Salam
Membuak-buak rasanya.
Kadang-kadang rasa kecewa tak nak ambil tempahan mengait lagi.
Tapi buat masa ini, mengait ni dapatla tampung serba sedikit kehidupan yang penuh pancaroba ni, saya akur.
Bila ambil tempahan mengait ni , pelbagai ragai orang saya jumpa. Antaranya
1) Bila menempah dengan saya, hari-hari dia whatsapps saya tanya setakat mana progress. Well, saya tiada masa nak layan whatsapps. Sebab kalau saya layan, bila saya nak mengait. Padahal saya dah bajet sekian tempoh untuk siapkan tempahan, tapi dorang still nak whatsapps/sms grrr
2) Produk tempahan nak yang canggih, bayar nak ciput ajer. Ingat saya kait guna mesin ke. Saya kait dengan penuh passion. Masa dan tenaga saya curahkan untuk dapat hasil seperti yang diinginkan. Saya korbankan waktu tidur dan rehat demi kepuasan pelanggan.
Dua jenis pelanggan seperti ini, saya akan tolak sekiranya mereka berimat untuk menempah lagi produk mengait dengan saya. Saya tak suka mengait dengan ada perasaan marah/tak ikhlas.
Mode : Demam, sakit hati
**ART IS A PASSION**
No comments:
Post a Comment