Friday, July 15, 2011

Bila anak kita dipukul orang

Salam

BUkan anak saya yang dipukul...tapi anak kepada maksu saya. Hujung minggu yang baru berlalu , anak maksu saya merangkap sepupu saya yang berumut 17 tahun telah dirotan oleh suami jiran. Butir-butir kejadian tidak berapa diketahui malah motif utama sepupu saya dipukul juga tidak diketahui hujung pangkalnya.



Depan rumah atuk saya ( kawasan perumahan teres) ada pondok kecil yang dibina oleh seorang jiran yang lain. Pondok kecil ini agak selesa dan menjadi tempat main anak-anak saya setiap kali saya pulang ke kampung. Menurut mangsa kejadian ( bukan sepupu saya yang menceritakan perkara ini) anak kepada jiran yang lain, yang turut dipukul hingga timbul kesan darah, mereka lepak-lepak di pondok tersebut , dan didatangi si pukul pada lebih kurang jam 10.30 malam. Si pukul terus memarahi remaja dan kanak-kanak tadi kerana duduk di situ dan menghalau mereka agar jangan terus melepak. Malangnya mangsa-mangsa ini tidak berganjak lalu si pukul naik angin dan terus melibas rotan pada setiap mangsa yang lepak di pondok tadi.



Persoalannya siapa kamu sewenang-wenangnya memukul anak orang lain? Apa kuasa yang dia ada? Sekiranya mangsa bersalah sekalipun, tiada sedikit lansung hak beliau untuk naik tangan kan.... Huh .. bayangkan perasaan maksu saya...bayangkan perasaan atuk dan opah saya. Tiada lansung rasa hormat beliau pada atuk dan opah saya...sungguh menyedihkan..


**ART IS A PASSION**

1 comment:

  1. report polis aje... grenti masuk lokap, dlm tu nnti... polis akan blasah balik..opsss

    biar dia rasain

    ReplyDelete