Saturday, July 16, 2011

Makan lagi : PULUT MANGGA



Salam

Jangan pula ada yang terkejut dengan isi dalam blog nih. Memang nama blog ni lebih mencerminkan blog kraf. Masak pon kraf jugak :D..Kalau nak tunggu saya siapkan hasil-hasil mengait, bersawang la blog ni kan. Jadi saya titipkan pula hobi saya yang lain di waktu lapang.

Sebenarnya saya teringin sangat nak makan mempelam harum manis yang kat Perlis tu.
Buat masa ini, memang tiada kesempatan nak pergi ke sana. Kalau berkaitan urusan kerja, saya memang pernah sampai ke Perlis, tapi masa tu bukan musim. Kalau tak sakan la saya makan pulut mangga n mangga berkilo-kilo. Suami saya memang suka makan buah mempelam. Kalau beli mesti berkilo-kilo. Yer la..makan mesti sama banyak dengan badan kannnnn . Hahahahaha

Ni en suami yang masakkan pulut . Bagi surprise pada bini montel dia yang baru je pulang dari perbincangan dengan rakan-rakan seperjuangan ( projek SE yang kene reject tu )


Ni cara-cara nya..

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 240gram beras pulut
  • 250ml santan
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji mangga masak (dihiris)

Cara-cara

  1. 1. rendam beras pulut semalaman
  2. kukus beras pulut hingga masak ( 25 minit )
  3. kemudian, masukkan pulut yang sudah masak ke dalam bekas dan campurkan santan bersama dengan gula dan garam. gaul hingga rata
  4. kukus sekali lagi hingga gula meresap ke dalam pulut
  5. alihkan beras pulut ke dalam bekas dan campur dengan santan. gaul rata
  6. kukus sekali lagi untuk seketika
  7. sedia untuk dihidangkan bersama dengan mangga


**ART IS A PASSION**

3 comments:

  1. belum pernah lagi mkn pulut mangga ni... selalu makan pulut dgn santan dan durian :)

    ReplyDelete
  2. aku pun x pernah makan,setau aku ni makanan org utara kan?

    ReplyDelete
  3. sape tak penah try bole try ...best gak makan pulut mangga nih. setakat yang aku tahu ,kedai makan kat pkns bangi tingkat bawah rimba klasik rasanya ada jual pulut mangga...

    ReplyDelete