Friday, July 24, 2015

Happy Customer - Putera Muhammad Rayyan

Assalamualaikum


Sambil-sambil pos barang kait di Mailbox Alamanda, Putrajaya, staff yang bekerja di sana terus order untuk anak beliau dan suami. Kupiah dan sneakers. Minggu terakhir nak cuti raya tu saya siapkan dan hantar by hand ke sana. Alhamdulillah...sempat siapkan sebab saya dilanda demam, batuk dan selsema dari minggu ke tiga puasa sehingga minggu terakhir puasa. Makan pun tiada selera malah semasa hari raya saya tidak menjamah mana pun lemang dan rendang. Seronok tengok orang makan je. Hehehe..turun 5 kg pada Ramadhan kali ini. Ahkak suka!!






**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment