Tuesday, June 16, 2015

Crochet Water Bottle Cover

 Assalamualaikum

Tempahan dari CIk Khairunnisa, Kajang.
Lama mencari individu yang boleh mengait sarung botol air.
Alhamdulillah kami dipertemukan di alam maya dan saya rasa senang sekali dapat mengait sarung ini untuk beliau.
Saiz botol muat sehingga dan sesuai untuk botol air jenis Tupperware yang bulat tu , 1 Litre.
Warna biru tua dan pink. Saya kombinasikan dan sesuaikan warna ini. Harap CIk Khairunnisa menyukainya.

Harga RM15 dan kos pos RM6, mengambil masa 2-3 jam untuk menyiapkannya. Rasa nak ada kuasa Flash untuk kait cepat-cepat sebab saya ada masa terluang masa hujung minggu sahaja. Kalau hari kerja, memang curi-curi masa nak mengait yang mana masa adalah terhad. Rasa nak jadi suri rumah sahaja. Boleh mengait dan menjahit secara sepenuh masa (^_^). Doakan ya



**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment