Thursday, January 27, 2011

First post 2011

Salam 1Malaysia

Entri pertama di tahun 2011.
Ya dengan adanya entri ini menandakan sudah bermulanya cuti semester . Peperiksaan terakhir untuk semester 1 ini berlansung pada 13 Januari 2011. Selesai sahaja peperiksaan, saya pulun pula siapkan 2 tugasan yang perlu dihantar dan ada pula yang perlu dibentangkan. Malam tadi berlansungnya pembentangan. Saya terpaksa membentangkannya dengan kecut perut. Nyaris-nyaris pengsan kerana dalam masa yang sama, saya demam,batuk dan selsema. Kala itu, muka professor sungguh dalam keadaan yang tidak menyenangkan. Dalam ramai-ramai pensyarah saya,saya lihat pensyarah saya yang satu ini sangat-sangat tegas. Semua perkara dianggap serius. Tiada humor. Saya kurang selesa dengan cara beliau. Tapi apakan daya. Lain padang lain belalang. Lain orang lain caranya. Walaubagaimanapun, komen beliau terhadap cara pembentangan saya yang sungguh gugup itu kebanyakkannya adalah positif belaka. Cuma perlu dimantapkan di sesetengah-sesetengah bahagian. Isinya memberi informasi baru kepada beliau dan ianya menarik. Alhamdulillah..selesai satu bahagian. Lepas ni berdebar tunggu keputusan peperiksaan.

Ok...bila cuti sudah bermula, acara mengait dan menjahit pun bermula la kan. Saya mulakan dengan mengait sepatu bayi. Punya la lama tak mengait.Dalam masa 2 jam, 4 sepatu bayi saya siapkan, lansung mengait selimut untuk bayi pula. Sudah 25 % siap. Apabila selesai kelak, saya akan uploadkan ke blog ( itu sudah pasti ).Saya bercuti sehingga 6 Mac 2011. Yahoooo

**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment