Friday, October 3, 2014

Bukan 20 sen yang jejaskan Rezeki tetapi Keberkatan.


Innalillahiwainailahirojiun - Bukan 20 sen yang jejaskan Rezeki tetapi Keberkatan.

Kecoh tak habis habis dan dari petang dok bercakap tak henti henti...siap sumpah seranah dan maki hamun...
Akhir sekali yang di maki cerca dapat pahala yang Tukang cerca menghina dapat dosa...amal semua hangus entah kemana...balik Akhirat jadi papa kedana...

Statement aku yang kat atas tu bagi mereka yang berfikir pakai iman dan amal lah, bukan bagi mereka yang berfikir pakai logik akal sejengkal tanpa iman dan amal.

Bhai...semuanya bukan sebab naik 20 sen yang akan menjejaskan rezeki hari hari tetapi Tiada Keberkatan lah menyebabkan manusia semua menjadi keluh kesah pasal rezeki...

Dalam satu Bayan Burzuk yang aku ingat...kata beliau..
"Oleh kerana manusia tiada yakin yang betul kepada Allah maka manusia telah buat usaha keatas benda...sebagai contoh untuk dapat rezeki yang lebih maka kerja tambah masa diperlukan...dari 8 jam menjadi 12 jam usaha keatas kebendaan...kemudiàn 12 jam pun tak cukup maka kita kena tambah lagi masa...kumpulan yang kerja siang balik maka kumpulan yang kerja malam akan masuk...dengan kata lain kerja 24 jam...Shift

Masalah pokok ialah bukan sedikit atau banyak tetapi masalahnya cukup atau pun tidak...dan itu lah yang dikatakan Keberkatan...

Bagi mereka ada Keyakinan pada Allah maka sudah tentu lah mereka selesaikan masalah dengan amal dan bukan dengan logik akal...

Masing masing semak lah balik kenapa jadi begini, bukan harga naik 20 sen tetapi Allah tarik Keberkatan Rezeki dari umat Islam di Malaysia ni dengan perantaraan minyak dan manusia...

Cerita Naik 20 Sen
Sedikit pon rezeki kita tidak akan terjejas..walaupun mnyak naik ... Rezeki ini rahsia Allah SWT ... Bukan dengan naik turunya minyak...!!!

Janji Allah SWT tak penah mungkir dan tak pernah tipu.
Nabi SAW bagitau baca Yasiin lepas subuh Allah SWT akan cukup kan keperluan , jaga Dhuha jaga waqiah , stakat minyak naik 20 sen Allah SWT boleh naik kan juga rezeki kita berganda ganda...tetapi dengan syarat...iman dan yakin kita kena betul dan amal soleh kita kena lah berganda ganda juga..
Nilai keperluan hidup dan belanja harian bukan bergantung kepada ekonomi dunia tetapi semua bergantung dan berhajat kepada Allah SWT ...

Allah SWT telah berjanji sesiapa yang jaga solat 5 waktu secara berjemaah maka Allah SWT akan beri 5 ganjaran ... Salah satunya di dunia lagi Allah SWT akan berkati rezekinya ...
Naik la banyak mana pun minyak tu ... Kalau Allah SWT dah buat keputusan untuk letak kan keberkatan pada rezeki maka kita smua akan rasa mencukupi ...
Bila kita tak menjaga perintah Allah SWT tu yang jadi pening lalat fikir nak cari duit, akhirnya perintah Allah SWT pun tinggal kerana sibuk sangat nak kejar duit kononnya tak mengcukupi...
Syaitan akan cuba sedaya upaya untuk rosak kan iman yakin mnusia ...
Masa ini lah pejuang dan Daie daie agama kena brtul kan fikir dan iman yakin umat ... Bukan kita nak layan penipuan syaitan ...

Cara mengatasi harga minyak naik

  • Jaga solat fardhu berjmaah
  • Selalu sedekah
  • Tiap hari baca surah Waqiah
  • Selepas subuh amalkan untuk membaca Yaasin
  • Hati dan lidah sentiasa berzikir
Gerenti punya, Sebab janji Allah SWT tak pernah tipu dan tak pernah mungkir ...
Yakin kah kta ? Kalau msih ragu ragu kena bersyahadah balik ...

Sebenar nya isu harga minyak naik ni adalah amaran daripada Allah SWT agar kita tambah kan lagi amal dan jangan sandarkan rezeki kita pada gaji dan pendapatan bulanan kita ...

Setiap masalah ada ubatnya Masalah minyak pun ada ubatnya ... Sebaik baik ubat adalah amalan yg soleh ....
Tak boleh nak cakap lebih lebih Bhai, nanti bagi mereka yang tak faham depa akan maki aku plak nanti kang...
Ni kalau aku kata, " Hilang 20 sen,sedekah la 50 sen" terus depa chop aku gila...hilang akal atau macai...Hahaha
Oh yer...!!! lupa nak bagitau Bhai...aku ni bukan orang politik...UMNO bukan...PR bukan...PAS bukan....DAP jauh sekali leer...

Jadi baik tak payah berdebat lah dengan orang yang tak mengaji ni...buat gelap hati dan zulmat jer.
Wallahualam - dr fb ALI RUSSIA

**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment