Tuesday, January 21, 2014

Salam perpisahan


Assalamualaikum

Tinggal beberapa hari sahaja lagi di JKDM. 11  tahun kat sini.
Sayu je rasa . Allah SWT sahaja yang tahu.
Harap keputusan yang aku buat ni tepat.

Sebenarnya nak pindah dah lama. Dari tahun 2009 lagi. Dapat rezeki naik pangkat tahun tu. Dan dalam masa yang sama, ramai pula yang keluar. Kasihan pada bos. Yang masuk semua pegawai baru.
Bekerja di JKDM, sistem yang ada melibat kan prosedur dan akta bagi setiap validasinya. Manakan mungkin sehari boleh dipelajari. Aku dah 11 tahun pun masih bertatih-tatih memahamkan selok beloknya.

Masih samar lagi tugas baru aku nanti di KKM. Risau juga kalau perlu bekerja di luar kawasan Putrajaya. Setiap hari aku perlu ambil anak di sekolah. Nak upah pemandu van atau meletakkan anak-anak di transit dah di luar kemampuan pula. Duit yang ada pun dicatu sebaiknya. Allah ...semoga Kau mudah kan urusan ku.

Bisnes..hmmm..tak pasti lagi boleh cari makan ke tidak. Di opis lama sendiri pon suam-suam kuku sahaja jualannya. Ikutkan hati malas dah nak aktif meniaga. Baik aku tumpukan pada mengait dan anak-anak sahaja. Suami buat bisnes baru DOUBLE STEMCELL. Aku bantu di belakang tabir. Hangat pula dengan isu halal haramnya... Pelik produk lain yang berasaskan stemcell , terhasil dari placenta dan kulit tiada sapa bertanya isu halal haramnya. Produk Double Stemcell dari buah epal , anggur, acaiberi dan bluberi. Kecoh wartawan ni menegakkan fakta.

Ya memang salah . Tan Sri meletakkan logo halal di bungkusan tanpa memohon pengesahan halal dari JAKIM. Kita tengok la samada Tan Sri akan betulkan atau tidak kesilapan itu. Hot dah produk ni jadinya. Tapi hot dari sisi yang tidak baik.

Sementara itu, hidup mesti diteruskan..
Nak balik Kelantan minggu depan.. ya balik Kelantan lagi.. moga kereta sihat sejahtera
Tiada dah duit berbaki untuk membaiki sebarang kerosakan. Allah mudahkan urusanku Ya Allah..


**ART IS A PASSION**

1 comment:

  1. Insyaallah.. semoga semuanya baik-baik sahaja.. Amin

    DOA DARI SEORANG SAHABAT

    ReplyDelete