بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Allah. Baru je wish selamat tahun baru eh dah masuk bulan Februari (^_^).
Begitu pantasnya masa berlalu.
Masa ibarat air sungai...yang berlalu takkan kembali..
Masa ibarat pedang, kalau kita tak potong ia..ia potong kita..
Masa itu emas... ewah..bermonolog pula .
Bulan Februari...
Bulan kelahiran saya, suami dan Hijjaz.
Jimat duit beli kek. Tapi kami tak pernah menyambutnya dan tiada hadiah pun. Tak pernah beli sebiji kek pun. Beli sekeping dua untuk anak-anak buat halwa tekak. Dah tua tak bole makan manis. DIabetes!
Seingat saya, saya pernah menyambutnya semasa umur 2/3 tahun. Itupun Makngah saya yang mengelolakannya. Selepas itu, tiada lagi sambutan hari lahir kecuali sambutan di pejabat ketika jamuan bulanan...kalau kira setiap tahun la ada kan hahahaha.
Saya sendiri tidak dibiasakan dengan upacara sebegini. Suami pun sama. Tiada yang istimewa pun di hari kelahiran. Hanya penuh rasa bersyukur kerana Allah berikan kesempatan hidup setahun lagi.
Ok. Sambung entri.
Gambar dari customer yang tempah beanie untuk anak perempuannya.
Terima kasih ye En Wan. :D
Happy birthday to me.
Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja.
xoxo
No comments:
Post a Comment