Assalamualaikum
Sekejap je dah habis bercuti raya. Dah start masuk kerja. Arghh bila la BFF saya nak jadi jutawan ya. Boleh la saya berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa ( Verangan ). Selepas cuti raya, alhamdulillah saya sudah mula menerima tempahan mengait. Ada 1 beg diamond  dan dua set minion untuk bayi ( cocoon + beanie). Syukur. Saya pun cepat bosan kalau duduk di rumah tanpa buat apa-apa. Anak-anak semua dah besar dan buat hal sendiri. Tapi walaupun masing-masing dah membesar sebagai johan, mereka tetap berebut-rebut nak meleset macam kucing kat ibunya ni. (^_^)
OK. Sambil blog walking, saya jumpa satu post ni mengenai tips memilih warna pakaian berdasarkan bentuk badan dan kulit. Bagus juga kan. Tapiiiii sebagai wanita Islam, sebaiknya baju yang dipilih itu biarlah longgar dan menepati syariat ya. Berikut adalah tipsnya;
TIPS MEMILIH WARNA 
PAKAIAN
 1  Kita boleh menggayakan sesuatu pakaian tidak melebihi dari 3 
warna. Untuk kelihatan lebih menarik dan ceria, gabungkan warna semulajadi 
seperti putih, coklat krim, kelabu mahupun hitam bersama warna-warna ceria 
seperti hijau pucuk pisang, biru muda, oren, kuning, jingga, peach, merah jambu 
mahupun merah. Gabungan warna semulajadi dan warna ceria mampu membuatkan anda 
nampak lebih ceria & muda. Namun yang demikian, jika anda tidak yakin 
bermain dengan warna, gayakan sahaja 1 warna seterusnya pakai aksesori seperti 
rantai, gelang mahupun tudung yang lebih menyerlah & warna-warna ceria. 
Contoh penggayaan yang 
sesuai: baju warna biru, seluar/skirt warna merah & tudung warna kuning atau 
gabungkan warna tudung  merah & biru.
Contoh 
penggayaan yang sesuai: baju corak bunga, seluar/skirt dan tudung corak 
    kosong (plain) senada. 
 3  Anda juga boleh menggayakan corak kosong untuk baju, corak 
garisan lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.   
 4  Sebelum memilih warna pakaian, anda kena tahu bentuk tubuh 
badan anda terlebih dahulu. Tips berikut mengenai tips memilih 
pakaian mengikut tubuh & warna kulit. 
TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASAKAN BENTUK 
BADAN
Badan gempal dan 
tinggi
Individu seperti ini sesuai 
menggayakan baju bewarna gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap, 
hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. 
Serlahkan juga penampilan anda dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan 
ceria anda harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna 
terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan 
anda.
Badan 
kurus dan rendah
Jika anda golongan ini, 
serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan 
corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda 
nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi 
wedges, ia mampu membantu menambahkan 
ketinggian  dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan 
trendy! 
Badan 
kurus dan tinggi
Untuk 
individu yang berbadan kurus dan tunggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti 
merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga 
menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda 
dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa 
anda lebih berisi.
Untuk mengetahui jenis 
pakaian apa yang tepat, anda perlu ketahui dahulu bentuk tubuh anda kategori 
yang mana. Pada umumnya bentuk tubuh wanita terdiri daripada 4 jenis iaitu 
:-
(a) Bentuk Badan Buah Pear
Ciri 
wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh lebih besar di bagian bawah 
pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara tidak 
langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.
Tips untuk bentuk badan buah pear : 
- 
1. Pakaian yang tepat untuk bentuk 
tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian 
bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai 
pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail 
yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit 
besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh. 
- 
2. Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan 
seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai. 
3. Hindari pakaian atasan yang berwarna 
gelap dan seluar sendat di pinggul kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul 
anda yang besar. 
(b) Bentuk Tubuh 
Epal
Bentuk Tubuh Epal
Dikatakan 
berbentuk epal kerana tubuh jenis ini cenderung bulat pendek dan bahagian 
pinggang membesar.
Tips untuk bentuk tubuh epal : 
1. Warna-warna yang ceria dan terang di 
bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang 
sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil 
menarik. 
2. Seluar dan skirt 
berpotongan lurus sesuai digayakan. 
3. Kepada yang tidak 
memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan 
tubuh. 
4. Hindari pakaian dengan bentuk 
leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi. 
5. Elakkan 
manik-manik di bahagian pinggang. 
(c ) Bentuk tubuh 
4 Segi atau Brick/Rectangle
Wanita dengan 
bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan 
kelihatan tubuhnya lurus.
Tips untuk tubuh 4 segi :
1. Pilihlah pakaian dengan potongan 
yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur 
geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut 
yang simple. 
2. Hindari pakaian jenis yang tipis dan 
ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu 
serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak. 
(d)  Bentuk Jam 
pasir
Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggang sehingga terlihat seksi.
Tips untuk tubuh jam pasir 
:
- Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis pakaian.
- Kepada yang tidak memakai tudung, anda boleh memakai pakaian bahagian atas (leher) jenis yang terbuka untuk menonjolkan bentuk bahu yang indah.
- Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar dengan potongan A-line agar anda kelihatan ramping.
      4. Serlahkan 
penampilan anda dengan warna-warna ceria
TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASARKAN KULIT
- Kulit Putih/Cerah
Sangat bertuah kepada mereka yang 
mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yang sesuai sangat senang dan 
banyak. Jika anda berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan anda dengan 
menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, 
hitam dan biru terang. Jauhi memakai pakaian bewarna pastel seperti coklat dan 
biru muda kerana ia akan membuatkan anda nampak pucat.
- Kulit Sawo Matang
Orang Malaysia kebanyakkan berkulit 
sawo matang. Kira warna kulit standard orang Malaysia atau lebih tepat kulit orang 
melayu. Untuk anda yang berkulit sawo matang sangat sesuai untuk warna 
kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan 
menyerlah. Harus diingati anda yang berkulit ini tidak sesuai untuk penggunaan 
warna kelabu atau berona gelap, ia akan membuatkan anda kelihatan 
kusam. 
- Kulit Gelap/Hitam Manis
Untuk yang 
berkulit gelap serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna cerah 
dan ceria seperti merah jambu, biru laut, putih, coklet, peach, hijau muda, dan 
kelabu. Elakkan memakai warna gelap seperti hitam, coklet gelap, maroon, biru 
gelap dan hijau gelap kerana ini akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap. 
 
Next Entry - Tips memilih tudung online. 
**ART IS A PASSION**
 




No comments:
Post a Comment