السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Time flies so quick. Time flies never to be recalled.
Hari Jumaat terakhir untuk bulan Oktober. Minggu depan sudah November. Sebulan lagi untuk ke tahun baru.
Subhanallah. Makin meningkat usia saya nampaknya. Ye la..tahun depan sudah mencecah 16 tahun ( dengan 36 tahun pengalaman ).
Baru-baru ini Bajet 2016 sudah diumumkan. Hmmmm..nampaknya tiada apa yang menarik. RM500 sahaja rezeki untuk kali ini. Sekarang dan masa-masa mendatang, kita sendiri perlu memperjuangkan ekonomi keluarga. Kerajaan sedia ada tidak betah membantu hanya menekan. Argh.. tak mahu lagi bicara mengenai bajet.
Sejak lahirnya anak sepupu saya lebih kurang 3 minggu yang lalu, mood knitting saya kembali. Bertatih-tatih kembali refresh ilmu knitting. Alhamdulillah. Ilmu yang memerlukan ingatan ini ibarat unta liar. Kuat pegang pada talinya, elok la unta itu di tangan/ di kawal. Saya seperti ilmu hafazan Al Quran. Rajin hafal, rajin baca, kekal la dalam ingatan. Jika tidak.....
Saya share beberapa hasil topi saya kait. Guna DPNS ( double pointed needles ). 4 batang semuanya. Ianya mudah. Mulakan dengan long tail cast on, dan diikuti dengan k1,p1 sehingga 1.5" dan diikuti knit sehingga tinggi topi mencapai 4.5". Start decrease. Hingga akhir, guna darn needle untuk memperkemaskan topi :D. Masih banyak perlu dibaiki... Practise make perfect uolls.
Sampai ketemu lagi.
WIP : Knitted Turban
xoxo
No comments:
Post a Comment