Tuesday, March 15, 2011

Kuliah sudah mulaaa

Salam


Sebenarnya kuliah saya dengan rasminya sudah bermula sejak 7 mac yang lalu...namun saya tak berjaya lansung untuk ke kuliah pada minggu tersebut...sebelum meneruskan kenapa sebabnya saya tak hadir lansung...ye lansung tidak hadir...saya rasa para pembaca maklum ( ada ke pembaca blog saya yang serba kekurangan ini).. dengan adanya kuliah sem 2..maknanya..saya berjaya di sem 1..tak dpat cemerlang..tapi dapatla keputusan KEPUJIAN dgn cgpa 3.21..alhamdulillah....kene usaha kuat lagi kerana saya nak sangat masuk dalam suratkhabar dengan tajuk pelajar terbaik anugerah dekan ..hehhe....semoga impian saya menjadi kenyataan.

Ok berbalik kepada sebab kenapa saya tidak hadir..saya terpaksa pulang ke kampung halaman.Abah aka atuk ( kenapa saya panggil atuk saya abah nanti di lain entri saya cerita ) saya sakit dan menjalani pembedahan pada 10 mac...seminggu sebelum tarikh itu,abah dikejarkan ke hospital kerana mengalami muntah-muntah dan senak perut.( Saya balik juga waktu ini ..kecemasan kan...Kenapa abah jadi macam tu..sebab abah mengalami hernia atau angin pasang.Apa itu hernia. Secara amnya hernia ni bila usus besar dah masuk ke skrotum. Nak tau lanjut google aje yer. Selepas pembedahan..abah dah boleh balik ke rumah. Malangnya 2 hari selepas itu kami terpaksa bawa abah ke hospital semula.Abah sakit perut lagi. Abah di tahan lagi sehingga semalam... Saya terpaksa pulang ke Putrajaya.. Harus kerja..nanti bising pula bos.. Selepas ditahan lagi buat kali kedua...abah akan dibedah lagi pada 25 Mac ini dan saya akan pulang lagi ke Ipoh.

Lupa pasal kraf..Saya berjaya siapkan booties dan selimut ( 90 % siap).Nanti saya muat naik gambar .Rasanya sepanjang 3 tahun ini saya tak dapat nak update blog ,cerita pasal kraf saya setiap hari. Agak-agak seronok tak kalau saya share pasal kehidupan harian saya..sebagai pelajar,ibu dan pekerja gomen...hehehehe ce cite..ce cite...
**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment