Wednesday, July 29, 2015

Wordless Wednesday

**ART IS A PASSION**

Monday, July 27, 2015

Beg Diamond - Bolso De Rombos with zippered lining + adjustable string

Assalamualaikum


Tempahan beg terakhir yang disiapkan sambil mengait kupiah. Beg sudah lama saya siapkan semasa cuti sekolah bulan Jun. Kami bercuti di Kelantan sambil sibuk dengan kenduri abang ipar. Saya curi masa mengait dan siapkan 3 buah beg corak yang sama dengan saiz yang berbeza.

Beg ini talinya saya buat mudah diselaraskan ikut panjang yang diingini malah saya tambah lining serta zip. Juga tiga kuntum bunga ros seperti yang diminta oleh kawan saya. Katanya sudah lama cari orang untuk kait beg. Tak sangka kawan sendiri boleh mengait. Kali pertama saya buat beg ada lining. Terkial-kial juga nak siapkan. Alhamdulillah. Selesai dan saya rasa lega IJA suka beg ni dan dia repeat order beg yang sama untuk anak buah dia :D. Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki dari Allah SWT.

 

**ART IS A PASSION**

Friday, July 24, 2015

Happy Customer - Nur Diyana Zulkifli

Salam


Kupiah tempahan dari rakan FB. Mak beliau jual telekung. Selesa telekung yang dijahit dan harga berpatutan. Kalau minat boleh cari FB Nur Diyana Zulkifli.

Cantik gambar raya beliau. Ambil di studio.



**ART IS A PASSION**

Kupiah Firassh , Farissh dan Hakimi


Assalamualaikum




**ART IS A PASSION**

Kupiah Raya + Kenduri Kahwin

Assalamualaikum


Penutup bagi tempahan sebelum raya aidilfitri 2015. Kebanyakan order adalah dari kawan-kawan sekolah. Terima kasih tak terhingga sebab sentiasa bagi support kat saya ni. Kali kedua Azrina order kupiah dan jumlah order meningkat. Kali ini order untuk anak buah sekali. Nak pakai kenduri Sabtu ni.

Saya buat kombinasi warna hitam dan krim. Senang nak match dengan warna baju.


 Tata.
xoxo


**ART IS A PASSION**

Happy Customer - Putera Muhammad Rayyan

Assalamualaikum


Sambil-sambil pos barang kait di Mailbox Alamanda, Putrajaya, staff yang bekerja di sana terus order untuk anak beliau dan suami. Kupiah dan sneakers. Minggu terakhir nak cuti raya tu saya siapkan dan hantar by hand ke sana. Alhamdulillah...sempat siapkan sebab saya dilanda demam, batuk dan selsema dari minggu ke tiga puasa sehingga minggu terakhir puasa. Makan pun tiada selera malah semasa hari raya saya tidak menjamah mana pun lemang dan rendang. Seronok tengok orang makan je. Hehehe..turun 5 kg pada Ramadhan kali ini. Ahkak suka!!






**ART IS A PASSION**

Lagi Happy Customer

Assalamualaikum

Kawan pejabat lama merangkap kawan sekuliah masa sambung belajar. Abam RB dan keluarga.
Untuk Abam RB saya kait kupiah plain dan anak-anaknya bujangnya saya kaitkan kupiah bernama.



**ART IS A PASSION**

Happy Customer

Assalamualaikum

Entry lepas raya memang saya share testimoni pemakai-pemakai kupiah kait saya ye.

Tempahan dari kawan sekolah menengah untuk anak bujangnya. Nak pakai ke sekolah agama.. boleh juga dipakai di pagi raya.





Kupiah saya kait ada dua. Entry mengenainya ada kat SINI .
Terima kasih atas tempahan ye Aza. Tahun depan bole tempah lagi :D

**ART IS A PASSION**

Testimoni : Happy Customer - Kupiah Paddle Pop


 Assalamualaikum

Saya nak sharekan di sini pemilik kupiah paddle pop yang dikirim oleh bapa kepada pemakai kupiah. Berbelit-belit ayatnya hehehe.. Adik ipar saya tempah kupiah ini untuk sahabat baiknya. Coretan mengenai kupiah ini di sini  .

Menurut adik ipar saya, anak-anak ini sangat gemar memakai kupiah yang saya kait ini. Alhamdulillah. Tuhan je tahu bagaimana perasaan saya. Seronok bila orang suka hasil kerja kita.
Harga kupiah paddle pop ini adalah seperti berikut sekiranya ada pembaca blog ini yang berminat untuk menempahnya.





saiz S    -     0  -  17"  =  RM20
saiz M   -   18" - 19"  =  RM25
saiz L    -   20" - 21"  =  RM30
saiz XL -   22" - 24"  =  RM35

Maksimum nama yang hendak dipilih tidak melebihi 10 huruf sebab takut tak muat dijahit di atas kupiah nanti.TATA




**ART IS A PASSION**

TIPS MEMILIH TUDUNG TERBARU ONLINE



 
Tudung adalah satu item yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama yang dipraktikkan. Namun bagi wanita di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai.

Adakah anda sedar bahawa sesetengah tudung wanita goes really well dengan tona warna kulit anda, manakala sesetengahnya yang lain tidak? Jom kita lihat beberapa tips memilih koleksi tudung terbaru online untuk wanita.


 

Tudung kini boleh didapati dalam variasi pilihan warna yang sangat meluas, dan bukan sekadar hitam. Terdapat banyak pilihan warna tudung dalam pasaran, jadi tiada masalah untuk kita bergaya dengannya untuk dapatkan penampilan yang lebih menarik. Ini kerana tudung terkini wanita boleh memberikan sentuhan yang sempurna ke atas keseluruhan persalinan anda dan dalam masa yang sama membuatkan anda kelihatan sopan. Ramai wanita yang keliru apabila memilih tudung terkini wanita untuk disesuaikan dengan persalinan yang sedia ada. 

Untuk menyempurnakan penampilan tudung, perkara utama yang harus anda ambil tahu adalah warna tudung dan warna kulit anda. Adakah ia sesuai dan indah dipandang mata apabila digayakan?Warna tudung yang salah atau tidak sesuai dengan warna kulit anda boleh membuatkan wajah anda kelihatan kusam dan tidak segar. Padanan yang tepat  termasuk kesesuaian warna tudung dengan warna atau motif pakaian anda akan menyerlahkan lagi keseluruhan penampilan anda, sehingga tercipta satu stail yang selesa dan memikat!

Berikut tips memilih warna tudung yang sesuai dengan warna kulit anda.Tips tudung yang asas adalah pilih hijab mengikut tona warna kulit anda dan padankan dengan baik bersama persalinan kegemaran anda.

  • Jika anda mempunyai warna kulit yang cerah, warna yang gelap seperti hitam, royal blue, kelabu gelap dan ungu gelap adalah antara pilihan yang baik. Warna yang lebih gelap dapat menyerlahkan tona kulit anda dan menambahkan lebih kelembutan dan kecantikan pada wajah anda. Elakkan light colour seperti putih dan pastel.
  • Bagi mereka yang mempunyai kulit sawo matang dapatkan tudung dengan warna yang medium seperti merah, biru ataupun merah jambu. Manakala cuba untuk elakkan warna coklat, karamel ataupun oren.
  • Wanita dengan warna kulit yang lebih gelap perlu gunakan warna pastel dan neutral shades dan jangan pilih warna seperti merah, hitam, coklat, kuning, hijau ataupun oren kerana boleh membuatkan kulit anda kelihatan lebih gelap.


Contoh Warna Pastel


Contoh Warna Neutral Shades



Sekian tips untuk kali ini. Semoga anda tampil lebih bergaya selepas ini !!!
xoxo
 

**ART IS A PASSION**

How to crochet a Lego brick tissue box cover [tutorial]


Assalamualaikum

Hari Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.
Sekarang saya sudah tiga bulan bertugas di Kementerian Kewangan Malaysia. Syukur. Rakan sekerja di sini dan persekitarannya baik-baik sahaja. Semoga suasana ini berkekalan hingga saat saya bertukar tempat kerja kelak. (^_^)

Hari ini saya nak share lagi pattern sarung kotak tisu. Sarung Kotak Tisu Lego. Sebiji macam lego tu. Kalau anda berminat nak menempahnya saya charge RM20 untuk setiap sarung mengikut warna pilihan anda. Kos pos RM6 sahaja.

Pada yang sudah ada asas mengait krusye, cabar la diri anda untuk mengait sarung ini. Practise make perfect!!. Selamat Mencuba!

Artikel asal di sini


crochet lego brick by ahooka
Achoo !
This is my daily routine !
I’m allergic to a lot of different things, and not a day goes by without a sneeze. I live very well with it, but the main issue is that my house is full of tissue box eeeeverywhere. In the bathroom, on my bedside table, on my desk, here and there,… And I couldn’t stand those same old blue bloxes anymore ! 
Then, I ran into these : 

crochet lego brick by ahooka
© Houzz.com


And of course, I had to make that with my crochet hook, RIGHT AWAY. 

crochet lego brick by ahooka 
One for the bathroom :

crochet lego brick by ahooka
crochet lego brick by ahooka
crochet lego brick by ahooka
And one for my desk :

crochet lego brick by ahooka
crochet lego brick by ahooka

Kalau rajin, setiap bulat tu anda boleh kait dengan warna berbeza.



**ART IS A PASSION**

Tips Memilih Warna Pakaian Berdasarkan Bentuk Badan dan Kulit

Assalamualaikum

Sekejap je dah habis bercuti raya. Dah start masuk kerja. Arghh bila la BFF saya nak jadi jutawan ya. Boleh la saya berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa ( Verangan ). Selepas cuti raya, alhamdulillah saya sudah mula menerima tempahan mengait. Ada 1 beg diamond  dan dua set minion untuk bayi ( cocoon + beanie). Syukur. Saya pun cepat bosan kalau duduk di rumah tanpa buat apa-apa. Anak-anak semua dah besar dan buat hal sendiri. Tapi walaupun masing-masing dah membesar sebagai johan, mereka tetap berebut-rebut nak meleset macam kucing kat ibunya ni. (^_^)

OK. Sambil blog walking, saya jumpa satu post ni mengenai tips memilih warna pakaian berdasarkan bentuk badan dan kulit. Bagus juga kan. Tapiiiii sebagai wanita Islam, sebaiknya baju yang dipilih itu biarlah longgar dan menepati syariat ya. Berikut adalah tipsnya;

TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN
 1  Kita boleh menggayakan sesuatu pakaian tidak melebihi dari 3 warna. Untuk kelihatan lebih menarik dan ceria, gabungkan warna semulajadi seperti putih, coklat krim, kelabu mahupun hitam bersama warna-warna ceria seperti hijau pucuk pisang, biru muda, oren, kuning, jingga, peach, merah jambu mahupun merah. Gabungan warna semulajadi dan warna ceria mampu membuatkan anda nampak lebih ceria & muda. Namun yang demikian, jika anda tidak yakin bermain dengan warna, gayakan sahaja 1 warna seterusnya pakai aksesori seperti rantai, gelang mahupun tudung yang lebih menyerlah & warna-warna ceria.

Contoh penggayaan yang sesuai: baju warna biru, seluar/skirt warna merah & tudung warna kuning atau gabungkan warna tudung merah & biru.


 2  Jika anda ingin memakai baju bercorak bunga, abstrak dan sebagainya, padankan seluar/skirt corak kosong (plain) warna senada dengan baju. Perlu diingati, jangan sesekali anda memakai baju corak bunga, seluar & tudung juga bercorak. Apabila semua yang anda pakai bercorak, ia hanya akan nampak berserabut. Ini harus di jauhi.
Contoh penggayaan yang sesuai: baju corak bunga, seluar/skirt dan tudung corak kosong (plain) senada.


 3  Anda juga boleh menggayakan corak kosong untuk baju, corak garisan lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.


 4  Sebelum memilih warna pakaian, anda kena tahu bentuk tubuh badan anda terlebih dahulu. Tips berikut mengenai tips memilih pakaian mengikut tubuh & warna kulit.
TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASAKAN BENTUK BADAN
 
Badan gempal dan tinggi
Individu seperti ini sesuai menggayakan baju bewarna gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Serlahkan juga penampilan anda dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria anda harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.
Badan kurus dan rendah
Jika anda golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan trendy!
Badan kurus dan tinggi
Untuk individu yang berbadan kurus dan tunggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.
Untuk mengetahui jenis pakaian apa yang tepat, anda perlu ketahui dahulu bentuk tubuh anda kategori yang mana. Pada umumnya bentuk tubuh wanita terdiri daripada 4 jenis iaitu :-

(a) Bentuk Badan Buah Pear
Bentuk Badan Buah Pear
Ciri wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh lebih besar di bagian bawah pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara tidak langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.
Tips untuk bentuk badan buah pear :
    1. Pakaian yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.
    2. Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai.
3. Hindari pakaian atasan yang berwarna gelap dan seluar sendat di pinggul kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul anda yang besar.
(b) Bentuk Tubuh Epal
Bentuk Tubuh Epal
Dikatakan berbentuk epal kerana tubuh jenis ini cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang membesar.

Tips untuk bentuk tubuh epal :
1. Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.
2. Seluar dan skirt berpotongan lurus sesuai digayakan.
3. Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.
4. Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi.
5. Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.
(c ) Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan kelihatan tubuhnya lurus.
Tips untuk tubuh 4 segi :
1. Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.
2. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.
(d)  Bentuk Jam pasir
Bentuk Jam Pasir

Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggang sehingga terlihat seksi.
Tips untuk tubuh jam pasir :
  1. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis pakaian.
  1. Kepada yang tidak memakai tudung, anda boleh memakai pakaian bahagian atas (leher) jenis yang terbuka untuk menonjolkan bentuk bahu yang indah.
  1. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar dengan potongan A-line agar anda kelihatan ramping.
      4. Serlahkan penampilan anda dengan warna-warna ceria

TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASARKAN KULIT


  1. Kulit Putih/Cerah

Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yang sesuai sangat senang dan banyak. Jika anda berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam dan biru terang. Jauhi memakai pakaian bewarna pastel seperti coklat dan biru muda kerana ia akan membuatkan anda nampak pucat.


  1. Kulit Sawo Matang

Orang Malaysia kebanyakkan berkulit sawo matang. Kira warna kulit standard orang Malaysia atau lebih tepat kulit orang melayu. Untuk anda yang berkulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan menyerlah. Harus diingati anda yang berkulit ini tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, ia akan membuatkan anda kelihatan kusam.


  1. Kulit Gelap/Hitam Manis

Untuk yang berkulit gelap serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna cerah dan ceria seperti merah jambu, biru laut, putih, coklet, peach, hijau muda, dan kelabu. Elakkan memakai warna gelap seperti hitam, coklet gelap, maroon, biru gelap dan hijau gelap kerana ini akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap.


**ART IS A PASSION**

Thursday, July 23, 2015

Pattern Bag Kait

Assalamualaikum

Pattern beg kait untuk dicuba uolss . Klik link ini

121 Crochet Bag Patterns FREE

SELAMAT MENCUBA!!

**ART IS A PASSION**

Friday, July 10, 2015

Kupiah Paddle Pop - Tulisan Timbul


Harga Kupiah Untuk Tulisan Timbul

Size S (0in-17in) - RM 25.00 
Size M(18in-20in) - RM 30.00  
Size L(21in - 22in) - RM 35.00  
Size XL(23in-24in) - RM 40.00




Harga Kupiah Untuk Tulisan Biasa
Size S (0in-17in) - RM 20.00 
Size M(18in-20in) - RM 25.00  
Size L(21in - 22in) - RM 30.00  
Size XL(23in-24in) - RM 35.00


**ART IS A PASSION**

Membeli Belah Di Lazada Part Two - Barang dah sampai

Assalamualaikum

Segala puji bagi allah. Selamat sudah tibanya tab cover yang saya order dari Lazada minggu lepas rasanya. Sekejap je dah sampai walaupun dalam tracking message tu bagitau 32-36 hari lagi baru sampai. Anda boleh baca entri mengenai pembelian di sini

Taraaaa


 Terus nampak baru :D. Alhamdulillah.. hanya RM20.30 dan kos penghantaran adalah percuma. Saya memang jarang sekali beli sesuatu untuk diri sendiri. Jadilah duit sebahagian kecil duit mengait saya dapat beli sarung tab saya ni.


**ART IS A PASSION**

Mary Jane Baby Booties And Muslim Skull Cap






**ART IS A PASSION**

KUpiah Dan Sarung Botol AIr

**ART IS A PASSION**

KUpiah Raya Lagi Tema Hitam dan Kelabu

**ART IS A PASSION**

Kupiah Raya Lagi



**ART IS A PASSION**

Mary Jane Baby Booties

Salam

Order selit dari rakan lama untuk anak perempuannya. Alhamdulillah sempat saya tunaikan hajat dia.


**ART IS A PASSION**

Kupiah Raya 2015





**ART IS A PASSION**

Kupiah Plain Dewasa


**ART IS A PASSION**

Kupiah Paddle Pop


**ART IS A PASSION**

Happy Customer

**ART IS A PASSION**

Ragam Pelanggan

Salam

Membuak-buak rasanya.
Kadang-kadang rasa kecewa tak nak ambil tempahan mengait lagi.
Tapi buat masa ini, mengait ni dapatla tampung serba sedikit kehidupan yang penuh pancaroba ni, saya akur.

Bila ambil tempahan mengait ni , pelbagai ragai orang saya jumpa. Antaranya

1) Bila menempah dengan saya, hari-hari dia whatsapps saya tanya setakat mana progress. Well, saya tiada masa nak layan whatsapps. Sebab kalau saya layan, bila saya nak mengait. Padahal saya dah bajet sekian tempoh untuk siapkan tempahan, tapi dorang still nak whatsapps/sms grrr

2) Produk tempahan nak yang canggih, bayar nak ciput ajer. Ingat saya kait guna mesin ke. Saya kait dengan penuh passion. Masa dan tenaga saya curahkan untuk dapat hasil seperti yang diinginkan. Saya korbankan waktu tidur dan rehat demi kepuasan pelanggan.


Dua jenis pelanggan seperti ini, saya akan tolak sekiranya mereka berimat untuk menempah lagi produk mengait dengan saya. Saya tak suka mengait dengan ada perasaan marah/tak ikhlas.

Mode : Demam, sakit hati

**ART IS A PASSION**