السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kisah benar
Semalam juga kak ngah
menerima emel panjang dari seorang isteri dan ibu. Keluhannya bercampur
baur. Namun, akhirnya kak ngah mengerti segala isi hati. Barangkali ia boleh diambil iktibar dan menjadi peringatan malah ada sesuatu yang boleh kita belajar.
Kakak T(nama dirahsiakan) menulis;
“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.
Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karekter. Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya pada awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya.
Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa - biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.
Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula diajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.
Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.
Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak.
Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”
Adakalanya saya bertanya,
”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”
Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”
Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat - pakat makan di restoran. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;
“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”
Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.
Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.
Puan..hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!
Kakak sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.
Ratna,
Sungguh, masakan ibu rupanya mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.
Salam sayang buat emak, adik-kakak dan semua ibu-ibu yang dirahmati Allah. Sudah tentu, mereka guru nombor satu!
Masaklah walau sesibuk mana sekalipun sekadar telur dadar berlaukkan kicap. Masaklah demi air tangan seorang isteri@ibu

xoxo
No comments:
Post a Comment