Thursday, February 11, 2016

Sah hamil 8 minggu 4 hari

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Segala puji bagi Allah SWT pentadbir sekalian alam.
Minggu lepas saya bercuti awal. Anak-anak pun tidak hadir ke sekolah 3 hari sebab kami terpaksa pulang ke kampung suami di Pasir Mas, Kelantan.

Adik ipar saya berkahwin pada 4/2/2016 lepas. Letih toksah cerita. Dengan mabuk yang telah melanda. Saya curi-curi baring dalam bilik sebab tak boleh berdiri lama. Gelap mata. Hehehe.. Makan pon tak boleh banyak. Sekadar isi perut lapar dan kena kerap. Lauk kenduri pun jamah sekadar boleh sahaja. Lauk kenduri : gulai kawah daging + umbut kelapa, solok lada, ayam masak merah, ikan kering, acar timun, petai jeruk dan air sirap hanya mampu ku pandang sahaja.

Selesai majlis di Kelantan, 6/2/2016 kami ke Penaga, Pulau Pinang untuk majlis menyambut menantu di sana. Kami bertolak dari Kelantan agak lewat, pukul 1 petang kerana ada sedikit masalah teknikal. Van yang ingin disewa tak kunjung tiba sedangkan deposit sudah dibayar. Kecewa orang kampung nak turut serta. Namun begitu kami tetap teruskan misi ke Penaga dengan 7 biji kereta. Kami tiba lewat malam hampir pukul 10. Kepala sakit dan mual tidak bisa ku tahan lagi. Mandi dan terus tergolek tidur di ruang tamu. Bilik sudah penuh. Perut berangin sudah tidak mampu ku isi lagi. Makan esok aje.

7/2/2016 hari yang dinanti kini tiba. Kami bersiap ke Penaga. Serba ungu meneruskan misi untuk bedal lauk kenduri sebelah utara. Malangnya nasi nya mentah. Gulai daging tetel nya tidak berasa. Lauk daging tidak diketahui jenis masakannya pun tidak mampu digigit. Boleh tercabut gigi palsu walaupun diletak polident :D. Nasib kami sedikit baik kerana ada stesen-stesen kecil yang menyediakan kudapan berbeza. Ubi kayu cicah kelapa, cucur udang cicah sos, karipap, aiskrim + kacang, sengkuang calit, bihun sup ( out tak bole makan, kuahnya bau lembu ) dan bubur pulut hitam. Alhamdulillah. Untuk pengetahuan, adik ipar saya bersanding beramai-ramai dengan 3 orang anak buah suami. Khabarnya jemputan 3000 orang.

Hari yang sama kami bergegas pulang ke Ipoh usai majlis resepsi selesai. Abadikan kenangan lebih kurang, balik ke homestay mandi dan solat, gerak ke Ipoh. Singgah di RNR Gunung Semanggol untuk makan sepuasnya. Tapau ketupat palas dan rendang tok. Puas hati.


Sampai di Ipoh, mandi, solat dan tidur. Pagi 8/2/2016 selesai ke pasar membeli sarapan pagi dan sedikit keperluan buat Atuk dan maksu sekeluarga kami bertolak pulang ke Putrajaya.

10/2/2016, saya ada temujanji di EPAU. Scan lagi dan alhamdulillah , jantung sudah kelihatan. Bergegas ke KK P18 untuk temujanji dengan doktor di sana dan 2  minggu lagi saya akan di scan lagi kerana tarikh jangka bersalin telah berubah. 18/9/2016 semoga bayi dalam kandungan membesar dengan sihat, sempurna, cukup sifat dan menjadi anak solehah. Kita jumpa bulan 9 nanti ye nak.



 xoxo

No comments:

Post a Comment