Tuesday, December 29, 2015

MENCIPTA DAN TERCIPTA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dalam saya menyelongkar kazanah silam , saya terjumpa artikel lama ini yang pernah ditulis pada awal tahun 2006 dalam siri BAM - Bila Aku Menulis di ruangan relexjap di Yahoo Groups suatu ketika dahulu, Adakah anda rasa ianya masih releven hari ini? atau adakah masyarakat kita umumnya telah berubah? Ianya di "Copy" dan "Paste" disini tanpa di ubah isi kandungannya.

Mencipta dan Tercipta

Oleh : Zaidi Ismail (3:30 pagi)

Minggu ini saya dan BOB sibuk menguruskan Bengkel Perancangan Kewangan yang akan diadakan pada 19March 2006. Alhamdulllilah dengan sambutan dan sokongan yang diberikan, ini untuk anda bukan untuk saya, anda diluar sana lebih memerlukan seminar atau bengkel seperti ini. Saya pula selain dari sibuk dengan perancanaaan bengkel, saya juga sibuk dengan perihal perbankkan saya.

Maklumlah, cukup bulan banyak la nak kena pergi kesana kesini untuk uruskan perihal kewangan saya.  Hari ini saya seharian dirumah dari pagi membaca dan membalas email yang  berdoyon-doyon masuk ke mailbox saya , semua ini gara-gara ramai yang register nak menghadiri bengkel. Rasa seronok dan teruja memenuhi ruang hati dan perasaan, mana tidaknya kalau dulu hanya kurang dari 40 orang mendaftarkan diri dan hanya 12 peserta dari RJ yang hadir pada bengkel kali kedua ini lebih dari 100 peserta yang mendaftar dan saya harap lebih ramai yang hadir.

Apapun bukan tujuan saya menulis untuk bercerita tentang seminar yang akan berlangsung tapi terpanggil sekejap untuk bercerita tentang apa yang sedang berlaku disekeliling kita pada ketika ini. Ramai yang tengah sibuk bercerita tentang Siti Nurhaliza dan Dato’s K nya dan tidak kurang juga yang sibuk dengan cerita rezeki Mawi yang sedang melimpah-limpah. Ada juga yang masih tidak puas hati dengan harga minyak dan barangan yang semakin mahal. Tidak kira siapa kita pasti sedikit sebanyak merasai kesannya samaada kita suka atau tidak.

Kebanyakan perkara yang berlaku di negara ini samaada ada yang mencipta atau sudah tersedia dicipta. Oleh kerana salah polisi kerajaan selama 47 tahun, kita gagal menghasilkan budaya penciptaan, Negara kita hari ini hanyalah sebuah negara pengguna, kurang dari 10% produk dan perkhidmatan yang dihasilkan atau dicipta oleh  rakyat tempatan dari semua sektor dan bidang. Kebanyakannya diimport atau dihasilkan oleh orang luar. Kebanyakan rakyat terutama golongan bumiputera masih tidak mampu berdikari dengan sendirinya tanpa bantuan tongkat kerajaan.

Lihat sajalah, sejak kita dilahirkan, dibesarkan sehingga mati pun masih dikawal dan diberi subsidi oleh kerajaan, apa istimewanya golongan bumiputera? Kadang kala saya malu bila berdepan dengan rakan dan sahabat bukan bumiputera, mungkin persekitaran saya membesar bukan dikelingi oleh orang melayu atau bumiputera (hanya satu-satunya keluarga Melayu yang menduduki kampung setinggan yang diterokai oleh arwah bapa saya), mungkin juga kerana saya bersekolah di aliran Inggeris (Guru Besar seorang paderi kristian) dan dikelilingi oleh rakan-rakan sekolah bukan Melayu, atau mungkin dari awal kareer saya hingga sekarang saya bekerja dengan syarikat bukan bumiputera dan hanya mempunyai sekali pengalaman bekerja di syarikat bumiputera (MRCB dari tahun 1998 hingga 2001).

Maka saya membangun tanpa merasa subsidi atau dikasihani, saya lahir dikampung dibantu bidan kampung, kesekolah berjalan kaki dan berbasikal, tidak punya bantuan buku teks, cuma pinjam buku teks dari rakan yang berlainan sessi, tidak pernah merasa biasiswa atau bantuan pelajaran, masuk ke Politeknik dengan duit sendiri, beli rumah dengan harga penuh (itupun sebab nak beli rumah Free), tak pernah merasa pelepasan cukai, hanya sekarang kerana saya rakyat tanpa negara pada waktu ini. Jadi tak pernah rasa macam diri ini istimewa.

Pada saya menjadi satu kehairanan jika ada yang menganggap Siti Nurhaliza, Mawi dan lain-lain sebagai seorang yang istimewa, mereka tidak mencipta sesuatu, malah tiada apa yang disumbangkan kepada masyarakat umum, tidak ada sesuatu yang membina, cuma mungkin suara, sedap atau tidak terpulang kepada pendengar, mereka tidak mencipta lagu, bukan composer, bukan seorang ahli musik, tiada apa yang mereka cipta sendiri, semuanya sudah sedia tercipta, hairan bagi saya jika ada yang menganggap mereka istimewa malah mengagungkan mereka, sebab bagi saya, mereka tiada apa-apa. Mereka pun bukan artis saya, saya sendiri dah lebih 8 tahun tak beli kaset atau CD, lagu Free ada, kenapa nak beli pulak? Lagipun musik bukan satu keperluan, cuma satu kehendak.

Itu hanyalah sebagai salah satu contoh, saya hairan bila kebanyakan kita harus mengukur diri dengan kejayaan orang lain, ramai yang bertanya dengan saya, macam mana saya nak jadi macam En. Zaidi, itulah masalahnya, kenapa harus ikut orang lain atau menggunakan acuan  orang lain sebagai idola atau icon, kenapa tidak boleh jadi diri anda sendiri? Anda tak boleh jadi macam saya, macam siti, Mawi, Dr. Mahathir dan yang lainnya. Anda harus jadi anda, harus ada pesonaliti sendiri, image sendiri, pemikiran dan wajah sendiri, setiap kita adalah unik, tidak perlu jadi orang lain atau ikut orang lain.

Jadilah seorang yang mencipta, mencipta diri sendiri dan bukan yang telah dicipta seperti mana mahunya kerajaan kita, seperti lembu dicucuk hidungnya. Jadilah seorang yang berwawasan dan mempunyai objektif hidup, sebagai contoh, mengikut kajian Cuma lebih kurang 2% dari rakyat sesuatu negara mempunyai sikap untuk memperbaiki diri, punya identiti dan tahu apa yang dimahukan dalam hidupnya. Kalau di ambil kira rakyat Malaysia seramai 25 Juta penduduk sebagai contoh 2% memberi makna bahawa cuma ½ Juta rakyat Malaysia yang mahukan kejayaan, jadi tanya diri anda sendiri adakah anda salah seorang daripadanya?

Mailbox saya penuh dihujani oleh pelbagai spam program cepat kaya internet , dari RM2 hinggalah yang jual pelbagai program ratusan dan ada juga yang sampai beribu-ribu ringgit. Mengapa harus percaya? Call me old fashion, tapi bagi saya kalau saya tak boleh sentuh, hidu, rasa dan pegang saya tidak akan mempercayainya. Untuk menyakinkan saya, saya harus jumpa, kenal, sentuh, lihat dan rasa sendiri baru saya percaya. Terutama berkenaan dengan duit atau wang, saya hanya percaya tanpa risiko atau seminima risiko yang boleh. Tapi malangnya ekonomi Malaysia atau market Malaysia dikenali sebagai “suckers born market” , hanya ½ juta rakyat Malaysia yang akan mengambil kesempatan terhadap 24 ½ Juta rakyat yang lain.

Dari segi perniagaan, produk hinggalah kepada perkhidmatan, semua dicipta untuk mendapatkan keuntungan, mereka ini yang akan mengambil kesempatan terhadap anda yang “naïf” atau lurus bendul, selagi tidak mengubah sikap, selagi itu anda akan terus menjadi mangsa mereka. Jadi jangan merungut kerana harga minyak naik, ini salah anda sendiri, tiada siapa yang paksa kita guna kereta, motor atau sebarang kenderaan bermotor, permintaan terhadap minyak keatas penggunaan peribadi seperti kenderaan bermotor adalah merupakan 80% keperluan dunia, jadi permintaan industri cuma sekitar 20%, jadi salah siapa, bukan salah sendiri?

Jangan salahkan sesiapa jika harga barang runcit di Tessco, Giant dan lain-lain hypermat naik harga, sebab permintaan kita sendiri, kita tidak mencipta, kita hanya menggunakan apa yang telah diciptakan untuk kita, lebih daripada 60% makanan keperluan rakyat Malaysia di import dari luar, salah siapa kalau bukan salah sendiri. Kalau dulu, arwah ibu saya tak perlu beli cili, serai, daun pandan, kacang botol, daun kari, kunyit dan lain-lain keperluan harian sebab semuanya ditanam sendiri di tepi dan dibelakang rumah, tapi sekarang sayur kangkung di kampung dibeli kerana penduduk dikampung dah tak tanam sayur sendiri, tidak lagi bela ayam kampung dan tidak lagi buat kuih-muih sendiri, semuanya dibeli, walhal sayur kangkung bersepah tepi anak air / anak sungai di kampung.

Rakyat Malaysia makin malas, itu sudah pasti, semuanya nak senang, kalau tak dapat pasti merungut, cari rumah nak dekat dengan tempat kerja, nak senang, satu rumah ada dua kereta, satu untuk suami dan satu untuk isteri. Kalau pergi shopping ke Ikea, ke Tessco, ke One Utama dan lain-lain shopping mall. Nak pergi ke kedai mamak belakang rumah pun bawak kereta motor, nak jalan kaki malas sekali. Kalau nak makan paling kurang ke kedai mamak, kenapa tak masak sendiri atau makan dirumah? Tak tahu ? kenapa taknak belajar? Pelbagai alasan-alasan terus diberikan sebab tak mahu mengaku salah sendiri. Saya sendiri satu ketika dahulu hari-hari bawak bekal nasi dengan telur rebus / goreng berlada, itulah yang arwah ibu bekalkan selama lebih 5 tahun ke tempat kerja.

Kalau dulu arwah ibu jahit sendiri baju kami, kalau koyak ditampal sendiri, kalau nak dibandingkan dengan teman wanita saya sendiri yang keliling pinggang , masak tu belum tentu sedap la kan, survival skill langsung takda, nak suruh jahit baju tak reti, nak minta buat kuih tak tahu, bila saya tanya sanggup tak jaga anak tak pakai pampers, cuma pakai lampin, mati-mati takda yang sanggup, Arwah ibu jaga kami adik beradik tak pakai pampers pun, boleh aje. Tahu nak cantik aje, Arwah ibu tak pernah pergi spa atau facial, tak pernah diet, maintain juga sampai ke akhir hayatnya, Saya tanya soalan mudah seperti apa peranan seorang isteri dan ibu pun blurr, itupun nak mintak hantaran sampai beribu?? Bagi saya boleh ….. Boleh Blahh , selagi saya boleh guna / pakai free saya pakai, buat apa nak bayar mengabihkan boreh ajee, Dia harap suami untuk bimbing, ini lagi kes haru.

Suami-suami sekarang lagi kes haru, bukan nak kutuk kaum sendiri tapi memang benar, Ada  hati nak kawin tapi takda duit, itu yang pertama, suruh usaha malas, tahu nak salahkan keadaan, salahkan wang hantaran yang naik harga. Tahu nak berbini tapi taknak timba ilmu rumahtangga, suami sekarang atau bakal suami sekarang langsung takda perancangan, kalau ada pun perancangan dia rancang setakat sampai nak kawin je, apa yang bakal terjadi selepas perkahwinan langsung tak ambil tahu blurrr , yang jadi bakal isteri pulak , sayang punya pasal dan seronok sangat sebab ada orang nakkan dia jadi isteri, ikut saja, bila kena cerai atau dapat suami yang tak berguna dan tidak bertanggungjawab merayu-rayu dengan orang ramai mintak tolong, salah siapa kalau bukan salah sendiri.

Mana tidaknya, kat mana nak tinggal? perbelanjaan isi rumah? Berapa orang anak? Bila nak anak? Perbelanjaan anak? Perbelanjaan keluarga? Camna nak kumpul harta untuk anak-anak? Persekolahan anak? Keperluan keluarga dikampung? Dan lain-lain lagi berapa ramai yang fikir? Berapa ramai yang rancang? Sebab apa, sebab  ambil mudah perkara seperti ini, ini belum masuk bab agama, lagi hampehhh.

Itu baru suami atau isteri, bagaimana pula ahli keluarga yang lain? Dah bersedia nak terima orang baru dengan peel atau perangai baru? Berapa kerap nak jenguk orang tua kat kampung? Balik raya nak bergilir macam mana? Apa harapan ibu bapa dikampung? Dan perihal keluarga yang lain, ipar duai dan sebagainya? Ada yang terfikir mengenainya belum berkahwin? Ini tahu nak seronok kahwin saja, kalau nak seronok, tak kahwin / tak nikah pun boleh seronok.

Terlalu banyak perkara yang melibatkan sikap orang melayu atau bumiputera itu sendiri kalau saya nak sentuh, mungkin setahun pun tak abis rasanya. Yang paling saya kesian ialah budaya nak kaya cepat orang Melayu. Bukan tak boleh kaya, tapi tak kena cara. Ada tempat terbaik dan boleh bagi pulangan terbaik untuk menyimpan, pergi simpan duit kat bawah bantal la, bank la, tabung haji la, unit trust la dan ntah apa benda lagi. Ada kaedah mudah dan berisiko rendah, pergi main saham la, cuba sistem piramid la, main judi la dan lain-lain lagi. Sebab orang melayu nie malas, nak kerja senang dan nak siap cepat. Tapi hasilnya tak nampak, yang nampak cuma hutang yang bertambah. Alasan dan pelbagai alasan diberikan.

Saya tertarik dan terfikir pada satu ketika dahulu bila saya mula-mula membayar zakat pendapatan dan ketika pegawai zakat mengira berapa zakat yang saya perlu keluarkan beliau hanya boleh menolak maksima sebanyak RM8000 setahun yakni lebih kurang RM666 sebulan sebagai perbelanjaan persendirian. Ini adalah maksima, ini bermakna, cukup RM700 sebulan untuk hidup, jadi apa masalahnya? Seperti yang pernah saya katakan dulu , siapa yang berpendapatan RM700 sebulan pun boleh berjaya dari segi kewangan. Sebagai contoh.

Kita harus menyimpan 30% daripada pendapatan bersih kita, jika RM700 adalah pendapatan bersih kita, kita harus ,memyimpan lebih kurang RM200 sebulan secara konsisten, dengan kadar pulangan sebanyak 7% setahun, kita akan dapat menyimpan sebanyak RM25K setelah 10 tahun menyimpan, perlu diingat pendapatan kita bertambah setiap tahun dan sepatutnya kita boleh menyimpan lebih setiap tahun. Akan tetapi, berapa ramai antara kita yang boleh hidup denga RM500 sebulan? Saya boleh, abang saya boleh, perbelanjaan peribadi saya tak sampai RM500 sebulan, ini kerana saya tak merokok, saya jarang makan diluar, tiada kos handphone, tiada kos minyak, tidak banyak kos mengarut, jadi RM500 bagi saya lebih dari memadai. Anda pula bagaimana?

Sebab apa ramai yang merungut dan tak boleh survive kat kota macam KL nie, sebab kita malas nak timba ilmu dan malas memperpaiki diri, malas nak belajar dan malas nak cipta kehidupan sendiri, lebih mudah menggunakan apa yang telah diciptakan. Lebih mudah ikut orang, malas nak ubah sikap, terlalu banyak alasan, sebab mungkin dah terbiasa dengan budaya Malaysia, budaya subsidi selama lebih 47 tahun. Lebih mudah ikut yang dah tercipta dari mencipta.

Zaidi Ismail

No comments:

Post a Comment