Thursday, October 13, 2011

Bila kita baik

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sem 4 baru bermula 7 Oktober lalu... Sem kali ni ada 5 subjek..dan ada projek kumpulan dan juga kelas hari sabtu..(pingsan)
Setakat ini kelas berjalan lancar ( saya juga ) dan azam sem ini tidak mau ponteng kelas ...kecuali ada hal mustahak/penting dll...

Tapi entri kali ini bukan pasal kelas saya nak cerita...Saya nak cerita pasal saya..

Dulu zaman-zaman sekolah saya memang laser...ada geng pulak ..tapi laser bertempat... sebab saya ni agak pendiam n cakap bila perlu...so bila sampai waktu tu...kena la orang tu kan...tapi saya tak jahat...Masya allah..

Bila masuk kolej dan terpaksa tinggal di rumah sewa di Nuri Courts, Pandan Indah, kami berkongsi dengan 6 rakan yang lain. Saya pilih bilik paling kecil dan berkongsi 3 orang di dalamnya. Ada katil..syukur...Yang tak best ada la seorang hamba Allah ini suka sangat lepak kat bilik saya dan lebih tepat di katil saya. Kat bilik sendiri tak nak duduk...tido sume kat katil saya hokay.. Saya ada bawak seketul anak patung anak lembu yang sangat cumel buat peneman tidur..Anak patung lembu tu pun dia suka gak..siap tido dan meleleh air liurnya. Ok..kalau anda jadi saya...apa perasaan anda? BUkan sekali dua...setiap hari...selalu... Bila saya sound... terus dia tak nak kawan dengan saya.. Salah saya ke??

Saya pindah dari rumah itu dan tinggal di asrama. Bila dah pindah di asrama, ada la seorang hamba Allah ni pula, suka berdamping dengan saya. Dalam kelas...asrama...di mana-mana sahaja...sampai tidur kat bilik juga.Makan minum semua kat bilik kami, bukan di bilik dia Kawan-kawan sebilik ( 1 bilik share 4 orang - tak berapa suka pada kawan saya ini ) cakap perempuan ini nak menumpang kepandaian saya, baik ada makna ( saya tak pandai mana pun).. Tapi saya yang lurus bendul ni tak suka bersangka buruk...tak baik.. Suatu hari, kami digesa pindah dari asrama. Asrama akan ditutup. Jadi kakak-kakak dalam bilik saya sibuk la cari rumah. Saya follow jer.. Yang hamba Allah ni dah kecoh katanya nak duduk dengan kami
( kami tak penah ajak dan saya tak pernah cakap apa-apa pada dia ). Bagitau semua orang Nat ajak dok sekali. Fitnah ok.. Sebab saya suka cakap benar saya maklum pada dia rumah yang bakal kami sewa tu dah cukup orangnya. Tak nak ramai sangat too crowded. Erm..lepas tu bom meletup ..macam-macam dia burukkan saya, kakak-kakak senior sudah pandang serong pada saya. Macam-macam kata tohmahan saya kena. Saya diamkan ajer dan jumpa dia...minta maaf.. salah ke saya? Sekarang ada tengok dia add semua kawan-kawan kami masa belaja di kolej tapi dia tak add saya pun dan saya pun tak teringin nak add dia. Ada aku kesah!

Bila dah kerja , saya jadi pendiam dan laser saya dah tiada. Saya jadi seorang yang amat pemalu dan sangat sangat sangat sangat rendah diri. Saya asyik fikirkan orang lain dan tiada lansung niat memikirkan tentang diri sendiri. Kenapa?? 2 sebab tadi menjadikan saya begini... Saya suka tolong orang lain dan tak harapkan balasan. Tapi ada seorang hamba Allah ni benar-benar menguji saya. Pertolongan yang diminta agak keterlaluan. Sekali sekala saya boleh ikutkan ( suami saya sangat melarang saya berkawan dengan dia )..Akibat salah faham , macam-macam 'ayat manis' dia sms saya, di facebook. Padahal saya dah tolong tuh.. dia minta tolong untuk tempoh dua bulan. Kawan-kawan opis lain menghasut macam-macam. Tapi bila saya dah bertelagah dengan hamba Allah ni, masing-masing buat kering dan mereka baik sangat sangat sangat dengan hamba Allah tadi macam tak berlaku apa-apa.. Saya serik buat baik dengan orang tapi saya tak berdaya nak tolak kalau orang minta tolong. Salah saya ke?

Parking kat opis saya agak kritikal. Sebagai kuli saya tidak layak mohon lot parking. Sejak seorang pegawai lain berpindah ke tempat lain, saya parking kat tempat beliau sejak sebulan lalu. Hari ini saya lewat dan saya tengok orang lain dah parking kat tempat tu. Orang yang parking ni kenalan saya dan tau saya parking kat situ. Akibatnya jenuh saya cari parking lain...Saya selfish atau dia selfish ? Pada pemerhatian saya, setiap kali saya parking tempat pegawai lain, kalau saya lewat , hamba Allah ni akan parking pula kat situ. Saya parking dengan kebenaran, saya akan call tuan empunya parking bertanya samada dia masuk kerja atau tidak sehinggakan tuan empunya parking call saya bila hamba Allah ini parking. Salah saya ker?

Saya mungkin kelihatan naif, selenga, lurus bendul atau sewaktu dengannya..tolonglah jangan ambil kesempatan ke atas saya. Saya manusia biasa..Kesabaran saya ada hadnya..

Maaf pada sesiapa yang terbaca entri ini. Sekadar luahan hati yang dipendam lama..Kalau anda rasa bosan , nak muntah, menyampah... Salah saya ker?

**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment