Tuesday, June 30, 2015

[][][] Kenapa Saya Mengait [][][]

Assalamualaikum


Saya mula mengait sejak tahun 2007, dua tahun selepas Youtube dilancarkan. Saya mengait kerana minat yang mendalam pada kraf. Pada masa itu, sumber video mengenai crochet dan knitting agak terhad. Saya banyak melakukan carian sendiri. Saya mula dengan membeli buku Seni Kaitan namun tidak faham dengan istilah yang digunakan. Melalui Youtube saya mula dengan asas mengait dan seterusnya melihat-lihat video untuk menghasilkan projek ringkas. Dan saya mula memaparkan hasil kaitan dan menulis di blog pada 13 Jun 2008. Dan 7 tahun rupanya... Anda boleh lihat entri pertama mengenainya di sini.

Selepas faham dan memahami selok belok asas mengait samada jarum dua atau satu, projek pertama yang saya hasilkan ialah kupiah, seterusnya kasut bayi. Selepas 6 bulan saya semakin mahir dan sudah berani mencuba pelbagai pattern dari internet. 

Sekitar 4 tahun lepas saya telah menerima tempahan pertama dari rakan-rakan sepejabat. Saya bernasib baik rakan-rakan sepejabat sangat supportive.

Selepas beberapa ketika, saya menerima tempahan kupiah dari Syahirah untuk majlis akikah anak lelakinya yang baru lahir. Sejak itu saya menerima tempahan tidak putus-putus. Syukur alhamdulillah.

Saya hanya berhenti buat seketika semasa sambung Ijazah sekitar 2010-2013. Masa mencemburui saya untuk membahagikannya bagi menerima tempahan. Namun saya tetap mengait untuk rakan-rakan rapat dan saudara mara.

Tahun ni saya menerima banyak tempahan. Setakat ini telah lebih dari 50 keping kupiah saya siapkan. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Dia tau bila dan kenapa nak bagi kan. Syukur ke hadrat ilahi.

Ada 15 keping lagi kupiah nak disiapkan sebelum raya ..
xoxo


**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment