Tuesday, March 25, 2014

MH370 Terhempas?

Assalamualaikum

Lewat malam semalam , tanggal 24 Mac 2014, seluruh dunia dikejutkan dengan berita mengenai pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014. 

Mengikut pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Malaysia , Dato Seri Najib Tun Razak, analisis yang dibuat oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan menunjukkan penerbangan pesawat tersebut berakhir di tengah Lautan Hindi, selatan Perth , Australia ( 2500km)

Peratus penumpang yang dijangka selamat 0% berikutan keadaan Lautan Hindi yang sangat bergelora. Malah selama ini pun dikhabarkan bahawa lautan tersebut bukan merupakan laluan untuk kapal dagang mahupun pesawat sehingga ia dikenali sebagai 'Lonely Sea'. Pencarian yang dibuat oleh 26 negara pun hanya boleh dibuat sekitar 2 jam sehari sahaja kerana keaadan tersebut.

Pendapat saya, selagi bangkai pesawat  dan kotak hitam tidak ditemui walaupun mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun. Saya masih menaruh harapan , penumpang-penumpang tersebut selamat dan telah berjaya mendarat di tempat lain. Saya rela mempercayai pesawat tersebut dirampas dan saya mahu percaya semua penumpang berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Saya mahu percaya objek-objek yang ditemui di Lautan Hindi itu adalah dari pesawat lain .

Hanya Allah yang tahu... 
Kita terus berdoa...



**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment