بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
#copypaste
Lepas up post pasal Wang Tak Dituntut tadi, ramai sangat yang tanya kesahihan dan cara nak check WTD ni.
Okaylah, kaklong cerita pengalaman kaklong pasal WTD ni ye. WTD ni betul-betul boleh dituntut oleh orang ramai.
Almaklumlah kaklong ni suka nau buka akaun bank merata. Lebih 10 bank kot dari kecik sampai besar. Hahaha...lepas tu terbiar. Tak tau pulak ada duit dalam tu dan boleh reclaim😄
BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA
(Pada 17.7.17, Isnin)
Ini apa yang kaklong lalui untuk check WTD. Kotlah ada RM50-RM60 dalam tu kan. Duit jugak, siapa nak bagi.
Pagi, dalam jam 9 lebih, kaklong call 0320568055, Bahagian Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Tanya kat dorang camne nak check WTD.
Pegawai tu akan tanya lokasi kita kat mana. Since kaklong di KL, pegawai tu mention tingkat 42, Menara Maybank Kuala Lumpur.
Kalau uols luar KL, pegawai tu akan bagi tempat terdekat utk check. Takdelah yang Kedah, Johor pun kena datang KL untuk check. BUKAN check di bank tau. Check di Pejabat Wang Tak Dituntut.
(Ini tak bermakna untuk akaun Maybank sahaja, #semua jenis #bank dalam Malaysia, saham, pelaburan dan insurans pun akan di check sama.
Bawa IC je kalau nak check. Melalui IC nanti dorang detect, akaun dari institusi kewangan yang mana duit korang masih berbaki. Semua yang ada baki akan keluar. Kalau tak ada balance duit, kaunter akan maklumkan tak ada. So, korang boleh la balik tanpa perlu isi borang segala tu.
HANYA PENAMA je boleh check akaun sendiri.
Kalau nak check untuk agli keluarga yang uzur, silalah bawa surat pengesahan kesihatan dari Klinik/Hospital dan surat sokongan yang menyatakan hubungan kita dengan pesakut.
Kalau nak check untuk orang yang dah meninggal dunia, silalah bawa surat mati dan surat sokongan yang menyatakan hubungan kita dengan si mati.
Andai kata dah check, lepas tu memang ada lebihan duit kita kat situ, dorang akan suh isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).
Kaklong pun terkejut jugak sebab ada 4 angka duit dalam tu. Alhamdulillah. Tapi tak la terkejut beruk macam orang dapat 5angka. Yang penting bersyukur.
Memandangkan duit yang ada datang dari akaun bank lain, kaklong kenalah ke bank berkenaan untuk buat pengesahan. Contoh Surat Pengesahan pun dorang dah bagi sekali. Just serah kat bank berkenaan untuk dorang copy je.
Esok kaklong akan ke sana lagi untuk proses terakhir, penyerahan borang tuntutan dan dokumen sokongan. Lepas tu, tunggu je la duit masuk dalam akaun dalam tempoh 30hari.
Senang sangat.
#Nasihat kaklong untuk uols yang belum check tu:
1. Please la pergi check. Kalau tak check, tak tau kan.
2. Dah check, tapi tak ada. Jangan kecewa. Berlapang dada. Mungkin ada rezeki lain yang Allah nak bagi tu. Bersangka baik dengan Allah.
3. Dah check. ADA! Once duit dah masuk akaun, perkara pertama kena buat, bayar ZAKAT SIMPANAN. Tak banyak. 2.5% je dari jumlah duit yang kita dapat tu. Mana tau, zakat WTD ni asbab utk kita dapat rezeki berkat yang lebih banyak lagi. Kita tak tau kan? JANJI ALLAH ITU PASTI.
4. Doakan insan2 yang memviralkan pasal WTD ni terus dilimpahkan rezeki yang mencurah2. Kalau dorang tak viralkan, kita pun tak tau.
5. Andai kata no. tel di atas susah untuk ditembusi, silalah dail nombor2 ini:
📞0320568052
📞0320568053
📞0320568054
Sekian.
Semoga post ini membantu sahabat sekalian.
#wangtakdituntut
Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja.
xoxo
No comments:
Post a Comment