بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT. Usia kandungan sudah memasuki 22 minggu. Pergerakan bayi makin jelas terasa. Saya dinasihatkan mengikuti diet khas ibu hamil GDM kerana menghidapi Gestasi Diabetes Melitus. Ujian HBa1C menunjukkan saya tidak menghidapi kencing manis sebelum mengandung. Syukur. Ini bermakna kencing manis ini hanya wujud semasa saya mengandung. Ye la ..mengandung di usia senja. Gemuk pula tu.
Oleh kerana menghidap GDM, setiap minggu saya akan berulang alik ke klinik kesihatan dan hospital. Allah sebaik-baik perancang. Kita redha. Dan oleh kerana diet khas tersebut saya terpaksa kurangkan melantak laksana hantu raya bunting dan berat telah turun 1.1 kg Jumaat lepas. Hebat!! Tak pernah turun berat selama mengandung uolls. Hari ini saya kena pantau bacaan gula dalam darah 4 kali ( BSP ) dan esok ada checkup di klinik kesihatan.

Alhamdulillah. Sejak buka tempahan raya, dah ada yang menempah. 3 kupiah dengan corak yang baru pertama kali saya kait telah siap dan akan diposkan. Kalau tuan puan berhajat nak tempah, dan jumlah nya lebih dari 5 keping saya charge RM25 sekeping sahaja. Tempahan ini akan ditutup bila kuota telah penuh ya. Terima kasih atas sokongan anda. Doakan kehamilan saya kali ini berjalan lancar
Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja.
xoxo
No comments:
Post a Comment