Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Tuesday, December 6, 2016

Nurhannan Mirza : Hello World!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kembali bersiaran.
Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 3 September 2016 lalu secara pembedahan.Ibu dan bayi selamat.

Kekok gila setelah 10 tahun....

Memperkenalkan Nurhannan Mirza





 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

Wednesday, August 24, 2016

36 Minggu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah. Kandungan saya dah masuk minggu ke 36. 36 minggu 3 hari secara tepat pada hari ini. Ibu dan bayi sihat. Air ketuban , saiz bayi dan berat bayi mengikut usia kandungan. Berat ibu hanya naik 2.6 kg sepanjang 9 bulan hamil. Ye la saya terpaksa makan bercatu kerana komplikasi GDM kan. Nak makan pun takut-takut. Tapi bila tak takut tu saya bedal semahunya juga la. Namun sebab dah biasa makan sikit dan elakkan yang manis-manis, dah tak berapa boleh masuk pun air manis, kek, dessert dan yang sewaktu dengannya. 

Sepanjang hamil terutamanya apabila disahkan ada GDM, saya makan ikut jadual makan yang diberi pakar pemakanan. Bulan puasa paling kritikal. Berat saya turun mendadak sehingga 5 kg dan berat bayi hanya 700g ( usia kandungan 28 minggu). Terpana seketika saya paksa makan semahunya. berat saya naik sedikit demi sedikit begitu juga bayi. Alhamdulillah. Saya makan lebih sedikit tapi masih tak mengambil makanan manis dan nasi saya kawal. Lauk harian ulam-ulam/sayur rebus/sambal belacan/budu dan tumis-tumis air je. Belum bersalin saya dah berpantang sakan.

Kawan-kawan sepejabat terkejut bila saya beritahu hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi waktu untuk melahirkan. Minggu depan 30/08/2016 saya akan bertemu pakar O & G di Hospital Putrajaya. Temujanji kali ini juga akan menentukan samada saya akan bersalin secara czer / normal. Kedudukan bayi setakat ini masih songsang. Berat bayi sudah mencecah 2.8 kg. Jantina nya kemungkinan perempuan. 

Czer...trauma .. Saya hanya mampu berdoa agar Allah memudahkan dan memberi yang terbaik untuk saya dan bayi. Saya harap anda yang membaca post ini doakan saya. Semoga saya dapat bersalin secara normal. 

 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

Monday, January 18, 2016

Hijjaz Wafi Bersunat - Selangkah ke alam dewasa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Alhamdulillah
18 Jan 2016. 18 hari di bulan Januari. Kejap kan masa berlalu.

Cuti hujung minggu korang buat ape? Saya dan keluarga dari akhir tahun tu sibuk siapkan barang persekolahan anak-anak. Beli buku dan jahit baju kurung si Aisyah. Saiz spesel macam dia susah nak cari baju siap. Nasib baik la saya boleh  menjahit. Itupun tak kemas mana.. Jadi la kan. jimatkan duit di kala ekonomi gawat (^_^).

Hari berikutnya, masa kami sekeluarga banyak dihabiskan dengan menonton 'wayang' di rumah. Marathon dari pagi sampai malam. Berhenti bila nak solat, makan, toilet :D.. Anak-anak pon putih sekejap dok rumah.Tak keluar main lansung. Ni pon kaedah jimatkan duit. Download pastu cari subtitle dan tengok la movie :D

Oh ya..lupa nak bagitau yang Hijjaz Wafi da  selamat bersunat 14/12 lalu. Nangis sikit jer. Masa ni dah siap-siap pakai kain pelikat. Oh ya. Hijjaz bersunat di Klinik Shahril , Taman Impian Ehsan, Balakong. RM130. Doktornya baik dan berpengalaman sunatkan budak. Teknik sunat Hijjaz gunting n laser. Pastu doktor jahit. Since angry bird Hijjaz ni ada masalah penglihatan, recovery process mengambil masa yang agak lama. Lebih 2-3 minggu baru ok.


Abang Hijjaz muka pasrah berdoa.

Friday, December 4, 2015

Bila Husband Tetiba Jadi Romantik

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

 
 Masa dalam kereta tetiba dengar lagu ni. Suara penyanyi ni memang sedap rasa nak makan gitu. Ni lirik lagunya.

Lirik Lagu Dengarlah Bintang Hatiku – Demeises

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Bukan pasal lagu ni yang saya nak cerita. Husband saya aka MYBFF. Kami dah berkahwin 11 tahun. Kenal sebelum tu dah dua tahun.13 tahun la kan total. Kami memang brutal je. Masa couple dulu selamba je kentut tak cover hahaha.. N dia selalu bawa saya keluar sekali dengan kawan-kawan dia tengok bola. Bukan pasal bola saya nak cerita.

Tadi masa dengar radio Sinar berkumandang lagi ni. Husband saya ni memang jenis kasar, takde jiwang-jiwang n kategori lelaki yang tak pandai jaga hati especially wife dia yang lembik nih. Tetiba dia kata dia tuju lagu kat saya. Dengar la liriknya. Katanya. Saya pun dengar la. Masuk rangkap kedua..saya pandang dia..berkaca-kaca matanya. Saya terus tegur. Abang nangis??  Kenapa pulak ni?? Terus gugur air mata jantan dia..... Dia tuju lagu kat saya... dia sendiri terharu la kot... Balik kerja nanti saya tanya lagi ye.. to be continued...




xoxo

Thursday, August 27, 2015

Throwback Raya 2015

Assalamualaikum


Dah nak raya haji. Saya baru nak share gambar raya tahun nih.
Kami ni jarang bergambar.
Gambar ni antara gambar raya yang ada dan gambar saya beraya rumah kengkawan:D


Gambar pagi syawal


 Majlis Jamuan Hari Raya kat sekolah



 Jemputan rumah kawan sekolah SMUK 94-97 , Roziana Ismail


Jemputan rumah kawan belaja kat UKM, Kak Zihan






Hijjaz Berdikir Barat

Assalamualaikum

Ke mana tumpahnya kuah..kalau tidak ke nasi ewah

Hijjaz terlibat dengan program j-Qaf. Masuk pertandingan dikir barat bahasa arab. Hijjaz jadi tukang palu gong :D. Risau juga saya. Sebab Hijjaz ni Mr. Blur hahaha. Kebetulan kawan myBFF Ustaz di SKPP14(1). Beliau la orang yang bertanggungjawab memilih Hijjaz sebagai salah seorang peserta. Hijjaz pula macam perangai saya kecil-kecil dulu. Suka ambil bahagian aktiviti-aktiviti luar waktu sekolah nih. (^_^). Lagipun myBFF memang minat dikir barat. Almaklumla kan dah asal dari sana. Suka myBFF ni bila Hijjaz ambil bahagian meneruskan salah satu tradisi Kelantan ni.

Tiga minggu Hijjaz berlatih setiap hari di sekolah. Latihan bermula dari selepas Isya sehingga pukul 10.30 malam. myBFF la orang yang bertanggungjawab berulang alik ambil Hijjaz di sekolah.













Alhamdulillah. Peserta SKPP14(1) jadi johan seluruh Putrajaya. Tiga sekolah je ambil bahagian (^_^). Lepas balik dari program tersebut, Hijjaz mula batuk teruk dan sangat penat. Oh ya . Program tersebut berlansung pada 22 Ogos 2015. Hari minggu tu kami anak-beranak berehat kat rumah aje sebab masing-masing dah penat. Hijjaz kurang sihat. Batuk teruk. Isnin saya bawa Hijjaz ke klinik kerajaan berhampiran kerana keadaan Hijjaz makin teruk. Dada sampai bunyi.

Semalam Hijjaz dah mula bersekolah seperti biasa. Syukur (^_^).












Wednesday, April 1, 2015

Ketentuan Allah SWT

Salam

Lama saya abaikan blog ni.. saya sibuk bekerja dan keadaan kesihatan sangat-sangat tidak memuaskan.
Saya nak sampai kan berita baik.
6 April 2014 saya akan bertukar di tempat baru. Alhamdulillah berjaya juga saya keluar dari KKM ni. Saya tak layak kerja kat sini. Tu je saya boleh bagitau. Jiwa halus sangat.

Berita buruknya, 2/3/2015 lalu saya rasa kelainan pada kandungan saya. Saya mula rasa sakit di bahagian bawah perut. Namun atas desakan tugas, saya gagahkan diri menguruskan kursus pengurusan projek ICT KKM di INTAN, Bukit Kiara, KL pada 3/3/2015. Sebaik pulang ke rumah, kesakitan makin dirasai dan tanda-tanda coklat sudah kelihatan. Saya risau dan sedih.

4/3/2015
Pagi-pagi lagi saya membuat pemeriksaan kandungan di Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya. Pemeriksaan oleh 3 orang doktor mendapati tiada lagi degupan jantung anak syurga saya. Usia kandungan mencecah 18 minggu. Saya diarahkan ke Kecemasan Hospital Putrajaya. Saya  masih berharap kandungan saya masih hidup dan bernyawa. Doa dan zikir tidak sentiasa membasahi bibir.

Usai tiba di Kecemasan Hospital Putrajaya, tekanan darah dan pemeriksaan nadi saya dibuat oleh jururawat bertugas. Normal. Ya saya masih dalam mod bertenang. Doktor bertugas mengarahkan saya pergi membuat pemeriksaan di Pusat Bersalin Risiko Rendah, Presint 8. Saya akur.

Tiba di sana dan membuat pendaftaran, saya diperiksa oleh doktor. Sah. Kandungan saya tidak bernyawa lagi. Air mata saya tidak henti mengalir. Suami menggenggam erat tangan saya dan menyuruh saya bersabar. Doktor memanggil kami berdua ke dalam bilik konsultasi. Cepat-cepat saya seka air mata. Malu menangis depan orang tak dikenali. Doktor sekali lagi mengesahkan kandungan saya telah tiada. Prosedur mengeluarkan janin tersebut perlu dibuat di Hospital Putrajaya. Saya diarahkan ke sana segera. Doktor turut memaklumkan kematian janin dalam kandungan menunjukkan janin tersebut tidak cukup fit untuk survive sehingga saat dilahirkan. Sekiranya berjaya dilahirkan, kemungkinan besar, bayi akan mengalami masalah kesihatan. Air mata saya gugur lagi. Doktor memegang bahu saya ' Sabar puan"... Air mata laju membasahi pipi... Kenapa saya???

Tiba pula di Dewan Bersalin, Hospital Putrajaya saya memaklumkan kepada jururawat bertugas. Jam menghampiri pukul 12.30 tengahari. Doktor Pakar O & G tiada kerana bertugas di klinik. Saya terpaksa menunggu hampir 1 jam untuk doktor membuat pemeriksaan ke atas saya dan kandungan. Sampel darah turut diambil. Doktor meminta saya kembali ke hospital keesokan harinya untuk prosedur 'melahirkan' janin yang sudah tidak bernyawa itu. Itupun bergantung sekiranya ada kekosongan katil di wad.

5/3/2015
Pagi lagi saya tiba. Selepas mendaftar, petugas kaunter memaklumkan, pihak hospital akan menghubungi saya kelak untuk memaklumkan kekosongan katil. Sekitar jam 7.30 malam saya menerima panggilan dari hospital. Tiada katil kosong. Saya pasrah.

6/3/2015
Saya ulangi proses yang sama. Daftar dan tunggu. Saya diberi MC. Hati saya tidak betah lagi untuk memikirkan hal kerja. Waktu yang sama seperti semalam  saya dihubungi lagi. Jururawat yang menghubungi saya meminta saya pergi ke Hospital Kajang/ Hospital Kuala Lumpur. Jauh. Anak-anak saya siapa nak tengokkan. Jururawat meminta saya tunggu sehingga Isnin 9/3/2015. Doktor di Dewan Bersalin meminta saya pergi kerja seperti biasa. Saya cuba hubungi Hospital Serdang. Petugas di sana memaklumkan tiada katil kosong. Saya hampa. Berapa lama lagi janin yang tak bernyawa ni terseksa dalam rahim saya..

7/3/2015
Akhirnya lebih kurang 5.30 petang saya dapat panggilan dari pihak Hospital Putrajaya meminta saya segera ke sana. Saya bergegas ke hospital sementelah segala barang keperluan sudah saya siapkan awal-awal. Saya titipkan pesan pada anak-anak. Aisyah menangis kesedihan. Riak risau terpancar di muka Hijjaz. Usah bimbang anak-anak ibu. Sekejap je ibu pergi, bilang saya....

Tiba di hospital, saya mendaftar lagi. Masuk ke wad, diberi persalinan, diambil darah dan tekanannya. Ramai doktor pelatih disini. Saya tadah saja la tangan dicucuk jarum demi pengalaman kepada doktor baru. Saya tahan  sahaja kesakitan dicucuk jarum berkali-kali sementara urat / darah diperolehi.. Saya redha...Kifarah

8/3/2015

7.30 pagi saya di'induce'. Sakit mula terasa. PUkul 11.30 pagi, saya di'induce' lagi. Kali ni makin kerap dan kuat rasa sakitnya. Suami tiba di hospital pada pukul 12.30 tengahari. Muka saya berkerut menahan kesakitan. Ampunkan dosa-dosa saya Ya Allah. Sesungguhnya saya hambamu yang berdosa...rintih saya..

2.00 petang..saya ke toilet. Rasa ingin membuang air besar dan kecil silih berganti. Sebaik selesai, janin keluar dengan air ketuban. Saya terkejut namun segera menyambut janin yang sudah tidak bernyawa. Allah... Saya terus menjerit memanggil suami di luar. Suami juga terkejut melihat janin di tangan. Jururawat dan doktor bergegas ke tandas dan membawa saya ke katil. Doktor pelatih yang ada sangat panik. Tidak cukup tidur agaknya ahaks.

Sebaik baring di katil, tali pusat dipotong... Baju saya disalin. Borang untuk prosedur D & C ditandatangani. Sambil menunggu untuk di bawa ke bilik pembedahan, 45 minit kemudian, uri keluar sendiri. Doktor membuat pemeriksaan dan menyatakan tidak perlu D & C. Semuanya sudah keluar. COMPLETE MISCARRIAGE. Bagus anak ibu. Tak mahu ibu susah.

Badan rasa lemah dan letih. Suami minta saya rehat dan dia mahu pulang untuk lihat keadaan anak-anak yang ditinggalkan di rumah. Jam menunjukkan pukul 5. Saya terus tidur dan tersedar pukul 9 malam. . Saya tak dapat tidur. Orang sebelah baru melahirkan. Bayinya tak henti menangis sehingga keesokan paginya.

9/3/2015
Saya boleh pulang. Alhamdulillah... Sedih



**ART IS A PASSION**

Tuesday, December 16, 2014

Demam Denggi

Assalamualaikum

Kembali bersiaran..
Saya baru sahaja sihat. Kami anak beranak kena demam denggi sejak 1 Disember 2014 lalu. 10 hari menangungg kesakitan..kesengsaraan berulang alik ke klinik kerajaan. Setiap hari dua kali sehari diambil darah untuk pemantauan sampai saya boleh kenal mana satu nurse yang pandai amik darah.. mana satu yang tak pandai amik darah. Bila dengar je suara nurse panggil ( nurse yang tak pandai amik darah ) saya dah rasa pilu dan syahdu. Sebab tau masa amik nanti mesti sakit gila. Tambahan pula segala tempat yang boleh amik darah dah lebam-lebam.. Masa amik tu nanti memang macam korek apa je. Korek ya..korek dengan jarum... sakittt.

Bacaan platlet jatuh sehingga 20.... Darah merah jadi pekat. Macam-macam petua nak naikkan platlet darah kan. Minum air 100  plus ( 4 liter) sekurang-kurangnya setiap hari. Minum jus daun betik muda (pahit sangat ), makan sup ketam, minum jus jambu batu pink ( COSWAY).. ye semua petua tu boleh  buat.. tapi yang penting sekali adalah minum air dengan kuantiti yang banyak...dengan izin Allah...naik la platlet tu.

Saya hanya mampu minum air masak sejuk. Minum air 100 plus juga dengan penuh susah payah. Bila demam denggi ni, nak minum pon tak lalu..apatah lagi makan. Malam tak lena tidur, asyik rasa gelisah dan satu badan sakit rasa sengal-sengal macam baru lepas hiking pon ada.. lenguh abis kaki tangan..sakit pinggang, sakit kepala... Badan memang rasa panas macam kene layur kat api 24 jam. Beratnya rasa ...  trauma la tengok nyamuk dan tengok botol 100 plus pon dah tak nak.

Allah Maha Besar. Dalam pada ditimpa ujian itu, saya mendapat perkhabaran gembira. Saya disahkan hamil anak ketiga. Sekarang kandungan berusia 7 minggu dan dijangka melahirkan pada 03/08/2015. Insya allah.. Doakan segala urusan saya dipermudahkan. Bayi  yang bakal lahir kelak sihat dan cukup sifatnya.

Buat masa ni saya mengalami sedikit alahan walaupun tak seteruk semasa mengandungkan anak pertama dan kedua. Kali ni hanya pening dan perut rasa kembung. Saya juga suka makan yang masam-masam dan makan buah-buahan dan termasuk ikan masin. Dan kalau boleh hari-hari nak makan spagetti dan bakso (^_^). Dan juga suka sangat saya minum air kopi. Lain macam kali ni.  

9 tahun sudah berlalu sejak melahirkan Aisyah. Barang-barang bayi semuanya sudah saya sedekahkan kepada yang lebih memerlukan termasuk baju mengandung. Nampaknya saya terpaksa membeli semula segala keperluan tersebut. Semoga murah lah rezeki saya.

Mengait..buat masa ni terpaksa dihentikan/dikurangkan kerana saya pening untuk tunduk dengan kerap. Kali ni perasaan malas tu menguasai. HUhu... ada lagi tempahan yang masih belum disiapkan.

Kita sambung lagi nanti

**ART IS A PASSION**

Sunday, June 15, 2014

Hari Belia 2014

Assalamualaikum

Suami saya memang sukar dijangka.
Ada mood nak ajak berjalan. Kalau dia sendiri yang mengesyorkan memang jadi la program tu.

Baru-baru ni berpeluang ke Hari Belia 2014.
Panas usah cakap la kan.
Kalau tahun lepas kami lawat semua tempat yang ada di Hari Belia, sehingga dua hari berturut-turut datang, kali ini kami menghadkan aktiviti pergi ke tempat sasaran sahaja kerana kebanyakan  pameran yang ada adalah pameran  yang sama saban tahun sejak Festival Hari Belia diadakan di Putrajaya ni.

Kali ni kami hanya bergegas ke tempat pertunjukan motorcross ( Hujan mulai turun dengan lebatnya ketika ini . Wah hebat sekali. HUjan yang turun tidak menentu sejak bermulanya program Hari Belia mulai Jumaat itu, menambahkan kepayahan kepada penunggang motor untuk menamatkan setiap pusingan. Ditambah dengan lecak,lopak dan jalan tanah merah yang lembik, sempat la kami anak beranak menyaksikan beberapa kali penunggang terjunam terus ke dalam lopak ibarat mandi lumpur seperti di Pulau Sipadan, Sabah tapi bersama motorsikal. Ya   motor pon nak kulit cantik kekdahnya (^_^). 

Sebelum itu kami sempat lihat program karaoke dan tarian kaum murut Sabah ( yang menari dengan buluh tu ). Terkepit jugak beberapa kali kaki-kaki penari tersebut. Ye la sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Sepandai-pandai menari mengikut rentak, akhirnya terkepit juga buluh di kaki. Ewahhh

4 keping gambar ni je yang ada. Anak- anak pun nak bergambar harus dipaksa. Kali ni ramai la bawa tiang monopod tu. Gajet baru katakan. Suami hairan melihat mereka membawa tongkat. Hehehehe.





Tips datang Hari Belia
1) Pakai kasut dan baju yang sesuai ( ramai pakai heels). Saya pakai seluar, tshirt dan kasut sukan. Maklumla banyak jalan.
2) Bawa air masak bersama kerana keadaan cuaca yang panasssss
3) Saya bagi anak-anak makan kenyang-kenyang sebelum datang untuk elakkan beli di situ. Kurang yakin dengan kadar kebersihan.


**ART IS A PASSION**

Wednesday, March 12, 2014

Kenduri Kawen

Salam

Jarang aku upload gambar..
Kali ni nak letak gambar kenduri kawen adik ipar masa Raya Cina aritu. Tema pink. Anak-anak aku pakai dalam sejam je baju bertema..lepas tu sume pakai baju sukan :D..panassss

 Pengantin Lama ( baju aku baju pinjam , aku tak minat blink2 n pink2 sgt nih )



 Mak andam dengan pengantin
 Pengantin yang diraikan


 Pengantin dengan pak mertua + mak mertua

 Pengantin dengan akak-akaknya

 Ayah pengantin, mak pengantin tengok dari sana






 Hantaran dari pihak perempuan

 Hijjaz dengan pengantin, paklong (putih), sepupu ayah hijjaz




Gambar bawah dengan atuk pengantin



Yang ni gambar dengan mak sedara pengantin, 10 tahun aku dah kawen baru first time aku jumpa ni ..

Bilik pengantin ni aku hiaskan  bersama-sama adik ipar...aku mandur :D


 Laki i , my bff sangat


 Adik ipar aku yang bongsu, manja ni dengan kak ngah dia


 Hantaran pihak perempuan

 Hantaran pihak lelaki



**ART IS A PASSION**