Friday, June 13, 2014

BOLA SEPAK Piala Dunia 2014

 Assalamualaikum

Yang dinanti-nantikan 4 tahun sekali --- BOLA SEPAK PIALA DUNIA 
Sekarang dah berlansung bola sepak piala dunia. 

Selepas pembukaan pagi tadi, berlansung sudah perlawanan pertama antara Brazil dan Croatia . Brazil memang 3 -1 ke atas Crotia.

Subhanallah hebat juga aksi Neymar di padang. Percubaan demi percubaan bertali arus oleh Neymar dan pasukan Brazil untuk menyumbat gol terutama selepas pemain no 6 Brazil telah tidak sengaja menyumbat gol sendiri ketika mahu mengeluarkan bola dari pemain Croatia yang menyepak bola melepasi hadapan kawasan gol pada minit ke 10. Minit ke 29, Neymar telah berjaya menyamakan kedudukan dan saya tertidur selepas masa pertama. Dan terjaga ketika penalti. Hahahah ya ampun mengantuk sangat. Malam yang sama tidur pukul 12 tengah malam selepas menonton KIDNAPPER hasil karya warga Singapura. Kisah penculikan di mana si penculik tersalah culik anak orang kaya. (^_^)


Budak poster Brazil, Neymar meledakkan dua gol sebelum Oscar melengkapkan jaringan ketiga yang menghadiahkan tuan rumah kemenangan dramatik 3-1 ke atas Croatia pada perlawanan pembukaan Piala Dunia, Kumpulan A di Corinthians Arena.

 Begitupun, jaringan kedua peribadi bintang Barcelona itu pada minit ke-72 menerusi sepakan penalti dianggap penuh kontroversi apabila pengadil dari Jepun, Yuichi Nishimura menyalahkan kapten Croatia, Dejan Lovren kerana menjatuhkan Fred sekalipun pemain itu dilihat sengaja merebahkan badan.
Apa pun, jaringan pertama Neymar yang dianggap bintang harapan tuan rumah pada minit ke-29 jelas menjadi pencetus utama kebangkitan Brazil selepas Croatia terlebih dulu di depan hasil jaringan sendiri Marcelo pada minit ke-11.

Selain menjadi gol pertama Piala Dunia kali ini, Marcelo yang juga tonggak gergasi Sepanyol, Real Madrid turut merakamkan rekod apabila bergelar pemain pertama dari Brazil yang meledak jaringan sendiri sepanjang kempen Piala Dunia.

Jentera pertahanan Brazil nampak goyah apabila Ivica Olic mudah berjaya melepasi beberapa pertahanan lawan termasuk kapten, Thiago Silva, sebelum melepaskan sepakan lintang rendah yang dikuis Nikica Jelavic sebelum Marcelo menampannya ke gawang sendiri membuatkan penjaga gol, Julio Cesar sekadar terpaku.

Namun, hasil gerakan cantik bersama Oscar, Neymar kembali mencetus riuh penyokong juara dunia lima kali itu menerusi gol pertamanya apabila rembatan rendah dari jarak 25 meter gagal dibaca penjaga gol, Stipe Pletikosa.
Dan ketika Croatia terdesak memburu jaringan penyamaan, Oscar yang juga bintang Chelsea menampilkan magisnya apabila dengan mudah memperdaya tiga pemain lawan sebelum melepaskan rembatan yang tepat ke gawang lawan pada minit terakhir perlawanan.

Dua gol Neymar pada perlawanan kali ini menambah jumlah jaringannya buat Brazil kepada 33 dalam 50 penampilan.

Kemenangan turut meredakan sedikit ketegangan yang melanda negara Amerika Selatan itu sebelum kejohanan terulung itu bermula apabila berlaku beberapa siri rusuhan keganasan yang membantah wang yang digunakan kerajaan bagi menganjurkan Piala Dunia. - Reuters  >>
sumber dari berita harian online


Ok saya share negara yang bertanding pada PIALA DUNIA kali ini.





Jadual perlawanan adalah seperti berikut



Keputusan terkini boleh tengok kat sini. Rajin budak ni update tau


 Kalau rajin isi la score masing-masing. Selamat menonton ya.


**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment