni. Hadis nie bertaraf sahih, menurut beliau. Beliau juga berkata, hadis nie memang tak sebut pun perempuan yang berkahwin tapi, boleh dikiaskan kepada cara berpakaian pengantin perempuan yang menyerupai sebarang unsur yang dikatakan di dalam hadis ini....
 
Kita biasa kan tengok baju pengantin meleret-leret kat lantai sampai si pengapit kena angkatkan? kalau berdasarkan hukum pakai baju labuh nie, dihukumkan haram bila si pemakai (lebih fokus kepada pengantin perempuan) BERNIAT UNTUK MENUNJUK-NUNJUK... Nak komen tentang niat nie, saya tak leh lah nak cakap pape pulak kan  sebab saya nie takde lah dibagi kelebihan dari Allah leh tengok orang pakai2 labuh nie, adakah tujuan dia nak lawan dengan anak jiran sebelah yang last week kawen pakai tak selabuh dia? Dalam hal nie, adalah terpulang kepada niat masing-masing, namun saya teringin nak tau jugak, kenapa mesti nak pakai yang labuh-labuh? Kalau bercakap dari logiknya pun, pakai labuh-labuh sampai pengapit yang susah-susah kena angkat kan, nak buat ape jugak ye? Kan ke macam menyusahkan kita jugak? Huhu... Same-same kita fikir balik....

Untuk ulasan lanjut, saya rasa sampai sini dulu lah ye... Moga artikel yang tak seberapa nie mampu membantu diri saya dan sahabat -sahabat untuk memulakan langkah awal, menyusun perancangan yang sempurna sebelum melangkah ke alam rumah tangga... Semoga masing-masing dikurniakan jodoh yang soleh/solehah yang mampu menguatkan kita untuk sentiasa mengingati Allah.
 
Ingatlah dan selalulah berdoa supaya kita tidak tersalah dalam mencintai seseorang agar kita dan dia sentiasa mendapat lindungan rahmat Illahi...
 
Mohon maaf andai kata terdapat kesalahan atau kelancangan saya dalam berbicara. Tiada niat untuk mengejek atau mengeji mana-mana pihak jika terdapat, sekadar etguran kerana saya sayangkan sahabat-sahabat saya... Mohon tunjuk ajar mana yang kurang sebab saya pun baru belajar.... Syukran 'ala kulli hal... 
 
Wallahu a'alam... =)

Wednesday, September 9, 2015

Baca Dua Ayat Ini Tiap Malam, Insya Allah Rezeki Lancar

Ada dua ayat di dalam Al Qur’an yang jika dibaca setiap malam maka orang yang membacanya akan diberikan kecukupan. Dua ayat saja? Iya, hanya dua ayat.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ قَرَأَ بِالآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

 “Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah pada malam hari, niscaya ia tercukupi.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam Nuzhatul Muttaqin syarh Riyadhush Shalihin, Syaikh DR Mustofa Said Al Khin, Syaikh DR Mustofa Al Bugho, Syaikh Muhyidin Mistu, Syaikh Ali Asy Syirbaji dan Syaikh Muhammad Amin Luthfi menerangkan bahwa salah satu makna tercukupi dalam hadits ini adalah tercukupi keperluan dunia dan akhiratnya serta terhindarkan dari semua keburukan.

Hadits ini pula yang dicantumkan oleh Ibnu Katsir saat menjelaskan keutamaan dua ayat terakhir surat Al Baqarah ini dalam tafsirnya.

Dua ayat terakhir dalam surat Al Baqarah tersebut tidak lain adalah firman-Nya:

آَمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ

 كُلٌّ آَمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ 

لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ

وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

 لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

 رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

 رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا 

 رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ

 وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا

 أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an) dari Rabbnya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan seseorang pun di antara rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa): “Ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.”
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

 (QS. Al Baqarah: 285-286)

Wallahu a’lam bish shawab. [Webmuslimah.com]

Tuesday, September 8, 2015

Hutang Duha

BAB 31 : Hutang Dhuha

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya. Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian. Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

Kesimpulannya:

Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…

❤️Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain melalui bersolat dhuha

❤️Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?

 ❤️Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya.

Jom mengajak orang lain untuk berdhuha juga😍 😍 😍 😍 😍 😍

Friday, August 7, 2015

Jiwa kembali kepada Ilahi tenang hadapi masalah

KEHIDUPAN di dunia seperti pengembara atau musafir yang penuh ujian dan perlu menyediakan bekalan secukupnya. Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerangkan, kehidupan ini adalah perjalanan yang bermula dari Allah SWT dan menuju kepada Allah SWT. Pencerahan itu dikongsikan dalam program Islam Itu Indah pada Rabu lalu, di IKIMfm. Beliau memetik hadis daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan." (Hadis riwayat al-Bukhari) Katanya, dari Allah SWT kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Ketika bermusafir itu akan ada penderitaan dalam usaha membawa diri keluar daripada kebiasaan bagi membina hasil yang luar biasa. Ia juga menuntut kerja keras yang membangkitkan keletihan, kepedihan, rasa jemu serta kesusahan. Sesungguhnya kehidupan sinonim dengan ujian menepati firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2) Hidup berdepan masalah silih berganti Pahrol berkata, hidup ini adalah untuk menghadapi dan menangani masalah. Perjalanan hidup itu akan menempuh pelbagai masalah silih berganti sehingga bertemu dengan suatu ketentuan bernama mati. Sering berlaku, kewujudan masalah akan menimbulkan tekanan selagi masalah itu tidak ditangani dengan tuntas dan penuh kebijaksanaan. Sebab itu, kehidupan dicipta dengan masalah yang tidak putus untuk melihat cara individu itu merungkainya. Manusia dicipta sempurna dengan watak dan personaliti berbeza. Begitu juga dengan cara menanganinya berbeza. Terkadang timbul rasa berat untuk bersolat, sukar menghulur sedekah, malas menyelak lembaran al-Quran apatah lagi membacanya, suami susah memberi sayang pada isteri, isteri culas menyerah taat pada suami dan banyak lagi masalah lain. Mereka yang sedar wujudnya masalah harus bersyukur, tetapi ada sesetengah individu tidak melihat permasalahan itu sebagai masalah. Mereka menganggap miliki kereta kecil, rumah tidak mewah, pakaian tidak mengikut peredaran masa sebagai masalah yang sebenar dan merumitkan kehidupan. Masalah hadir silih berganti dan terkadang bertimpa-timpa umpama sampah dan kotoran yang dibuang ke dalam sungai, tidak pernah berhenti selagi arus sungai mengalir. Masalah juga terkenal dengan tamsilan benang yang sangat kusut dan bersimpul. Sememangnya adat kehidupan, masalah datang dan pergi dalam skala kecil mahupun besar sehingga masalah itu membelenggu hati, emosi serta fikiran. Masalah ini perlu dirungkai perlahan-lahan dan penuh kesabaran kerana ada waktu meleraikannya mengambil masa yang panjang. Jika tidak miliki kesabaran pasti benang direntap dan natijahnya benang akan putus serta tidak dapat memberi faedah bukan sahaja pada orang lain, malah diri individu itu sendiri. Orang tua ada memperturunkan petua, "jika benang kusut, cari puncanya. Dari puncanya, maka ungkailah perlahan-lahan sehingga terlerai keseluruhannya". Justeru, jika berlaku masalah yang bertimpa-timpa kembalilah kepada teras dan asas. Pahrol berkata, dengan pendekatan kembali kepada asas akan mendorong diri membina keikhlasan yang menemukan mereka kepada Allah SWT. Saat itu Allah akan titipkan kekuatan, maka berbekalkan kekuatan itulah langkah dapat diteruskan dengan lebih tabah dan gagah. Apabila kembali kepada teras, masalah kewangan yang tidak berpenghujung walaupun gaji sudah bertambah dapat diatasi. Saat itu kita sedar tujuan asal bekerja untuk mencari sumber rezeki. Begitu juga masalah di tempat kerja akan dapat diatasi. Melihat kembali tujuan bekerja akan mengembalikan semula ketenangan dalam urusan kehidupan kerana segala dilakukan adalah kerana Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh." (Surah adz-Dzariyaat, ayat 56-58) Bentuk niat baharu Perkahwinan, kekeluargaan, pekerjaan, persahabatan dan banyak lagi aktiviti dalam ruang lingkup kehidupan adalah wadah untuk mencapai tujuan menjadi hamba Allah SWT. Semua ada kaitan dengan niat kerana Allah SWT. Justeru, pada saat diri tersedar kesilapan maka bentuk niat yang baharu. Selain itu, ada individu memasang niat yang betul dari awal, tetapi lama-kelamaan niat itu mula tersasar, hanyut dan hilang jejak. Maka, kembalilah kepada jalan yang benar. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Bandingan orang yang menjadikan benda yang lain daripada Allah sebagai pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat sarang, sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, sekiranya mereka orang yang mengetahui." (Surah al-Ankabut, ayat 41) Allah SWT itu sentiasa ada, tetapi masalahnya adakah Allah ada di hati, rumah tangga dan pekerjaan kita? Susun kehidupan kita dengan meletakkan Allah SWT dari awal permulaan supaya tidak sangkut pada pertengahan dan tersungkur pada pengakhiran.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72714
KEHIDUPAN di dunia seperti pengembara atau musafir yang penuh ujian dan perlu menyediakan bekalan secukupnya. Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerangkan, kehidupan ini adalah perjalanan yang bermula dari Allah SWT dan menuju kepada Allah SWT. 

Pencerahan itu dikongsikan dalam program Islam Itu Indah pada Rabu lalu, di IKIMfm. Beliau memetik hadis daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan." (Hadis riwayat al-Bukhari).

 Katanya, dari Allah SWT kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Ketika bermusafir itu akan ada penderitaan dalam usaha membawa diri keluar daripada kebiasaan bagi membina hasil yang luar biasa. Ia juga menuntut kerja keras yang membangkitkan keletihan, kepedihan, rasa jemu serta kesusahan. 

Sesungguhnya kehidupan sinonim dengan ujian menepati firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2) 

Hidup berdepan masalah silih berganti 

Pahrol berkata, hidup ini adalah untuk menghadapi dan menangani masalah. Perjalanan hidup itu akan menempuh pelbagai masalah silih berganti sehingga bertemu dengan suatu ketentuan bernama mati. 

Sering berlaku, kewujudan masalah akan menimbulkan tekanan selagi masalah itu tidak ditangani dengan tuntas dan penuh kebijaksanaan. Sebab itu, kehidupan dicipta dengan masalah yang tidak putus untuk melihat cara individu itu merungkainya. 

Manusia dicipta sempurna dengan watak dan personaliti berbeza. Begitu juga dengan cara menanganinya berbeza. Terkadang timbul rasa berat untuk bersolat, sukar menghulur sedekah, malas menyelak lembaran al-Quran apatah lagi membacanya, suami susah memberi sayang pada isteri, isteri culas menyerah taat pada suami dan banyak lagi masalah lain.

 Mereka yang sedar wujudnya masalah harus bersyukur, tetapi ada sesetengah individu tidak melihat permasalahan itu sebagai masalah. Mereka menganggap miliki kereta kecil, rumah tidak mewah, pakaian tidak mengikut peredaran masa sebagai masalah yang sebenar dan merumitkan kehidupan. 

Masalah hadir silih berganti dan terkadang bertimpa-timpa umpama sampah dan kotoran yang dibuang ke dalam sungai, tidak pernah berhenti selagi arus sungai mengalir. Masalah juga terkenal dengan tamsilan benang yang sangat kusut dan bersimpul. 

Sememangnya adat kehidupan, masalah datang dan pergi dalam skala kecil mahupun besar sehingga masalah itu membelenggu hati, emosi serta fikiran. Masalah ini perlu dirungkai perlahan-lahan dan penuh kesabaran kerana ada waktu meleraikannya mengambil masa yang panjang. 

Jika tidak miliki kesabaran pasti benang direntap dan natijahnya benang akan putus serta tidak dapat memberi faedah bukan sahaja pada orang lain, malah diri individu itu sendiri. Orang tua ada memperturunkan petua, "jika benang kusut, cari puncanya. Dari puncanya, maka ungkailah perlahan-lahan sehingga terlerai keseluruhannya". Justeru, jika berlaku masalah yang bertimpa-timpa kembalilah kepada teras dan asas. 

Pahrol berkata, dengan pendekatan kembali kepada asas akan mendorong diri membina keikhlasan yang menemukan mereka kepada Allah SWT. Saat itu Allah akan titipkan kekuatan, maka berbekalkan kekuatan itulah langkah dapat diteruskan dengan lebih tabah dan gagah. 

Apabila kembali kepada teras, masalah kewangan yang tidak berpenghujung walaupun gaji sudah bertambah dapat diatasi. Saat itu kita sedar tujuan asal bekerja untuk mencari sumber rezeki. Begitu juga masalah di tempat kerja akan dapat diatasi. 

Melihat kembali tujuan bekerja akan mengembalikan semula ketenangan dalam urusan kehidupan kerana segala dilakukan adalah kerana Allah SWT. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh." (Surah adz-Dzariyaat, ayat 56-58) 

Bentuk niat baharu 

Perkahwinan, kekeluargaan, pekerjaan, persahabatan dan banyak lagi aktiviti dalam ruang lingkup kehidupan adalah wadah untuk mencapai tujuan menjadi hamba Allah SWT. Semua ada kaitan dengan niat kerana Allah SWT. 

Justeru, pada saat diri tersedar kesilapan maka bentuk niat yang baharu. Selain itu, ada individu memasang niat yang betul dari awal, tetapi lama-kelamaan niat itu mula tersasar, hanyut dan hilang jejak. Maka, kembalilah kepada jalan yang benar. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Bandingan orang yang menjadikan benda yang lain daripada Allah sebagai pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat sarang, sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, sekiranya mereka orang yang mengetahui." (Surah al-Ankabut, ayat 41) 

Allah SWT itu sentiasa ada, tetapi masalahnya adakah Allah ada di hati, rumah tangga dan pekerjaan kita? Susun kehidupan kita dengan meletakkan Allah SWT dari awal permulaan supaya tidak sangkut pada pertengahan dan tersungkur pada pengakhiran

sumber BERITA HARIAN

KEHIDUPAN di dunia seperti pengembara atau musafir yang penuh ujian dan perlu menyediakan bekalan secukupnya. Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerangkan, kehidupan ini adalah perjalanan yang bermula dari Allah SWT dan menuju kepada Allah SWT. Pencerahan itu dikongsikan dalam program Islam Itu Indah pada Rabu lalu, di IKIMfm. Beliau memetik hadis daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan." (Hadis riwayat al-Bukhari) Katanya, dari Allah SWT kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Ketika bermusafir itu akan ada penderitaan dalam usaha membawa diri keluar daripada kebiasaan bagi membina hasil yang luar biasa. Ia juga menuntut kerja keras yang membangkitkan keletihan, kepedihan, rasa jemu serta kesusahan. Sesungguhnya kehidupan sinonim dengan ujian menepati firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2) Hidup berdepan masalah silih berganti Pahrol berkata, hidup ini adalah untuk menghadapi dan menangani masalah. Perjalanan hidup itu akan menempuh pelbagai masalah silih berganti sehingga bertemu dengan suatu ketentuan bernama mati. Sering berlaku, kewujudan masalah akan menimbulkan tekanan selagi masalah itu tidak ditangani dengan tuntas dan penuh kebijaksanaan. Sebab itu, kehidupan dicipta dengan masalah yang tidak putus untuk melihat cara individu itu merungkainya. Manusia dicipta sempurna dengan watak dan personaliti berbeza. Begitu juga dengan cara menanganinya berbeza. Terkadang timbul rasa berat untuk bersolat, sukar menghulur sedekah, malas menyelak lembaran al-Quran apatah lagi membacanya, suami susah memberi sayang pada isteri, isteri culas menyerah taat pada suami dan banyak lagi masalah lain. Mereka yang sedar wujudnya masalah harus bersyukur, tetapi ada sesetengah individu tidak melihat permasalahan itu sebagai masalah. Mereka menganggap miliki kereta kecil, rumah tidak mewah, pakaian tidak mengikut peredaran masa sebagai masalah yang sebenar dan merumitkan kehidupan. Masalah hadir silih berganti dan terkadang bertimpa-timpa umpama sampah dan kotoran yang dibuang ke dalam sungai, tidak pernah berhenti selagi arus sungai mengalir. Masalah juga terkenal dengan tamsilan benang yang sangat kusut dan bersimpul. Sememangnya adat kehidupan, masalah datang dan pergi dalam skala kecil mahupun besar sehingga masalah itu membelenggu hati, emosi serta fikiran. Masalah ini perlu dirungkai perlahan-lahan dan penuh kesabaran kerana ada waktu meleraikannya mengambil masa yang panjang. Jika tidak miliki kesabaran pasti benang direntap dan natijahnya benang akan putus serta tidak dapat memberi faedah bukan sahaja pada orang lain, malah diri individu itu sendiri. Orang tua ada memperturunkan petua, "jika benang kusut, cari puncanya. Dari puncanya, maka ungkailah perlahan-lahan sehingga terlerai keseluruhannya". Justeru, jika berlaku masalah yang bertimpa-timpa kembalilah kepada teras dan asas. Pahrol berkata, dengan pendekatan kembali kepada asas akan mendorong diri membina keikhlasan yang menemukan mereka kepada Allah SWT. Saat itu Allah akan titipkan kekuatan, maka berbekalkan kekuatan itulah langkah dapat diteruskan dengan lebih tabah dan gagah. Apabila kembali kepada teras, masalah kewangan yang tidak berpenghujung walaupun gaji sudah bertambah dapat diatasi. Saat itu kita sedar tujuan asal bekerja untuk mencari sumber rezeki. Begitu juga masalah di tempat kerja akan dapat diatasi. Melihat kembali tujuan bekerja akan mengembalikan semula ketenangan dalam urusan kehidupan kerana segala dilakukan adalah kerana Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh." (Surah adz-Dzariyaat, ayat 56-58) Bentuk niat baharu Perkahwinan, kekeluargaan, pekerjaan, persahabatan dan banyak lagi aktiviti dalam ruang lingkup kehidupan adalah wadah untuk mencapai tujuan menjadi hamba Allah SWT. Semua ada kaitan dengan niat kerana Allah SWT. Justeru, pada saat diri tersedar kesilapan maka bentuk niat yang baharu. Selain itu, ada individu memasang niat yang betul dari awal, tetapi lama-kelamaan niat itu mula tersasar, hanyut dan hilang jejak. Maka, kembalilah kepada jalan yang benar. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Bandingan orang yang menjadikan benda yang lain daripada Allah sebagai pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat sarang, sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, sekiranya mereka orang yang mengetahui." (Surah al-Ankabut, ayat 41) Allah SWT itu sentiasa ada, tetapi masalahnya adakah Allah ada di hati, rumah tangga dan pekerjaan kita? Susun kehidupan kita dengan meletakkan Allah SWT dari awal permulaan supaya tidak sangkut pada pertengahan dan tersungkur pada pengakhiran.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72714
KEHIDUPAN di dunia seperti pengembara atau musafir yang penuh ujian dan perlu menyediakan bekalan secukupnya. Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerangkan, kehidupan ini adalah perjalanan yang bermula dari Allah SWT dan menuju kepada Allah SWT. Pencerahan itu dikongsikan dalam program Islam Itu Indah pada Rabu lalu, di IKIMfm. Beliau memetik hadis daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan." (Hadis riwayat al-Bukhari) Katanya, dari Allah SWT kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Ketika bermusafir itu akan ada penderitaan dalam usaha membawa diri keluar daripada kebiasaan bagi membina hasil yang luar biasa. Ia juga menuntut kerja keras yang membangkitkan keletihan, kepedihan, rasa jemu serta kesusahan. Sesungguhnya kehidupan sinonim dengan ujian menepati firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2) Hidup berdepan masalah silih berganti Pahrol berkata, hidup ini adalah untuk menghadapi dan menangani masalah. Perjalanan hidup itu akan menempuh pelbagai masalah silih berganti sehingga bertemu dengan suatu ketentuan bernama mati. Sering berlaku, kewujudan masalah akan menimbulkan tekanan selagi masalah itu tidak ditangani dengan tuntas dan penuh kebijaksanaan. Sebab itu, kehidupan dicipta dengan masalah yang tidak putus untuk melihat cara individu itu merungkainya. Manusia dicipta sempurna dengan watak dan personaliti berbeza. Begitu juga dengan cara menanganinya berbeza. Terkadang timbul rasa berat untuk bersolat, sukar menghulur sedekah, malas menyelak lembaran al-Quran apatah lagi membacanya, suami susah memberi sayang pada isteri, isteri culas menyerah taat pada suami dan banyak lagi masalah lain. Mereka yang sedar wujudnya masalah harus bersyukur, tetapi ada sesetengah individu tidak melihat permasalahan itu sebagai masalah. Mereka menganggap miliki kereta kecil, rumah tidak mewah, pakaian tidak mengikut peredaran masa sebagai masalah yang sebenar dan merumitkan kehidupan. Masalah hadir silih berganti dan terkadang bertimpa-timpa umpama sampah dan kotoran yang dibuang ke dalam sungai, tidak pernah berhenti selagi arus sungai mengalir. Masalah juga terkenal dengan tamsilan benang yang sangat kusut dan bersimpul. Sememangnya adat kehidupan, masalah datang dan pergi dalam skala kecil mahupun besar sehingga masalah itu membelenggu hati, emosi serta fikiran. Masalah ini perlu dirungkai perlahan-lahan dan penuh kesabaran kerana ada waktu meleraikannya mengambil masa yang panjang. Jika tidak miliki kesabaran pasti benang direntap dan natijahnya benang akan putus serta tidak dapat memberi faedah bukan sahaja pada orang lain, malah diri individu itu sendiri. Orang tua ada memperturunkan petua, "jika benang kusut, cari puncanya. Dari puncanya, maka ungkailah perlahan-lahan sehingga terlerai keseluruhannya". Justeru, jika berlaku masalah yang bertimpa-timpa kembalilah kepada teras dan asas. Pahrol berkata, dengan pendekatan kembali kepada asas akan mendorong diri membina keikhlasan yang menemukan mereka kepada Allah SWT. Saat itu Allah akan titipkan kekuatan, maka berbekalkan kekuatan itulah langkah dapat diteruskan dengan lebih tabah dan gagah. Apabila kembali kepada teras, masalah kewangan yang tidak berpenghujung walaupun gaji sudah bertambah dapat diatasi. Saat itu kita sedar tujuan asal bekerja untuk mencari sumber rezeki. Begitu juga masalah di tempat kerja akan dapat diatasi. Melihat kembali tujuan bekerja akan mengembalikan semula ketenangan dalam urusan kehidupan kerana segala dilakukan adalah kerana Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh." (Surah adz-Dzariyaat, ayat 56-58) Bentuk niat baharu Perkahwinan, kekeluargaan, pekerjaan, persahabatan dan banyak lagi aktiviti dalam ruang lingkup kehidupan adalah wadah untuk mencapai tujuan menjadi hamba Allah SWT. Semua ada kaitan dengan niat kerana Allah SWT. Justeru, pada saat diri tersedar kesilapan maka bentuk niat yang baharu. Selain itu, ada individu memasang niat yang betul dari awal, tetapi lama-kelamaan niat itu mula tersasar, hanyut dan hilang jejak. Maka, kembalilah kepada jalan yang benar. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Bandingan orang yang menjadikan benda yang lain daripada Allah sebagai pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat sarang, sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, sekiranya mereka orang yang mengetahui." (Surah al-Ankabut, ayat 41) Allah SWT itu sentiasa ada, tetapi masalahnya adakah Allah ada di hati, rumah tangga dan pekerjaan kita? Susun kehidupan kita dengan meletakkan Allah SWT dari awal permulaan supaya tidak sangkut pada pertengahan dan tersungkur pada pengakhiran.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72714
KEHIDUPAN di dunia seperti pengembara atau musafir yang penuh ujian dan perlu menyediakan bekalan secukupnya. Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerangkan, kehidupan ini adalah perjalanan yang bermula dari Allah SWT dan menuju kepada Allah SWT. Pencerahan itu dikongsikan dalam program Islam Itu Indah pada Rabu lalu, di IKIMfm. Beliau memetik hadis daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan." (Hadis riwayat al-Bukhari) Katanya, dari Allah SWT kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Ketika bermusafir itu akan ada penderitaan dalam usaha membawa diri keluar daripada kebiasaan bagi membina hasil yang luar biasa. Ia juga menuntut kerja keras yang membangkitkan keletihan, kepedihan, rasa jemu serta kesusahan. Sesungguhnya kehidupan sinonim dengan ujian menepati firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2) Hidup berdepan masalah silih berganti Pahrol berkata, hidup ini adalah untuk menghadapi dan menangani masalah. Perjalanan hidup itu akan menempuh pelbagai masalah silih berganti sehingga bertemu dengan suatu ketentuan bernama mati. Sering berlaku, kewujudan masalah akan menimbulkan tekanan selagi masalah itu tidak ditangani dengan tuntas dan penuh kebijaksanaan. Sebab itu, kehidupan dicipta dengan masalah yang tidak putus untuk melihat cara individu itu merungkainya. Manusia dicipta sempurna dengan watak dan personaliti berbeza. Begitu juga dengan cara menanganinya berbeza. Terkadang timbul rasa berat untuk bersolat, sukar menghulur sedekah, malas menyelak lembaran al-Quran apatah lagi membacanya, suami susah memberi sayang pada isteri, isteri culas menyerah taat pada suami dan banyak lagi masalah lain. Mereka yang sedar wujudnya masalah harus bersyukur, tetapi ada sesetengah individu tidak melihat permasalahan itu sebagai masalah. Mereka menganggap miliki kereta kecil, rumah tidak mewah, pakaian tidak mengikut peredaran masa sebagai masalah yang sebenar dan merumitkan kehidupan. Masalah hadir silih berganti dan terkadang bertimpa-timpa umpama sampah dan kotoran yang dibuang ke dalam sungai, tidak pernah berhenti selagi arus sungai mengalir. Masalah juga terkenal dengan tamsilan benang yang sangat kusut dan bersimpul. Sememangnya adat kehidupan, masalah datang dan pergi dalam skala kecil mahupun besar sehingga masalah itu membelenggu hati, emosi serta fikiran. Masalah ini perlu dirungkai perlahan-lahan dan penuh kesabaran kerana ada waktu meleraikannya mengambil masa yang panjang. Jika tidak miliki kesabaran pasti benang direntap dan natijahnya benang akan putus serta tidak dapat memberi faedah bukan sahaja pada orang lain, malah diri individu itu sendiri. Orang tua ada memperturunkan petua, "jika benang kusut, cari puncanya. Dari puncanya, maka ungkailah perlahan-lahan sehingga terlerai keseluruhannya". Justeru, jika berlaku masalah yang bertimpa-timpa kembalilah kepada teras dan asas. Pahrol berkata, dengan pendekatan kembali kepada asas akan mendorong diri membina keikhlasan yang menemukan mereka kepada Allah SWT. Saat itu Allah akan titipkan kekuatan, maka berbekalkan kekuatan itulah langkah dapat diteruskan dengan lebih tabah dan gagah. Apabila kembali kepada teras, masalah kewangan yang tidak berpenghujung walaupun gaji sudah bertambah dapat diatasi. Saat itu kita sedar tujuan asal bekerja untuk mencari sumber rezeki. Begitu juga masalah di tempat kerja akan dapat diatasi. Melihat kembali tujuan bekerja akan mengembalikan semula ketenangan dalam urusan kehidupan kerana segala dilakukan adalah kerana Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh." (Surah adz-Dzariyaat, ayat 56-58) Bentuk niat baharu Perkahwinan, kekeluargaan, pekerjaan, persahabatan dan banyak lagi aktiviti dalam ruang lingkup kehidupan adalah wadah untuk mencapai tujuan menjadi hamba Allah SWT. Semua ada kaitan dengan niat kerana Allah SWT. Justeru, pada saat diri tersedar kesilapan maka bentuk niat yang baharu. Selain itu, ada individu memasang niat yang betul dari awal, tetapi lama-kelamaan niat itu mula tersasar, hanyut dan hilang jejak. Maka, kembalilah kepada jalan yang benar. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Bandingan orang yang menjadikan benda yang lain daripada Allah sebagai pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat sarang, sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, sekiranya mereka orang yang mengetahui." (Surah al-Ankabut, ayat 41) Allah SWT itu sentiasa ada, tetapi masalahnya adakah Allah ada di hati, rumah tangga dan pekerjaan kita? Susun kehidupan kita dengan meletakkan Allah SWT dari awal permulaan supaya tidak sangkut pada pertengahan dan tersungkur pada pengakhiran.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72714
KEHIDUPAN di dunia seperti pengembara atau musafir yang penuh ujian dan perlu menyediakan bekalan secukupnya. Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerangkan, kehidupan ini adalah perjalanan yang bermula dari Allah SWT dan menuju kepada Allah SWT. Pencerahan itu dikongsikan dalam program Islam Itu Indah pada Rabu lalu, di IKIMfm. Beliau memetik hadis daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan." (Hadis riwayat al-Bukhari) Katanya, dari Allah SWT kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Ketika bermusafir itu akan ada penderitaan dalam usaha membawa diri keluar daripada kebiasaan bagi membina hasil yang luar biasa. Ia juga menuntut kerja keras yang membangkitkan keletihan, kepedihan, rasa jemu serta kesusahan. Sesungguhnya kehidupan sinonim dengan ujian menepati firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2) Hidup berdepan masalah silih berganti Pahrol berkata, hidup ini adalah untuk menghadapi dan menangani masalah. Perjalanan hidup itu akan menempuh pelbagai masalah silih berganti sehingga bertemu dengan suatu ketentuan bernama mati. Sering berlaku, kewujudan masalah akan menimbulkan tekanan selagi masalah itu tidak ditangani dengan tuntas dan penuh kebijaksanaan. Sebab itu, kehidupan dicipta dengan masalah yang tidak putus untuk melihat cara individu itu merungkainya. Manusia dicipta sempurna dengan watak dan personaliti berbeza. Begitu juga dengan cara menanganinya berbeza. Terkadang timbul rasa berat untuk bersolat, sukar menghulur sedekah, malas menyelak lembaran al-Quran apatah lagi membacanya, suami susah memberi sayang pada isteri, isteri culas menyerah taat pada suami dan banyak lagi masalah lain. Mereka yang sedar wujudnya masalah harus bersyukur, tetapi ada sesetengah individu tidak melihat permasalahan itu sebagai masalah. Mereka menganggap miliki kereta kecil, rumah tidak mewah, pakaian tidak mengikut peredaran masa sebagai masalah yang sebenar dan merumitkan kehidupan. Masalah hadir silih berganti dan terkadang bertimpa-timpa umpama sampah dan kotoran yang dibuang ke dalam sungai, tidak pernah berhenti selagi arus sungai mengalir. Masalah juga terkenal dengan tamsilan benang yang sangat kusut dan bersimpul. Sememangnya adat kehidupan, masalah datang dan pergi dalam skala kecil mahupun besar sehingga masalah itu membelenggu hati, emosi serta fikiran. Masalah ini perlu dirungkai perlahan-lahan dan penuh kesabaran kerana ada waktu meleraikannya mengambil masa yang panjang. Jika tidak miliki kesabaran pasti benang direntap dan natijahnya benang akan putus serta tidak dapat memberi faedah bukan sahaja pada orang lain, malah diri individu itu sendiri. Orang tua ada memperturunkan petua, "jika benang kusut, cari puncanya. Dari puncanya, maka ungkailah perlahan-lahan sehingga terlerai keseluruhannya". Justeru, jika berlaku masalah yang bertimpa-timpa kembalilah kepada teras dan asas. Pahrol berkata, dengan pendekatan kembali kepada asas akan mendorong diri membina keikhlasan yang menemukan mereka kepada Allah SWT. Saat itu Allah akan titipkan kekuatan, maka berbekalkan kekuatan itulah langkah dapat diteruskan dengan lebih tabah dan gagah. Apabila kembali kepada teras, masalah kewangan yang tidak berpenghujung walaupun gaji sudah bertambah dapat diatasi. Saat itu kita sedar tujuan asal bekerja untuk mencari sumber rezeki. Begitu juga masalah di tempat kerja akan dapat diatasi. Melihat kembali tujuan bekerja akan mengembalikan semula ketenangan dalam urusan kehidupan kerana segala dilakukan adalah kerana Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh." (Surah adz-Dzariyaat, ayat 56-58) Bentuk niat baharu Perkahwinan, kekeluargaan, pekerjaan, persahabatan dan banyak lagi aktiviti dalam ruang lingkup kehidupan adalah wadah untuk mencapai tujuan menjadi hamba Allah SWT. Semua ada kaitan dengan niat kerana Allah SWT. Justeru, pada saat diri tersedar kesilapan maka bentuk niat yang baharu. Selain itu, ada individu memasang niat yang betul dari awal, tetapi lama-kelamaan niat itu mula tersasar, hanyut dan hilang jejak. Maka, kembalilah kepada jalan yang benar. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Bandingan orang yang menjadikan benda yang lain daripada Allah sebagai pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat sarang, sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, sekiranya mereka orang yang mengetahui." (Surah al-Ankabut, ayat 41) Allah SWT itu sentiasa ada, tetapi masalahnya adakah Allah ada di hati, rumah tangga dan pekerjaan kita? Susun kehidupan kita dengan meletakkan Allah SWT dari awal permulaan supaya tidak sangkut pada pertengahan dan tersungkur pada pengakhiran.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72714
KEHIDUPAN di dunia seperti pengembara atau musafir yang penuh ujian dan perlu menyediakan bekalan secukupnya. Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerangkan, kehidupan ini adalah perjalanan yang bermula dari Allah SWT dan menuju kepada Allah SWT. Pencerahan itu dikongsikan dalam program Islam Itu Indah pada Rabu lalu, di IKIMfm. Beliau memetik hadis daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan." (Hadis riwayat al-Bukhari) Katanya, dari Allah SWT kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Ketika bermusafir itu akan ada penderitaan dalam usaha membawa diri keluar daripada kebiasaan bagi membina hasil yang luar biasa. Ia juga menuntut kerja keras yang membangkitkan keletihan, kepedihan, rasa jemu serta kesusahan. Sesungguhnya kehidupan sinonim dengan ujian menepati firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2) Hidup berdepan masalah silih berganti Pahrol berkata, hidup ini adalah untuk menghadapi dan menangani masalah. Perjalanan hidup itu akan menempuh pelbagai masalah silih berganti sehingga bertemu dengan suatu ketentuan bernama mati. Sering berlaku, kewujudan masalah akan menimbulkan tekanan selagi masalah itu tidak ditangani dengan tuntas dan penuh kebijaksanaan. Sebab itu, kehidupan dicipta dengan masalah yang tidak putus untuk melihat cara individu itu merungkainya. Manusia dicipta sempurna dengan watak dan personaliti berbeza. Begitu juga dengan cara menanganinya berbeza. Terkadang timbul rasa berat untuk bersolat, sukar menghulur sedekah, malas menyelak lembaran al-Quran apatah lagi membacanya, suami susah memberi sayang pada isteri, isteri culas menyerah taat pada suami dan banyak lagi masalah lain. Mereka yang sedar wujudnya masalah harus bersyukur, tetapi ada sesetengah individu tidak melihat permasalahan itu sebagai masalah. Mereka menganggap miliki kereta kecil, rumah tidak mewah, pakaian tidak mengikut peredaran masa sebagai masalah yang sebenar dan merumitkan kehidupan. Masalah hadir silih berganti dan terkadang bertimpa-timpa umpama sampah dan kotoran yang dibuang ke dalam sungai, tidak pernah berhenti selagi arus sungai mengalir. Masalah juga terkenal dengan tamsilan benang yang sangat kusut dan bersimpul. Sememangnya adat kehidupan, masalah datang dan pergi dalam skala kecil mahupun besar sehingga masalah itu membelenggu hati, emosi serta fikiran. Masalah ini perlu dirungkai perlahan-lahan dan penuh kesabaran kerana ada waktu meleraikannya mengambil masa yang panjang. Jika tidak miliki kesabaran pasti benang direntap dan natijahnya benang akan putus serta tidak dapat memberi faedah bukan sahaja pada orang lain, malah diri individu itu sendiri. Orang tua ada memperturunkan petua, "jika benang kusut, cari puncanya. Dari puncanya, maka ungkailah perlahan-lahan sehingga terlerai keseluruhannya". Justeru, jika berlaku masalah yang bertimpa-timpa kembalilah kepada teras dan asas. Pahrol berkata, dengan pendekatan kembali kepada asas akan mendorong diri membina keikhlasan yang menemukan mereka kepada Allah SWT. Saat itu Allah akan titipkan kekuatan, maka berbekalkan kekuatan itulah langkah dapat diteruskan dengan lebih tabah dan gagah. Apabila kembali kepada teras, masalah kewangan yang tidak berpenghujung walaupun gaji sudah bertambah dapat diatasi. Saat itu kita sedar tujuan asal bekerja untuk mencari sumber rezeki. Begitu juga masalah di tempat kerja akan dapat diatasi. Melihat kembali tujuan bekerja akan mengembalikan semula ketenangan dalam urusan kehidupan kerana segala dilakukan adalah kerana Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh." (Surah adz-Dzariyaat, ayat 56-58) Bentuk niat baharu Perkahwinan, kekeluargaan, pekerjaan, persahabatan dan banyak lagi aktiviti dalam ruang lingkup kehidupan adalah wadah untuk mencapai tujuan menjadi hamba Allah SWT. Semua ada kaitan dengan niat kerana Allah SWT. Justeru, pada saat diri tersedar kesilapan maka bentuk niat yang baharu. Selain itu, ada individu memasang niat yang betul dari awal, tetapi lama-kelamaan niat itu mula tersasar, hanyut dan hilang jejak. Maka, kembalilah kepada jalan yang benar. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Bandingan orang yang menjadikan benda yang lain daripada Allah sebagai pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat sarang, sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, sekiranya mereka orang yang mengetahui." (Surah al-Ankabut, ayat 41) Allah SWT itu sentiasa ada, tetapi masalahnya adakah Allah ada di hati, rumah tangga dan pekerjaan kita? Susun kehidupan kita dengan meletakkan Allah SWT dari awal permulaan supaya tidak sangkut pada pertengahan dan tersungkur pada pengakhiran.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72714

**ART IS A PASSION**