Wednesday, February 14, 2018

⚪GAJI DAN REZEKI⚪

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

⚪GAJI DAN REZEKI⚪

Gaji itu ada slipnya
Rezeki tidak ada slip

Gaji itu dari Bos
Rezeki itu dari ALLAH

Gaji itu hanya wang
Rezeki boleh berupa banyak hal.

Gaji itu diperoleh dengan kerja.
Rezeki itu diperoleh dengan iman.

Gaji itu sudah diduga,
Rezeki itu sering tak terduga.

Gaji mungkin sudah besar, tapi terasa kurang
Rezeki itu selalu mencukupi, meskipun tak seberapa..

Gaji harus dikejar, dicari dan diusahakan dengan bekerja.
Namun Rezeki boleh datang  bagi orang yg percaya.

Tidak semua orang memiliki gaji, tetapi setiap orang memiliki Rezeki.

Gaji kemungkinan tertukar dengan lain orang,
tetapi Rezeki tidak akan pernah bertukar.

Besarnya gaji ditentukan oleh masa kerja dan kelayakan, sementara besaranya Rezeki ditentukan iman kita Kepada ALLAH .

Oleh itu, jangan pernah cemas, khuatir, resah, dan gundah terhadap nasib yg akan datang dan jgn pernah merasa susah dan sedih terhadap yg luput dari masa lalu.

Yakinlah bahawa rencana dan kuasa ALLAH tepat dan indah  pd saatnya. 
Rezeki boleh ditambah dengan bersyukur
Tapi gaji akan bertambah cuma setahun sekali
Gaji menyebabkan manusia makin sombong
Tapi rezeki akan menjadikan orng beriman makin taqwa
Rezeki yng berkat akan membawa manusia makin hampir pada Allah
Gaji yng banyak menyebabkan makin jauh pada Allah
Orang bertaqwa tidak mengejar gaji tapi mereka mengejar berkah dan redho Allah

Jadi...... gaji itu hanya sebahagian kecil dari Rezeki.

 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

No comments:

Post a Comment