Monday, July 27, 2015

Beg Diamond - Bolso De Rombos with zippered lining + adjustable string

Assalamualaikum


Tempahan beg terakhir yang disiapkan sambil mengait kupiah. Beg sudah lama saya siapkan semasa cuti sekolah bulan Jun. Kami bercuti di Kelantan sambil sibuk dengan kenduri abang ipar. Saya curi masa mengait dan siapkan 3 buah beg corak yang sama dengan saiz yang berbeza.

Beg ini talinya saya buat mudah diselaraskan ikut panjang yang diingini malah saya tambah lining serta zip. Juga tiga kuntum bunga ros seperti yang diminta oleh kawan saya. Katanya sudah lama cari orang untuk kait beg. Tak sangka kawan sendiri boleh mengait. Kali pertama saya buat beg ada lining. Terkial-kial juga nak siapkan. Alhamdulillah. Selesai dan saya rasa lega IJA suka beg ni dan dia repeat order beg yang sama untuk anak buah dia :D. Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki dari Allah SWT.

 

**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment