Thursday, September 5, 2013

20 sen punya cerita


 Salam

Kelmarin minyak ron 95 naik 20 sen, hari ni dah dengar roti canai dan teh tarik dah naik 20 sen.
Rakyat didahulukan...

Aku terbaca dari fb...

Seronok jugak tengah² malam ni baca komen² dari rakyat Malaysia pasal isu minyak..rasa macam nak pecah perut ni dari tadi dok bantai gelak kat restoran mamak..apa pun aku lebih tertarik dengan 1 komen ni..mungkin beliau ni pakar ekonomi..

↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓

Utk siapa guna RON95, meh kita sama2 buat calculation sikit.

Kenaikan 20sen (x byk mana pun, yg korg bising ni knapa???) adalah bersamaan RM600-1,000 setahun. X percaya?

Average tangki minyak keta (myvi ajelah kot) org biasa2 ialah 30 liter. Kalo isi full tank = 20sen x 30 liter = RM6.

Sekali isi, anda kna tambah RM6-8 utk full tank. Klo anda isi minyak keta smiggu 2x adalah bersamaan dgn RM48 sebulan. Kalo setahun? RM 576, lebih RM76 dr BR1M. Kalo tangki keta anda 50liter, so dah boleh congak dlm lingkungan RM960 setahun. Itu baru satu kereta. Kalo satu famili ada 2 kereta (laki bini pi keja), kali 2 dah jadi RM1,152-1,920 setahun. Bermaksud anda kena tambah lebih kurg RM100-170 sebulan utk 2 biji kereta bwk pi keja dr kadar sebelumnya hanya utk petrol.

Jumlah kenderaan di malaysia lebih kurang 20 juta. Let say 50% yg guna RON95, so kerajaan boleh collect average lebih kurang 10 ke 15 billion setahun. Banyak kan? Anda tahu nilai 1 billion? KLCC dibina dgn harga kos 5 billion. Maka jika 15 billion, kita boleh bina 3 KLCC. Itulah jumlah sikit 20 sen kenaikan yg kita contribute utk bayar petrol. Law of numbers. Good news is, kerajaan boleh gunakan duit extra 20sen yg mereka collect ni utk bayar hutang negara yg hampir mencecah 500 billion disebabkan oleh kesilapan mereka sendiri kerana salah urus tadbir wang negara. Siapa kena tanggung hutang ni? Saya dan anda semua.

20 sen adalah bersamaan 10% kenaikan (dari harga lama RM1.90). So u all boleh predict dominos effect, harga barang keperluan juga akan meningkat skurg2nya 10%. Kenaikan ni xkan berubah wpun pasni PR menang pilihanraya n turunkan harga petrol jadi 50%. Maknanya, jika expenses anda sekeluarga utk brg keperluan adalah 1k sbulan, makanya pasni dah jadi 1.1k. Itu x termasuk wang lebihan yg perlu dikeluarkan byr kenaikan harga petrol yg sy calculate awal2 td. Inilah yg org jawa panggil inflation.

With GST is coming up after this, followed by kenaikan tarif elektrik yg sdh diwar2kan, u can expect 20%-30% increase in good's price instead of 10% yg disebabkan oleh knaikan harga minyak. Penurunan harga kereta yg dijanjikan msh blom nampak tanda2 akan jd realiti, pengangkutan awam pun msh ditakuk lama sejak 10-15 tahun yg lepas. Apa pilihan yg rakyat ada? Naik beskal x praktikal sbb malaysia bukan mcm australia cuaca sejuk pun org boleh jogging tghari buta. Naik bas? Cubalah try, seminggu pun jadilah. Tgoklah anda boleh tahan ke x. Last 3 months saya naik bas hanya dr kota dmansara ke KL mengambil masa 3 jam. Itupun sesak mcm tin sardin, penuh dgn bangla dan indon. Mcm2 bau ada.

Jadi, fikirkan. Apakah 20sen kenaikan petrol itu yg anda katakan itu sedikit? Apakah mereka yg terjejas ini tidak berhak membuat bising???


(^_^) Janji dicapati...rakyat melingkup...kerajaan kaya raya...hutang rakyat tanggung.

No comments:

Post a Comment