السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
7 Manfaat Baik Tentang Air Kelapa Yang Ramai Tidak Tahu!
Siapa yang tak sukakan air
kelapa? Ramai yang menggemari air kelapa yang pastinya menyegarkan
tekak, lebih-lebih lagi ketika musim panas. Bukan itu je, air kelapa mampu menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan. Tapi, masih ramai yang tidak tahu khasiat tersembunyi air kelapa untuk kesihatan dan kecantikan.
1. Turunkan berat badan
Air kelapa mengandungi lemak yang sangat
rendah. Malah, air kelapa membantu meningkatkan selera makan dan
mengenyangkan kerana kaya dengan khasiat semulajadi.
2. Rawat masalah kulit
Bagi anda yang ada masalah seperti
jerawat, parut dan gatal kemerahan, membasuh kulit dengan air kelapa
bertindak membantu merawat dan melembapkan kulit.
3. Hilangkan rasa perut kurang selesa
Setiap kali berdepan dengan masalah perut, air kelapa mampu beri keselesaan pada perut. Air kelapa boleh menggantikan cecair yang hilang dari tubuh akibat kekerapan kencing dan muntah.
4. Atasi pedih hulu hati
Kandungan serat tinggi di dalam air
kelapa mampu atasi masalah kurang hadam dan membantu mengurangkan
masalah ‘acid reflux’. Air kelapa mampu memberi rasa lega pada perut.
5. Tingkat hidrasi tubuh
Sangat berkesan untuk menghidrat tubuh
badan lebih-lebih lagi selepas bersukan dan dijadikan minuman tenaga.
Tak perlu dah minuman lain yang pastinya tidak baik untuk tubuh.
6. Kaya dengan nutrisi
Minuman tenaga yang dijual tidak
mengandungi nutrisi penting. Air kelapa mengandungi lima elektrolit
penting di dalam badan termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan
natrium.
7. Serasi dengan darah manusia
Memandangkan air kelapa merupakan
isotonik kepada plasma manusia, air kelapa boleh digunakan di dalam
kecemasan kerana boleh mempercepatkan penghidratan semula dalam badan.
xoxo
No comments:
Post a Comment