Monday, June 16, 2014

Pusat Perlindungan Kucing Putrajaya

Assalamualaikum

Minggu akhir cuti sekolah. Bawa anak-anak termasuk anak-anak jiran melawat Pusat Perlindungan Kucing di Putrajaya.

Tujuan utama selain mengisi masa cuti yang berbaki lebih kurang dua hari sahaja lagi, adalah untuk menyelidik ( ewah ) tempat ni. Area rumah saya di Presint 14E ni asyik ada orang buang kucing. Posting lalu saya ada cerita kan pasal kucing-kucing ni. Anjing pun ada. Anjing saya cerita lain kali. 

Pasal kucing ni si KIKI yang saya jaga n bagi makan seadanya dari dia masih kitten sampai la dia pon dah beranak. Anak-anak KIKI makin membesar dan lasak. Saya risau dilanggar kereta. Jadi saya survey la satu-satunya pusat perlindungan kucing yang ada ni. Untuk pengetahuan anda semua, hanya warga Putrajaya sahaja yang boleh hantar kucing di sini. Kalau nak ambil  warga luar Putrajaya dibenarkan.

Kami datang sini pada hari Sabtu 15 Jun. Tapi datang pukul 2.30 petang dan sudah melepasi waktu melawat. Jadi melawat di luar pagar sahaja. Jadi pada hari Ahad kami datang lagi. Kali ni awal la sedikit pukul 9.30. Pintu pagar masih belum dibuka. Selepas beberapa panggilan telefon dibuat, baru la ada penjaga yang buka pintu. Baru bangun tidur dan sangat cengih ok.

Penjaga yang boleh dihubungi, waktu melawat dan peraturan pusat ni.


Suami : Assalamualaikum...boleh masuk tak ni. Kami nak lawat ni
Penjaga : Guano nok masuk, tok buko lagi ( sambil buka mangga pagar )
Suami : Astagfirullah, sebab tu la kawe tanyo doh demo buko lambat. Tulih pukul 8, pukul 9 tok buka lagi!
Penjaga  buat muka kelat
Anak-anak ( 7 orang semuanya ) menyerbu masuk macam kambing terlepas kandang. So exicted

Ok. Pusat ni terletak betul-betul sebelah flat hijau di Putrajaya. Alamat P9B/2, Presint 9. Kira depan kolam najis tu betul-betul berhadapan dengan simpang masuk di  sebelah kanan( kalau kiri memang masuk kolam kui kui kui ) Kemudian terus aje sehingga penghujung jalan.







     
Pusat ni terbahagi kepada dua bahagian.Bahagian berbumbung dan bahagian tidak berbumbung/ separa berbumbung seperti dalam gambar.  Bahagian ini dipisahkan dengan pagar berkunci  seperti dalam gambar di bawaha. Bahagian berbumbung menempatkan kucing-kucing yang mendapatkan rawatan termasuk anak kucing yang baru lahir/ berusia 1-3 bulan. Di samping itu di bahagian ini terdapat juga kucing-kucing yang cantik milik pusat ini. Kesemua kucing-kucing ini ditempatkan di dalam sangkar.








Gambar di bawah menunjukkan kucing di bahagian tidak berbumbung/separa berbumbung. Bahagian ini menempatkan kucing yang agak sihat. Kawasan lebih luas






Kawasan tidak berbumbung/separa berbumbung - untuk kucing agak sihat lepas bebas. Kawasan ini agak kotor sebab penuh dengan najis kucing. Anak-anak dibenarkan masuk ke kawasan ini dengan pesanan oleh saya

" Sape terpijak najis, balik sendiri naik bas "


Gambar ihsan dari GOOGLE




  Anak kucing ni kedua-dua belah matanya sakit.  Menurut penjaga pusat ini, ada doktor haiwan yang datang melawat/ merawat kucing-kucing di sini. Dan masa saya melawat, ada tiga ekor anak kucing telah mati.



 Oh ya kebanyakan kucing yang ada di sini adalah kucing betina. Hanya ada beberapa ekor kucing jantan ( seronok kucing tu kih kih kih ).  Kucing-kucing ini juga amatlah manja. Semua akan datang pada kita menggeselkan badan, menghulurkan tangan/kaki ( akak confuse ). Yang agak menyedihkan, persekitaran pusat ini agak tidak terurus/kotor/berbau busuk kerana najis kucing yang dibiarkan tanpa diletak pasir terutama di dalam sangkar kucing. Keadaan begini mengundang penyakit pada penghuni-penghuninya.

 Saya dapat merasakan bau najis kucing ni mesti dihidu penduduk-penduduk sekitar sebab kedudukan pusat ini betul-betul di sebelah flat hijau dan berhadapan dengan kawasan perumahan teres. Namun begitu, jika difikirkan dari sudut positif, betapa bersyukurnya ada pusat-pusat seperti ini untuk menyelamatkan nyawa-nyawa binatang kesayangan Rasulullah ini.

Sukarelawan amat diperlukan di pusat ini. Kalau ada masa terluang, datang la beramai-ramai. Boleh bersihkan kawasan ini untuk menjamin kesihatan penghuni-penghuni di sini. Adik-adik di tahun akhir pengajian universiti, kalau nak buat projek insaniah, boleh la pakat-pakat buat paperwork  : Bersihkan Pusat Perlindungan. Seronok ni main dengan kucing dan bersihkan rumah mereka. Saya juga menyeru pelajar-pelajar veterinar/ doktor terlatih datanglah ke sini. Rawatla kucing yang ada ni. (T_T)


Hmmm.. Nampaknya rancangan nak hantar KIKI dan anak-anak ke sini nampaknya terpaksa ditangguh...xoxo

Lagi berita pasal pusat ni di sini

**ART IS A PASSION**

5 comments:

  1. memang tempat ni neraka kucing, Tengku Adnan dulu yang buka tempat ni, ada duit peruntukan tapi penjaga tempat ni biadap dan kurang ajar, bukan saja tempat kotor tp nak masuk tengok kucing untuk diambil pun x boleh, tak boleh masuk langsung.. nak cakap tak ikut masa lawatan, tengok notis dibenarkan dan memang betul la waktu masa datang tu, penjaga tu mmg biadap.. entah apa yang disembunyikan dia dalam tu, tgok dari luar nampak banyak kucing yang kurus dan mcm sakit, ruang blkg semak samun, siap ada ayam dgn itik lagi, ini pusat ternak ayam itik ke? ramai orang dah tau ini neraka kucing. tak tahu la apa nasib kucing dalam ni.. Allah jua yang membalas apa yang penjaga pusat ni buat dan perlakukan.

    ReplyDelete
  2. Saya tak tahu plak tempat perlindungan ni mcm neraka. Kesian kucing2 tu. Tak berperikemanusiaan. Takde sifat sayang kat binatang. Ni dia biar je kucing tu sakit dan mati. Ni jaga sebab dapat duit je. Kalau tak suka jaga kucing, pegi carik keje lain. Seksa binatang. Moga Allah membalas apa yg penjaga ni buat. Sapa2 boleh tolong report and viralkan pada pihak Veterinar. Please tukar penjaga tempat ni n kalo ada dana, improve tempat ni and boleh bagi sumbangan untuk kucing2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dari lama dah penjaga botak ni bersikap kasar dengan pelawat, harapnya dia diberhentikan dari menjaga kucing kucing tu. Hairan lah majoriti memang bnyk komplen mengenai penjaga tu, tapi kenapa dia masih ada disitu.

      Delete
    2. Sebab takde siapa nak buat kerja tu. Even yang ada kucing sendiri pun ada yang tak sanggup nak jaga kucing mereka dan hantar ke sini.

      Delete
  3. Tolong Report pada pihak berkuasa tentang tempat ni dan penjaga ni. Tolong jaga sbb dapat dana. Tengku Adnan bagi duit, dok masuk tekak dia, bukan untuk kucing. Doa harap la penjaga ni mmg tak selamat la hidup kau dan keluarga kau.Allah itu Maha mengetahui. Please Report them to Authority

    ReplyDelete