Sunday, July 17, 2011

Makan lagi : Kerutuk Ayam



Salam

Macam biasa kalau hari cuti mesti nak rehat-rehat ..santai-santai..
Bila dan santai tu aktiviti makan mesti ada. Saya cuba masak kerutuk ayam ( kari pekat versi kelantan) . Menu pantai timur lagi...nak buat macam mana...nak menggembirakan suami....
Kerutuk ayam ni saya makan dengan pulut kuning n telur rebus :D baru ada kick!

Sebenarnya resepi saya cuba dari peket adabi kerutuk ayam/daging. Tapi resepi yang saya bagi ni pun boleh cuba kalau teringin . :D

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 6-7 ketul ayam (sy guna kepak)
  • 3 cawan santan
  • beberapa biji kentang ( sebiji kentang dibahagi 8)
  • 2 1/2 sudu besar rempah kerutuk (dicampur air sedikit)
  • 1 keping asam gelugor

  • Bahan Menumis :
  • 2 ulas bawang putih ♥
  • 1 cm halia ♥
  • 1 biji bawang besar ♥
  • 5 biji bunga cengkih
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 sudu besar minyak
  • garam dan gula seucukp rasa
  • ** semua bahan bertanda ♥ perlu dihiris nipis sebelum ditumis

Cara-cara

  1. Sediakan bahan2
  2. panaskan minyak, tumiskan rempah ratus (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis). tumiskan sampai naik bau wangi.
  3. masukkan halia, tumis hingga hampir garing. kemudian, masukkan bawang putih, dan sejemput bawang besar. tumiskan, jgn terlampau garing.
  4. masukkan rempah kerutuk. gaul sebati dengan tumisan tadi.
  5. masukkan ayam dan kentang, gaulkan dengan bhn2 dlm periuk td, hingga sebati. bile nampak bhn tumisan agak kering, tutup sebentar (guna penutup periuk) - supaya air2 dr ayam keluar.
  6. kemudian, masukkan asam gelugor, dan lebihan bawang besar. gaul sebati dengan ayam.
  7. bila sebati, masukkan santan, kacau sentiasa - untuk elakkan santan 'pecah'. masukkan garam dan gula secukup rasa. masak sehingga ayam dan kentang empuk. kacau perlahan2.
  8. boleh hidangkan dengan nasi putih. cicah dengan roti pn sedap juga!


**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment