Friday, March 2, 2012

Formula Mengubati ‘Penyakit’ Mulut Celupar Daripada Rasulullah SAW


Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap 'lepas'?

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.


Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.

Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza'iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam."


Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, "Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati." Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah 'subhanallah wa bihamdihi' dan 'subhanallah hil azim' yang membawa maksud 'Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya' dan, 'Maha suci Allah yang Maha Besar.'

Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 'subhanallah wa bihamdihi' sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.


Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus 'rancak' membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, 'Astaghfirullahazim' disertakan 'perasaan menyesal' di dalam hati.

Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.


Sambungan artikel sila klik : http://bit.ly/zFHcLj

P/S: pesanan untuk diri aku jugak...since aku suka cakap direct jer...tapi orang dok ingat aku suke perli..heran :D ..aku ni lurus orangnya...tapi sebenarnya..bila orang dah start tak suka kat kita....apa sahaja kita buat sume nampak negative je kan......maafkan aku...kerana kamu membenciku...


**ART IS A PASSION**

Wednesday, February 29, 2012

Pink Booties



Salam


Mengait booties baby ni memang ralit... Cepat je siap..kalau masih bujang...mau maraton mengait booties....heheheheh kira macam kerasukan jugak la...


Ok ..booties merah jambu ni hadiah buat kawan lama...tengok gamba yer :D




**ART IS A PASSION**

Saturday, February 25, 2012

Blended Blue N White Booties

Salam


I love to crochet booties. It's simple and a quick project to finish :D .
Technique used to crochet this booties is back post n front post crochet :D
A different one !!!!!!!




**ART IS A PASSION**

Thursday, February 23, 2012

Cuepacs tuntut naik gaji RM700-RM2,500 bagi gred 1-54


Cuepacs tuntut naik gaji RM700-RM2,500 bagi gred 1-54

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs di mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di Putrajaya hari ini.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.


Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.

- Bernama

**ART IS A PASSION**

Booties - Stripe Part 2

Salam

Yet another stripe booties with different colors combination


Blue, purple , green

**ART IS A PASSION**

Tuesday, February 21, 2012

Hot Red Hairband And Baby Booties

Salam

Order from shida penang ( one of satisfied customer)




**ART IS A PASSION**

Saturday, February 18, 2012

Booties - Stripe

Salam all


Yet another booties - for baby boy


Stripe booties - grey , white n black




**ART IS A PASSION**

Friday, February 17, 2012

XRAY tulang pada 16/2

Salam..

Alhamdulillah...
Simen di tangan Hijjaz yang patah telah dibuka.


Segala puji dan syukur kepada Allah SWT
Dah buat ultraman tu..kira ok la kan...




Xray pada 16/2
Anak panah putih menunjukkan tulang baru dah tumbuh...ya memang lari kan kedudukan tulang tu..Doktor bagitau dalam masa 2 thn ni tulang akan mengalami tumbesaran. Insya allah tulang tu akan jadi panjang dan akan ejas sendiri jadi lurus....kalau tulang tu bengkok...aku saman doktor bagi info salah

Minggu depan hijjaz akan mula bersekolah. Harapan aku Hijjaz tak lupa daratan time main... susah kalau patah lagi....aku tak buleh suka2 cuti sebab opis ni bukan bapak aku punya...

**ART IS A PASSION**

Hairband :D

Salam all gentle reader


Again...

Another order for hairband...from satisfied customer :D TQ Rozi :D




**ART IS A PASSION**

Thursday, February 16, 2012

Baby Crochet Set

Salam all

Order dari officemate untuk anak dara sunti nya :D
**ART IS A PASSION**