Monday, December 28, 2015

5 TIPS KETIKA SEDANG SENGKEK

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


5 TIPS KETIKA SEDANG SENGKEK

Oleh : Zaidi Ismail
www.urusinsan.net



Kecuali anda dilahirkan didalam keluarga kaya , anda pasti mengalami keadaan di mana anda pernah sengkek , apa itu sengkek? ianya adalah keadaan dimana anda tidak mempunyai kewangan yang cukup. Terdapat banyak keadaan anda boleh menjadi sengkek , antaranya ialah ketika anda tersalah langkah dan mempunyai hutang yang banyak , mengalami masalah kesihatan dan wang anda telah abis digunakan untuk menampung kos rawatan , mungkin juga anda dilanda musibah serta memerlukan wang yang banyak atau wang simpanan anda telah abis digunakan untuk keperluan keluarga anda , apapun sebab yang menjadikan anda sengkek , dikongsikan disini 5 Tips dan tindakan yang pernah saya lakukan ketika saya sengkek dahulu.

1. Mengaku & Terima Hakikat Yang Kita Sengkek (ketika itu)
Langkah pertama ini adalah langkah paling sukar untuk kebanyakan individu yakni untuk menerima hakikat bahawa pada waktu dan ketika itu kita berada didalam keadaan sengkek dan tidak berwang. Penerimaan adalah penting supaya kita dapat melepaskan hati dan perasaan kita dan mula membuat perancangan serta pelan tindakan. Selagi kita tidak menerima hakikat, selagi itu kita akan sombong dan kalah dengan ego. Selain dari terima kenyataan kita perlu bagi tahu mereka yang rapat atau yang dibawah tanggungjawab kita (keluarga dan sahabat) bahawa kita berada didalam keadaan sengkek supaya mereka faham akan keadaan kita dan mengelakkan permintaan atau "demand" yang tidak munasabah dari mereka. Tolak perasaan malu ketepi , orang berjaya adalah mereka yang tidak tahu malu.

2. Jangan Berserah Dan Duduk Diam , Rancang Dan Ambil Tindakan
Langkah seterusnya adalah untuk merancang dan ambil tindakan dan antara racangan yang boleh diambil ialah :>
  • Berhenti dari buat beban baru (hutang dan lain-lain). 
  • Mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting (potong mana yg tak perlu)
  • Memberi keutamaan pada bill-bill atau perbelanjaan yang penting sahaja
  • Utamakan sara hidup dan lupuskan apa yang dianggap sebagai kehendak.
  • Menstukturkan semula hutang (berjumpa dengan pemuitang)
  • Cari dan tambah Ilmu (melabur pada diri sendiri).  
3. Ambil Kesempatan Terhadap Sokongan  Persekitaran Anda
Langkah ini agak sensitif pada sesetengah individu tapi inilah yang saya lakukan dahulu. Antaranya ialah :>
  • Ziarah keluarga dan sahabat handai
  • Ikuti program di Masjid dan Surau atau rumah ibadat anda.
  • Ikuti program komuniti anda (kenduri kendara)
Rasanya anda dapat agak apa yang saya cuba sampaikan , kalau dah sengkek pergi la cari ihsan sikit , kalau tidak dengan wang ringgit (sebab sengkek) , maka guna tulang empat kerat kita, selain daripada membuat ibadah , paling tidak dapat meningkatkan silaturahim dan makan percuma , perut perlu diisi.

4.  Cari Jalan Untuk Tambah Pendapatan
 Memotong dan mengurangkan perbelanjaan sahaja tidak cukup , anda perlu cari jalan untuk menambahkan pendapatan sedia ada. Jumlah tidak penting , apa yang penting ialah "Konsistensi" , ianya dilakukan secara berterusan tanpa sebarang rasa was-was. Apa yang penting ialah apa yang anda lakukan dengan pendapatan tersebut , hutang kalau dibayar lama kelamaan akan langsai , harta kalau dibeli sedikit demi sedikit akan bertambah banyak akhirnya.

5. Doa dan Fokus
Sebagai manusia kita tidak boleh mengelak dari hakikat bahawa terdapat kuasa yang lebih besar dari kita, bagi yang beragama Islam , kita akan kembali kepada Allah S.W.A , maka kita berdoa kepada yang Esa dan memohon petunjuk serta dikuatkan semangat kita untuk menghadapi keadaan yang sedang kita alami.

Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah hilang fokus atau tumpuan dan kebanyakan dari kita fokus kepada benda-benda yang salah dan tidak memberikan makna dalam hidup kita , dalam kita berdoa dan mengerjakan sesuatu kita sering meminta perkara yang kita tidak ingini sebaliknya. Sebagai contoh , kita berdoa supaya dijauhkan dari bahaya dan bencana sedangkan sepatutnya kita memohon diberikan keselamatan yang baik dan berkekalan atau kita memohon dijauhkan dari kemiskinan dan kepapaan sedangkan kita patut memohon diberikan kekayaan dan kesenangan. Dengan kata lain , kita seharusnya fokus dan berdoa perkara kita inginkan dan bukan sebaliknya.

* Fokus disini bermaksud "visualize" atau menggambarkan sesuatu didalam minda seperti mana didalam keadaan nyata. Ini termasuk juga ketika melakukan perkara-perkara fizikal. Sebagai contoh , jika kita mahukan pendapatan sebanyak RM10,000 setiap bulan , kita harus punya gambaran atau "visualize" bagaimana rupanya RM10,000 dan semasa melakukan perkara fizikal , kita mempunyai gambaran hasil yang ingin kita capai diakhir kerja tersebut, kalau mahu menjual 10 unit produk misalnya, maka kita mempunyai gambaran 10 unit produk yang dibeli pelanggan.Minda , percakapan dan perbuatan kena menjadi satu , Apa yang difikirkan di Minda , Perkara yang diperkatakan serta Perbuatan kena sama dan seiring , dengan kata lain , BIKIN SERUPA CAKAP & FIKIR. Insyaallah ianya akan membantu anda merealisaikan apa yang ada di fikiran anda.

SENGKEK hanyalah satu keadaan sementara manakala MISKIN adalah STATUS MINDA.  "Being broke is a temporary situation. Being poor is a state of mind " Anda boleh merubah keadaan anda semahunya.

www.pelaburunderground.net  

No comments:

Post a Comment