Thursday, June 12, 2014

Jun....tolong la..sesiapa..selamatkan saya

Assalamualaikum

Alhamdulillah... dah masuk bulan Jun 2014. Pejam celik pejam celik, dah 4 bulan kat KKM. Rasa cam 4 tahun punya la lama hahahahah. Setiap hari hanya jasad yang datang kerja. Hati dan perasaan masih lagi di opis lama. Rasa menyesal terbit di hati memohon untuk bertukar. Benarlah kata pepatah. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Akibat mengikut perasaan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...waaaaaaaaa

Atau

Allah dah takdirkan saya akan keluar juga dari JKDM, timba pengalaman baru di tempat lain. Ye la dah 11 tahun..lama dah.. 

Di tempat baru, kawan memang tiada. Masing-masing buat hal sendiri. Sarapan pagi semua beli dan makan di tempat sendiri. Tiada pantry besar atau bilik makan besar macam di pejabat lama. Kalau di pejabat lama aku ada CT, Nora dan Faiz untuk bersenda gurau, merujuk apa yang perlu, berjalan ke sana ke mari... di sini aku terperuk aje di cubicle yang sempit. AKu yang sedia pendiam makin bisu di sini. Pandai-pandai la buat ayat ( sementelah kerja utama aku di sini ialah buat minit mesyuarat). Bos pun ada 3..mereka akan betulkan ayat tu nanti seperti selalu.

Kerja makin menimbun dari mengelolakan latihan ICT untuk pegawai di ibu pejabat sehingga la ke hospital dan jkn sehinggalah mencetak laporan dalam bentuk A3 malah menghantar peringatan mesra pada pegawai-pegawai berkaitan untuk hadir mesyuarat. Tidak dilupa saya juga jadi pra juruteknik - memasang komputer riba dan lcd setiap kali mesyuarat dan memastikan ada makan minum untuk mesyuarat tersebut. Berjalan laju ke sana ke mari setiap kali mesyuarat untuk memastikan keperluan bos-bos dipenuhi..Susah hati bila mesyuarat dibuat waktu petang. Dah la berkejaran ambil anak di sekolah ( Hijjaz pukul 1.35  petang, Aisyah pukul 1.05 petang ), berkejaran pula datang ke opis, berkejaran pula  nak siapkan keperluan mesyuarat..kalau cerita pada bos pon, mahukah mereka menerima dan yang penting memahami keadaan saya ni - TIDAK!!! )


Natrah  sila bawa barang-barang saya
Natrah notebook ni rosak, kenapa tak check sebelum ambil/pasang
Natrah kenapa tak bawa slide agenda
Natrah order makanan untuk meeting, tak nak buffet..nak hidang
Natrah saya nak pergi pump sekejap
Natrah saya sejuk ( sambil pegang tangan saya ) , Natrah ni panas je.. ( saya gemuk bos - dalam hati )


Owh.. hari-hari dilalui macam robot. Tiada lagi keserononakan bekerja. Pergi kerja, balik kerja. Setiap kali menghampiri hari Jumaat, hati meronta riang gembira. Setiap kali ada cuti umum, Ya Allah seronoknya tidak terperi.


 NATRAH 
120614 ( yey esok dah jumaat)






**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment