Wednesday, September 4, 2013

Alhamdulillah - Tesis Siap - Part 1

Salam

Nukilan terakhir pada 21 Jun 2013..9 hari sebelum Ramadhan menjelma..
.
.
.
.
.
.
.
 2 bulan beberapa hari...malas aku nak mengiranya...Syawal pun akan berlalu 3 hari lagi..

Setelah segala-galanya selesai...sebaik sahaja tesis dihantar untuk dijilid keras....

Bulan Julai

Aku dah semakin hampir ke puncaknya..
Bakal ku genggam segulung ijazah..
Tapi bayarannya....perghhhh

Aku semakin sibuk dengan projek akhir; aplikasi mudah alih : Aplikasi Android Sistem Maklumat Express Railway Link. Sempat kami bertiga ( WAWA n NINA - Odisi Aurora ) pergi ke kelas  ( Bulan Mei) untuk belajar bagaimana untuk membangunkan aplikasi ini. Pada mulanya nampak mudah...boleh disiapkan satu hari sahaja kalau setakat nak paparkan antaramuka statik. Tiada interaktiviti dengan pengguna. Dokumentasi pon mudah disiapkan .. 18 Julai tarikh hantar Deraf Akhir... bammmmmm ...projek aku kene reject...statik..statik...statik... aku kiok...

Peperiksaan akhir menghampiri...
Ada satu lagi projek Dr Salwani...
Ada presentation.. ada dokumentasi yang perlu dihantar..
Bersungguh-sungguh aku buat di pejabat diselang seli panggilan telefon dan timbunan permohonan pendaftaran JPJ...alhamdulillah siap sehari sebelum jumpa Wawa untuk buat bahagian lain..

Kami buat last minute.. Hari Sabtu seminggu sebelum bermulanya peperiksaan akhir ( 28 Julai 2013), aku pulun buat dengan Wawa. Nina tak dapat hadir tapi kami dah agihkan part lain untuk dia selesaikan... Tapi tak mengapa ..kami pulun mana yang dan dulu ..sampai siap...Sampai hari presentation...erk tak lengkap..Dr Salwani  bagi tempoh sehari .Erm..pulun lagi n tambah mana yang kurang..sampai kul 8.30 malam masih ada di opis Wawa.. Sampai kelas kul 9 malam n terus present dengan jayanya. Alhamdulillah..antara yang terbaik kata Dr Salwani.. kami senyum sampai ari ni :D. Berbaloi!!

Aplikasi mudah alih..dilupakan.. Tumpu pada peperiksaan akhir. 2 paper sahaja..sehingga la minggu terakhir hari raya. Tiada semangat untuk beraya. Bonus pon RM500 jer.. Tapi sepanjang Ramadhan gundah gulana. Hari minggu berkampung di rumah Wawa / Nina... siapkan projek dan berbincang latihan-latihan untuk exam final... Arghh...nak pecah kepala.. Kalau dulu setiap kali kami selesai exam.. aku , nina n wawa mesti melepet kat luar dewan..mengenangkan kegeniusan menjawab soalan. Macam-macam formula n sintaks bahasa baru tercipta. Well... kali ni  kami hanya senyum sahaja..yang penting kami lulus dan boleh konvo..

Anak-anak dan suami rasa diabaikan. Bila BFF tanya  " Yang , bila nak beli baju anak-anak"... aku diam ajer...sentap hahahahah...
Semua persiapan raya dibuat last minute..

Raya kali ni tak keruan..mengenangkan projek akhir yang masih belum siap..
Berjaya juga siapkan dengan bantuan teman sepejabat Wawa..syukur...
Tidur pun 2 -3 jam sahaja sehari.. n ada kalanya aku tak tidur terus ke sahur untuk siapkan projek.
Pengalaman yang tidak akan dilupakan..



Esoknya
**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment