Thursday, September 25, 2014

Mesin Deposit Duit Syiling bagi Memudahkan Proses Mendepositkan Duit Syiling

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa Mesin Deposit Duit Syiling kini terdapat di seluruh negara bagi memudahkan proses mendepositkan duit syiling oleh perniagaan dan orang ramai. Sebanyak 236 Mesin Deposit Duit Syiling telah ditempatkan di institusi kewangan yang mengambil bahagian, pasar raya besar dan cawangan-cawangan Tabung Haji.

Setiap tahun sejumlah besar duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia tidak dikembalikan untuk edaran semula. Sehubungan dengan itu, orang ramai digalakkan untuk mengembalikan duit syiling mereka dan pada masa yang sama boleh memperoleh manfaat daripada pertambahan simpanan. Mesin Deposit Duit Syiling merupakan mesin duit syiling layan diri berautomasi yang membolehkan pelanggan institusi kewangan yang mengambil bahagian dan Tabung Haji mendepositkan duit syiling mereka tanpa dikenakan sebarang caj.

Mesin Deposit Duit Syiling di institusi kewangan yang mengambil bahagian akan mengkreditkan akaun pendeposit pada hari yang sama untuk duit syiling yang didepositkan sebelum pukul 4 petang dan pada keesokan harinya bagi duit syiling yang didepositkan selepas pukul 4 petang. Bagi Mesin Deposit Duit Syiling yang ditempatkan di pasar raya besar yang mengambil bahagian, pelanggan akan menerima baucar membeli-belah yang sama nilainya dengan jumlah duit syiling yang didepositkan. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini untuk membayar barangan yang dibeli di kedai-kedai yang mengambil bahagian.

 Lokasi Mesin Deposit Duit Syiling ini adalah seperti berikut. Siapa yang banyak duit syiling boleh la terus menabung di bank berhampiran anda!! ( Wah dah macam duta mesin deposit duit syiling pulak)










Perkhidmatan ini dibuka dari waktu bank dibuka hingga pukul 2.00 petang sahaja. Duit syiling yang telah didepositkan melalui mesin tersebut akan masuk ke dalam akaun tuan/puan dalam tempoh 1 hari bekerja. Harap maklum. Jom kumpul syiling :D sebab guna mesin tu sangat best. Jakun gila dibuatnya:D

**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment