Friday, April 8, 2016

Aku Masa Kurus

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Lagi cerita pasal sarung botol tupperware. Ha..alhamdulillah ... tak putus tempahan sarung botol ni. Saya kait perlahan sambil layan mabuk. Kandungan dah mencecah 16 minggu. Tadi dah minum air gula oren di Klinik Kesihatan Presint 18. Sekarang dah air oren sejuk cuma yang potong kaki manis gila punya. Tersedak la jugak melekat kat tekak manisnya. Kembang tekak toksah cakap la. Keputusan dua minggu lagi baru tau  - 19 April 2016. Moga takde diabetes yer. 4 kali amik darah kat lengan. Lemak banyak urat semakin halus dah sukar dikesan. Lebam abis tangan. Tu la sape suruh gemuk kan :D Cakap pasal gemuk saya nak share la gambar saya masa slim. Masa ni umur 21 tahun. Keje sementara dengan sepupu kat A&W Pj Drive In, Taman Jaya, Petaling Jaya.


Baru abis keje..kira duit nak closing cash machine. Susah masa ni. Tinggal menumpang. Makan pun sekali sehari. Nasib orang takde mak ayah macam saya ni. Adik beradik pun takde. Sekarang badan cam tertelan 3 belon panas secara sengaja :D. Part lain kat badan ni sume membesar. Mata je tak. Layu n kuyu menten.


Sambung balik pasal sarung. Ni 4 lagi sarung botol yang telah ditempah dan selamat disiapkan. Alhamdulillah.

 

Sape nak order whatsapps je. Nanti saya bagi code color macam gamba kat bawah ni untuk korang pilih.



Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

No comments:

Post a Comment