Soalan
SAYA ingin bertanya, adakah bekalan susu badan tidak mencukupi disebabkan oleh faktor keturunan? Ibu saya pernah bercerita, beliau hanya berkesempatan memberikan susu badan kepada anak-anaknya dalam tempoh berpantang sahaja. Masalah yang sama turut dialami oleh kedua-dua kakak saya.
SAYA ingin bertanya, adakah bekalan susu badan tidak mencukupi disebabkan oleh faktor keturunan? Ibu saya pernah bercerita, beliau hanya berkesempatan memberikan susu badan kepada anak-anaknya dalam tempoh berpantang sahaja. Masalah yang sama turut dialami oleh kedua-dua kakak saya.
- Melati, Kajang Selangor.
Kebanyakan wanita merasa terganggu dan risau bila mengenangkan kisah
dan cerita ibu mereka yang menghadapi masalah bersalin dan penyusuan.
Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah fizikal yang akan
menghalang dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil. Jarang
sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadi.
Kebanyakan masalah yang wujud pada awal-awal minggu penyusuan adalah
sementara. Masalah ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi
stabil. Bekalan susu yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan
oleh banyak faktor.
Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalam
keadaan yang selesa. Bekalan susu akan berkurangan apabila bayi kurang
disusukan, mengehadkan masa penyusuan dan kedudukan penyusuan yang tidak
betul. Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga
12 kali sehari. Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih daripada itu.
Semakin kerap bayi menyusu semakin cepat payu dara anda 'kosong' dan
semakin banyaklah susu dihasilkan. Kebanyakan bayi akan mengambil masa
selama 30 hingga 40 minit untuk setiap penyusuan.
Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga dia sendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.
Beberapa faktor menyebabkan susu tidak mencukupi seperti merokok,
mengambil kafein berlebihan (mengambil lebih daripada lima cawan kopi
sehari), penggunaan ubat penenang, antihistamina atau pil perancang
keluarga.Bayi juga boleh menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan susu.
Mungkin bayi menghadapi masalah menghisap susu ibunya (biasanya ia
bersifat sementara).
P/S: sib bek masa nyusukan anak dulu tak suka lansung minum kafein2 ni...suka milo + horlick je..alhamdulillah susu mmg melimpah ruah...
**ART IS A PASSION**
No comments:
Post a Comment