Thursday, June 12, 2014

Pasal Cek

Assalamualaikum..


DOk gugel2 cari pasal cek. Saya pon tak berapa mahir pasal cek. Sekarang dah mudah nak bank in cek..sebab dah ada mesin deposit cek tu. Tapi saya selalu confuse no cek yang mana ( zaman2 belaja dapat cek mara)...

Sekarang mudah. Hanya isi no akaun, nama, no tel kat belakang cek. Masa guna mesin deposit cek tu ( ada dua jenis) samada terus masukkan cek... atau satu lagi masukkan butir-butir sendiri ( no akaun, jumlah) dan masukkan cek.. tunggu la dua hari at least depend pada cek dan akaun nya..

Maybank - Maybank = 2 float days

Bank lain - CIMB = 2 float days

CIMB - CIMB = 1 hari ++ ( kalau bank in hari ni sebelum 12, esok lepas kul 3 dah boleh amik duit )

 Maksud Cek  

-         Dokumen perintah bertulis
-         oleh penyimpan akaun semasa
-         kepada pihak bank dan mengarahkannya untuk membuat bayaran
-         sejumlah wang tertentu
-         pada tarikh tertentu
-         kepada menerima atau pembawa cek apabila dituntut.


Pihak-pihak Dalam Sekeping Cek

·                     Pesuruh bayar    -        bank yang mengeluarkan cek
·                     Penyuruh bayar  -        orang / pihak yang menandatangani cek
·                     Penerima           -        orang / pihak yang menerima bayaran
[orang / pihak yang namanya tercatat pada  cek]

 

Jenis Cek

-         terdapat dua jenis iaitu;
·                     cek terbuka
·                     cek berpalang

  

Cek Terbuka

-         ada dua jenis iaitu;
·               Cek Pembawa
-               ada perkataan “atau pembawa” yang tidak dipotong
-               cek ini boleh ditunaikan di kaunter bank oleh penerima atau                     sesiapa sahaja
-               nama penerima boleh diganti dengan perkataan  “Tunai” 
-               cek ini tidak selamat
·               Cek Perintah
-               perkataan “atau pembawa” telah dipotong
-               boleh ditunaikan oleh penerima di kaunter bank dengan menunjukkan kad pengenalan
-               boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima
-               masih kurang selamat

Cek Berpalang

-         cek yang mempunyai dua garisan selari melintangi permukaannya sama ada ditengah-tengah atau di penjuru atas sebelah kiri
-         cek tidak boleh ditunaikan di kaunter bank
-         mesti dimasukkan ke dalam akaun bank
-         cek ini lebih selamat
-         ada tiga jenis iaitu;
·               Cek Berpalang Am
-      ada 3 jenis iaitu dalam palang;
à      tidak ditulis dengan sebarang perkataan
à      ada perkataan  “& Co.”
à      ada perkataan “Tak Boleh Niaga”
à      tidak boleh dipindah milik

·               Cek Berpalang Khas
-               penerima cek mesti memasukkan cek ini ke dalam akaun bank yang dinyatakan dalam palang

-               contoh:
·                     jika dalam palang ada tulis “Maybank”
à    penerima cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya di mana-mana cawangan Maybank

·                     jika dalam palang ada tulis “Maybank , Tapah”
à      penerima cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya hanya di Maybank Tapah.


Perbezaan Cek Terbuka dengan Cek Berpalang


CEK TERBUKA
CEK BERPALANG
1.  Tiada garisan selari pada muka cek         
1.  Ada dua garisan selari pada muka cek        
2.  Boleh ditunaikan dikaunter bank
2.  Mesti didepositkan dalam akaun

3.  Tidak selamat                             

3.  Selamat kerana cek boleh ditahan pembayaran          

Sebab Cek Berpalang dibuat  

-         Penyuruh bayar tidak mahu cek itu ditunaikan
-         Cek hendak dimasukkan kedalam akaun bank tertentu
-         Untuk menjadikan cek lebih selamat
-         Apabila penerima tidak mahu cek terbuka

Kelebihan Cek sebagai alat pembayaran  

-         Mudah digunakan kerana boleh guna untuk sebarang nilai
-         Tidak perlu mengira wang tunai
-         Boleh dihantar melalui pos
-         Selamat  kerana tidak perlu membawa wang tunai
-         Selamat digunakan kerana telah berpalang / elak risiko kecurian
-         Sebagai bukti pembayaran
-         Boleh tangguh pembayaran dengan penggunaan cek bertarikh hadapan
-         Murah jika dibandingkan dengan cara bayaran lain
-         Boleh batalkan pembayaran

Kekurangan  Cek sebagai alat pembayaran 

-         Cek bukan wang sah
hanya boleh digunakan jika penerima mahu menerimanya
-         Lambatkan proses terima wang
penerima cek terima wang bila cek telah ddijelaskan
-         Penerima cek perlu bayar komisen
-         Boleh berlakunya penipuan / pemalsuan
kerana butir dalam cek boleh dicetak / tanda tangan boleh ditiru
-         Penerima cek terima cek tak layan
hutang tidak dapat dikutip / peniaga rugi

 

Lain-lain Jenis Cek

 Cek Bertarikh Hadapan
-         cek yang ditulis dengan tarikh akan datang                                       
-         contoh: cek dikeluarkan pada  7.1.2004  tetapi ditulis dengan tarikh 31.1.2004
-         penerima akan hanya terima bayaran pada atau selepas tarikh matang
-         dalam contoh di atas penerima akan hanya menerima bayaran pada atau selepas 31.12.2004
-         sebelum tarikh matang, cek ini menjadi cek tak laku

 

Cek Mati

-         cek yang tempoh pembayarannya telah tamat
-         biasanya cek bank perdagangan laku dalam tempoh 6 bulan manakala cek Bank Negara laku dalam tempoh 3 bulan dari tarikh cek dikeluarkan
-         contoh: Cek Bank Negara yang dikeluarkan pada 1.1.2004 akan menjadi cek mati mulai pada  1.4.2004

 

Cek Dalaman

-         cek yang  dikeluarkan kepada penerima yang juga mempunyai akaun di bank yang sama dengan penyuruh bayar
-         cek boleh ditunaikan serta merta dikaunter bank

Cek Bertanda

-         penerima cek dijamin akan menerima bayaran sehingga tarikh tertentu
-         perkataan “Baik untuk pembayaran sehingga  ………..” akan ditulis pada muka cek
-                                 contoh: “Baik untuk pembayaran sehingga 3.3.2002”  [penerima cek dijamin akan mendapat bayaran sehingga tarikh 3.3.2002]

Cek Kosong

-         cek yang telah diisi maklumat dengan lengkap dan ditanda tangani KECUALI amaun jumlah dalam perkataan dan angka
-         cek ini digunakan apabila penyuruh bayar tidak tahu jumlah bayaran yang sepatutnya dibayar kepada sidibayar
-         sebagai langkah keselamatan, perkataan “tidak melebihi  RM…….” akan ditulis pada cek

Cek Tak laku  

-         cek yang tidak diterima oleh bank untuk pembayaran
-         sebab cek menjadi cek tak laku:
·         cek bertarikh hadapan
·         cek kotor/rosak/koyak
·         cek kosong
·         cek mati
·         jumlah dalam angka dan perkataan tak sama
·         baki dalam akaun penyuruh bayar tidak cukup
·         penyuruh bayar mati / gila / muflis sebelum cek ditunaikan
·         tiada tanda tangan penyuruh bayar
·         penyuruh bayar membatalkan cek yang dikeluarkan
·         tanda tangan pada cek tidak sama dengan kad contoh tandatangan

 

Kebaikan Cek berbanding Kad Kredit  

-         Cek mudah digunakan kerana tidak mengunakan alat teknikal
manakala Kad kredit perlukan alat khas atau untuk perniagaan tertentu      sahaja.
-         Cek boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa mengikut waktu perniagaan
manakala Kad kredit mengikut waktu perniagaan
-         Cek tidak ada had jumlah kerana tidak ada kredit limit
manakala Kad kredit ada kedit limit yang berdasarkan pendapatan pemilik
-         Cek selamat digunakan kerana boleh dipalang atau boleh ditahan pembayarannya
manakala Kad kredit tidak boleh dibatalkan
-         Cek boleh keluar cek lewat tarikh dan dapat kredit tanpa caj
manakala Kad kredit kena caj.

 

Kebaikan Cek Kembara Berbanding Cek  

-         Cek Kembara boleh ditunaikan dimana-mana bank di luar negeri
manakala Cek hanya boleh ditunai sekiranya bank (pesuruhbayar) mempunyai cawangan di luar negeri.
-         Cek Kembara diterima oleh pelbagai pihak selain bank
kerana terjamin pembayarannya
oleh itu boleh ditunai bila-bila masa
manakala Cek hanya di terima pihak bank sahaja
dan boleh ditunai pada waktu pejabat sahaja.
-         Cek Kembara mudah ditunaikan/serta merta
manakala Cek perlu tempoh penjelasan/lambat
-         Cek Kembara laku sepanjang masa
manakala Cek mempunyai had tempoh lakunya/contoh 3 bulan




**ART IS A PASSION**

76 comments:

  1. boleh x buat pengertian tentang mesin deposit cek

    ReplyDelete
  2. Kalau cek dr yayasan utk bljr brp lama ye tmpoh dia?

    ReplyDelete
  3. Nak tanya sikit
    Boleh x
    Saya amek barang dahulu
    Pada tarikh cek saya tulis 26hb
    Boley ke mcm tu
    Sebab xda modal

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bole rasanya...nanti jadi cek tendang pulak

      Delete
  4. Kalau bank islam-bank islam berapa hari??

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1-2 hari ..kena tanya bank

      MBB - MBB = 2 hari
      CIMB - CIMB = 1 hari

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. sy dapat cek palang ,dapat cek yg perlu di masuk kan ke dalam akaun atas nama sendiri dahulu tetapi pada masa sama saya tak boleh buka apa apa akaun bank atas sebab blacklist boleh tak jelaskan pada sy macam mana cara untuk saya selesaikan masalah ni...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hubungi bank..setiap bank ada t n c masing-masing

      Delete
  7. kalau cek dri hong leong ke maybank float 2 hari jgak ke?? sya msukkan hari sbtu...bila boleh clear ye

    ReplyDelete
  8. kalau dekat palang tu kita sign bmakna terus bleh cashkn hari tu ke

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. kalau cek itu salah nama dan boleh tak nama itu dibatalkan dengan 1 garisan batal dan digantikan dengan nama baru diatas

    ReplyDelete
  11. kalau cek itu salah nama dan boleh tak nama itu dibatalkan dengan 1 garisan batal dan digantikan dengan nama baru diatas

    ReplyDelete
  12. Untk renew buku cheque maybank kita perlu isi form yg ad dlm buku cheque kn..tpi jika form tsebut hilang..bagaimana ye untk renew buku cheque yg baru?

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. 4500 cek palang yg ade 2 sign bleh x dtunaikn

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh as long as ada nama palang tu atas nama you

      Delete
  15. Saya cek public,masuk ke akaun cimb bank..bila boleh dapat duit tu

    ReplyDelete
  16. Kalau dekat cek saya tidak tulis perkataan 'SAHAJA',cek Itu jadi cek batal ke? Atau Masih BOLeh guna

    ReplyDelete
  17. Assalam .. Nak tanya kalau kita depositkn cek maybank ke akaun cimb . Tp terlupa tulis nama dan no akaun kt blkg cek . Takde masalah kn ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Nak tanya ada masalah ke if terlupa tulis details belakang cheque tu? Tp saya deposit kan melalui kaunter.

      Delete
    2. call bank..nanti bank tak tau nak masuk kat akaun sapa

      Delete
  18. Salam, nak tanya, untuk isikan ruangan kosong dibelakang cek tersebut ada ruangan Tanda Tangan, Perlukah untuk menanda tanganinya ?

    ReplyDelete
  19. Cash cek cimb ke acc Maybank kenapa tak clear lagi hampir Satu minggu

    ReplyDelete
  20. Nak tanya kalau cek tu salah nama kat bahagian belakng tapi bahagian depan betul.. No acc pun betul Bank akan reject ke?

    ReplyDelete
  21. Klaw cek muamalat akaun cimb berape lama

    ReplyDelete
  22. Nak tnya kalo cek cimb ke maybank berapa lama. Tp saya lupa tulis nama di depan. Di blkg semua lengkap.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Bolehkah saya batalkan cek yg saya sudah keluar sebelum 3hari dlm pengurusan

    ReplyDelete
  25. Klu cek hilang ..orang yg jumpa cek tu boleh kah dia tunaikan cek tu masukkan ke akaun dia..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh sebab cek tu dah tulis nama kita, dah palang

      Delete
  26. Cek cimb akaun penerima maybank tp sy tersalah msk pd mesin cimb... Blh ke sy dptkn smula cek @ mcm mna.?

    ReplyDelete
  27. Cek cimb akaun penerima maybank tp sy tersalah msk pd mesin cimb... Blh ke sy dptkn smula cek @ mcm mna.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, sila berhubung dengan bank berkenaan.

      Delete
    2. salam. sy pun jadi macamni. tersilap masuk bank lain. apa tindakan yg bank buat ya. boleh dapat terus ke cek tu balik? harap dapat balas

      Delete
  28. Nk tye cek maybank masuk ke bank rakyat clear brape hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya 2 hari dah clear kalau cek dari bank berbeza

      Delete
  29. Sudah terima check dari i- lestari bernilai RM 500.00 check dari bank rhb bank.tapi sudah deposit mesin transfer akaun cimb sudah 12 belum masuk kredit cek rhb cek..kenapa yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik semak semula dengan bank tempat cik depo cek itu. Mungkin cek itu ada masalah atau akaun cik yang ada masalah

      Delete
  30. Kalau cek tamat tempoh apa perlu buat ye

    ReplyDelete
  31. cek yg melebihi rm80000 dn sekian²,ade dua tanda tangan,boleh jadikan tunai di kaunter bank tak agak²

    ReplyDelete
  32. Kalau kita masukan cek deposit..dibank yg berbeza.. contoh.cek maybank.masukan kan ke mesin agro bank..akaun BSN..macam mana ye..

    ReplyDelete
  33. Nak tanya..cek atas nama kawan ic hilang.dia sjrg dlm penjara.boleh ke sy nk cashkan cek kwsp dia

    ReplyDelete
  34. Salam saya nak Tanya saya dapat check May bank saya masuk check Tu ke CIMB Bank tp lupa nak tulis Nama dan no acc macam mana ya?

    ReplyDelete
  35. Sy nk tnye.sy buat pinjaman.duit ada savings.. Tapi die tulis 1day float

    ReplyDelete
  36. slmat pg sy ign btya cek dr rhb ke agrobnk.dari hari jumaat ..rsanya bila blh masuk .. kalau memang urgent sgt2. blh ka bincang dgn pihak bank

    ReplyDelete
  37. slmt pg sy nk tya skiranya cek ilestari rhb ke agrobank berapa hari ya dari hari jumaat ..
    sekiranya dah 4 hari x masuk tapi kita betul2 terlalu urgent nk guna duit boleh ke bank agro minta dipercepatkan tak?

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum hai,sy cek dari luar negara sudah tunggu 5 minggu untuk diclearkan cek tu, bila agak2nye ye sy dapat duit dari cek tu masuk ke account maybank?

    ReplyDelete
  39. Salam nak tanya contoh kita buat akaun bank tempat lain tapi nak buat buku cheque tempt lain boleh ke?

    ReplyDelete
  40. hi , nak tnya.. semalam sy masukkn cek dr rhb msk ke akaun cimb.. sebelum kul4 ptg. malam tu duit dah masuk akaun cimb. tapi xbole guna lg sbb dlm current balance. knp ye. ? current balance tu dia hold duit kita dlu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong jawab plz, sbb saya pon ada masalah yg sama

      Delete
    2. Salam, nak tanya buku cek ada tamat tempoh ke sebab buku cek saya dh 7 tahun belum habis lagi sbb jarang2 guna. Bukak 2013 now boleh guna lagi ke buku cek tu?

      Delete
  41. Sy nak tanye mcmane sy nak cash kan cek apabila kompeni letak nama sy tapi sy tiada akaun bank sebab nama sy sudah bankrupsi...bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nih mesti dapat cek dari karambunai cek utk si mati....kan kan..boleh ja kalo ada atau pembawa

      Delete
  42. Klau orang lain means ayah deposit kn cek kita kt kaunter leh ke...sbb kt cawangan bank tu xde mesin cek deposit

    ReplyDelete
  43. Nak tanya kalau cek jurubank kwsp terlebih tempoh 3 bulan ada cara tak nak tunaikan?

    ReplyDelete
  44. Saya nak Tanya.... Syarikat saya ada keluar kan cek kepada pembekal.... Masalahnya cek tersebut mesti ditandatngani oleh 2 org... Tetapi seorg penandatangan terlupa dan pembekal dan bank in Di mesin cek. Adakah cek itu terbatal....

    ReplyDelete
  45. saya bantu masukkan cek kedalam akaun mak, selepas seminggu ..masih tiada jumlah wang yg ditunaikan dalam bank mak.. so mcmne dan ape sy perlu lkukan

    ReplyDelete