Thursday, September 5, 2013

Alhamdulillah - Tesis Siap - Part 2

Salam

Tesis dah siap. Deraf Akhir dah dihantar pada 18 Ogos.
Orang lain hantar dua sahaja deraf...aku terpaksa hantar tiga.
Pihak U hilangkan satu malah telefon aku marah-marah kerana hantar satu sahaja katanya.
Bila aku terangkan balik bagaimana rupa n isi tesis, barulah mereka mengaku dah misplaced kan deraf tu.. Jadi kerja pula aku ke UKM semula ..dan hantar tesis tersebut...   Dugaannnn

24 Ogos..
Kawan-kawan seperjuangan berjuang membentangkan projek akhir.
Aku...tido kat rumah..
Pemeriksa ke Bandung. Tahniah Natrah!

Set semula tarikh pembentangan pada 30 ogos.
Tiba hari dijanjikan aku pergi dengan penuh semangat... tak tertanggung rasanya beban di dada...cepat la abis..cepat la selesai... nak sambut merdeka...

Aku tiba 10 minit awal..menapak naik ke tingkat tiga ( kurus kaki) dan terus mengetuk bilik pemeriksa PM DR JHY. Malangnya beliau hanya memandang dan menjawab acuh tak acuh..lagi 10 minit, kan janji pukul 10 dan terus sibuk memandang komputer. Aku terkulat-kulat menutup pintu dan berlalu pergi duduk di tangga..

Kembali semula selepas 10 minit.
Saat pintu dikuak, PM DR JHY terus bertanya " Mana report??"

Aku kaku, muka ku pucat ditoreh tak berdarah. Satu sahaja yang bermain dibenak otak genius ku. Aik hilang? Terkeluar soalan itu.

PM DR JHY menjawab dengan teragak-agak " Ye la sepatutnya awak yang bagi saya report.Bawa masa hari pembentangan."

Dunia ku gelap serupa macam P Ramlee dalam cerita Ibu Mertuaku scene lepas Dr Asmadi bagitau Sabariah tu memang Sabariah. Aku diam seketika lantas terus bertanya " Prof, saya dah bagi 3 salinan pada Pn M. Kata Pn M pihak beliau yang akan agihkan kepada pemeriksa dan penyelia.

PM DR JHY masih lagi angkuh, " Eh tak la..student yang patut bawa. Tapi takper la awak teruskan pembentangan. Slide mana".

Nasib baik aku sediakan slide. Tatkala mengeluarkan laptop dari beg, aku sempat SMS penyelia tersayang DR NFMY. Dengan pantas penyelia tersayang ku ini menelefon PM DR JHY. Dan dengan pantas juga ayat ini terkeluar dari mulutnya dengan mata merah menyala ( sentap la tew). " Owwwwwhhhh awak bagitau penyelia yaaaaa". Aku dengan muka selamba mengangguk dan mengiyakan sambil berkata " Ya . Saya risau hilang". Dan dalam masa yang sama Puan M menelefon PM. Rupanya laporan sudah diletakkan di tempat khas. Akhirnya kebenaran menang... PM lupa ambil di tempat itu dan tak ingat temujanji aku dengannya. Aku teruskan pembentangan dengan pelbagai provokasi. Aku anggap beliau tak faham aplikasi aku sebab tak sempat baca laporan. Telahan aku benar.( aku citer kendian).

Erm..petang itu aku terpaksa datang semula ke UKM.Untuk buat pembetulan laporan .Argh..aku redha.. salah aku ke?

To be continued...

**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment