Wednesday, August 24, 2016

36 Minggu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah. Kandungan saya dah masuk minggu ke 36. 36 minggu 3 hari secara tepat pada hari ini. Ibu dan bayi sihat. Air ketuban , saiz bayi dan berat bayi mengikut usia kandungan. Berat ibu hanya naik 2.6 kg sepanjang 9 bulan hamil. Ye la saya terpaksa makan bercatu kerana komplikasi GDM kan. Nak makan pun takut-takut. Tapi bila tak takut tu saya bedal semahunya juga la. Namun sebab dah biasa makan sikit dan elakkan yang manis-manis, dah tak berapa boleh masuk pun air manis, kek, dessert dan yang sewaktu dengannya. 

Sepanjang hamil terutamanya apabila disahkan ada GDM, saya makan ikut jadual makan yang diberi pakar pemakanan. Bulan puasa paling kritikal. Berat saya turun mendadak sehingga 5 kg dan berat bayi hanya 700g ( usia kandungan 28 minggu). Terpana seketika saya paksa makan semahunya. berat saya naik sedikit demi sedikit begitu juga bayi. Alhamdulillah. Saya makan lebih sedikit tapi masih tak mengambil makanan manis dan nasi saya kawal. Lauk harian ulam-ulam/sayur rebus/sambal belacan/budu dan tumis-tumis air je. Belum bersalin saya dah berpantang sakan.

Kawan-kawan sepejabat terkejut bila saya beritahu hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi waktu untuk melahirkan. Minggu depan 30/08/2016 saya akan bertemu pakar O & G di Hospital Putrajaya. Temujanji kali ini juga akan menentukan samada saya akan bersalin secara czer / normal. Kedudukan bayi setakat ini masih songsang. Berat bayi sudah mencecah 2.8 kg. Jantina nya kemungkinan perempuan. 

Czer...trauma .. Saya hanya mampu berdoa agar Allah memudahkan dan memberi yang terbaik untuk saya dan bayi. Saya harap anda yang membaca post ini doakan saya. Semoga saya dapat bersalin secara normal. 

 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

No comments:

Post a Comment