Wednesday, September 24, 2014

Ambil berat atau jaga tepi kain orang lain

Assalamualaikum

Apa khabar semua hari ini? Saya harap anda semua sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT hendaknya.

Pejam celik pejam celik dah 7 bulan saya di tempat baru kan. Saya nak kongsi  la cerita pasal kawan-kawan baru saya ni.  Apa perasaan anda semua jika ada rakan sepejabat anda suka bertanya perihal anda seperti seorang polis sedang membuat soal siasat? Apa perasaan anda sekiranya setiap kali anda tiada di pejabat samada atas urusan kerja/peribadi anda akan ditebak dengan 1001 soalan? Apa perasaan anda sekiranya bukan sahaja rakan sepejabat anda malah anak rakan sepejabat anda turut berbuat perkara yang sama???

Ada seorang hamba Allah ni berpangkat lebih tinggi sikit dari saya..kalau dalam jawatan saya tu ada perkataan kanan, dalam jawatan dia ada perkataan tinggi. Kami masih dalam kumpulan yang sama iaitu kumpulan pelaksana.
Apa yang amati selama 7 bulan di sini, saya dapat simpulkan hamba Allah SWT sebenarnya suka sangat jaga tepi kain orang. Masa mula-mula masuk saya ingat dia ambil berat. Rupanya tidak. Hamba Allah SWT ni nak semua perkara yang berlaku di sekeliling dia mesti dalam pengetahuan dia. Semua mesti maklum pada dia walaupun saya bukan seunit dengan dia.Nauzubillah...

Saya tak suka bersangka buruk dengan orang. Cukupla mulut saya jahat masa sekolah-sekolah dulu. Saya dah bertaubat nasuha dan memilih untuk berdiam sahaja. Perisitiwa pagi ini benar-benar mencabar tahap kesabaran saya. Baru sahaja sampai di pejabat tatkala nak melabuhkan punggung di kerusi, saya diajukan dengan soalan. 

HA : Natrah, cuti ke minggu lepas? Anak Kak R datang pejabat. Dia cakap makcik kat depan ni asyik takde je. Akak pon cakap la makcik ni memang selalu takde..
Saya: (^_^)

Nampak tak? Perangai ni dah berjangkit pada anaknya. Kita ni, ibu bapa adalah role model / teladan pada anak-anak. Kalau kita perangai elok, insya allah anak-anak kita perangai elok. Kalau kita suka menjerit, anak kita kemungkinan akan berperangai yang sama. Sebab tu ada pepatah nak melentur buluh biarlah pada rebungnya. 

Tu baru sorang hamba Allah. Ada sorang lagi hamba Allah yang seunit dengan saya. Yang ni memang unpredictable. Pagi ni dia call saya bertanyakan hal kerja. Lebih kurang begini dialognya

Kak S : Natrah nape tak ajak akak masuk mesyuarat semalam? (nada suara lain)
Saya   : Mesyuarat yang mana satu kak, saya ada dua mesyuarat semalam. Tapi dua-dua tu tak perlu ajak akak   
             pon. Bos Puan J cakap tak payah. 
Kak S : Betul-betul la..sebab semalam Puan J jumpa akak n tanya kenapa tak masuk mesyuarat. 
Saya   : AAA ( fikir sejenak ) Setahu saya memang tak perlu jemput kak.
Kak S : Nape nak aa aaa ..jawab je la..

Saya   : Jap kak nak fikir balik..sebab seingat saya memang tak perlu jemput akak pun. ( sampai sudah kak S tak puas hati dan condemn saya pasal lain pulak..tak larat nak cerita kat sini )
...


Nampak tak ..nampak tak...sampai saya aa pon tak boleh..tuan puan boleh bayangkan tak saya hadap orang macam ni kat tempat kerja saya hari-hari.. Diulang hari-hari. Katalah saya berkekalan kat sini ( which is never going to happens perhaps..please Allah help me) saya terpaksa tahan dengan perangai dua orang hamba Allah ni HA dan Kak S selama lebih kurang 10/11 tahun ( dorang sume pencen 56)... boleh dapat heart attack... tu belum cerita pasal Puan J lagi (";)..

Saya tak berniat nak buruk/aib sesiapa. Tapi ini lah yang saya hadapai setiap hari. Saya tak pandai nak menjawab dengan orang-orang macam ni. Saya kekadang rasa sedih sebab biarkan orang buat saya macam ni. Ok kita mengait untuk hilangkan stress.

xoxo

No comments:

Post a Comment