Thursday, September 13, 2012

Rumah Pegawai Kastam Dilempar Bom Petrol


 MUSNAH...rumah mangsa bersebelahan dengan rumah pegawai kastam  yang hampir musnah dalam kebakaran  dipercayai dibaling bom petrol. Gambar kecil, Ahmad Hassan.


Terbaring Kaku di sisi kereta



MUSNAH...rumah mangsa bersebelahan dengan rumah pegawai kastam yang hampir musnah dalam kebakaran dipercayai dibaling bom petrol. Gambar kecil, Ahmad Hassan


JOHOR BAHRU: Dua rumah pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor di bandar raya ini dibaling bom petrol secara serentak awal pagi semalam, mengakibatkan Penolong Pengarah KDRM Johor, Ahmad Hassan, 54, meninggal dunia selepas mengalami sakit jantung akibat satu daripada serangan itu.
Dua kejadian itu berlaku di dua rumah pegawai KDRM Johor di Taman Pelangi, di sini, dan Pulai Perdana, Nusajaya, pada kira-kira jam 4 pagi dan kedua-duanya dipercayai dilakukan kumpulan penjenayah sama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, Ahmad yang tinggal berjiran dengan pegawai KDRM yang menjadi sasaran serangan di Taman Pelangi, meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman - amin
Takziah ke atas keluarga beliau.























**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment