Tuesday, September 20, 2011

Orang kat Malaysia sibuk buang bayi...tapi kat German...

Salam

Kepada pembaca-pembaca sekalian....
Macam mana Syawal anda.... Banyak pergi majlis rumah terbuka?? Berat masih maintain? Heheheh...

Lama saya biarkan blog ini bersawang..Sekarang dah 20 September. Sekarang saya masih bercuti semester. Kelas saya bakal bermula 3 Oktober 2011- semester 4. Ada berbaki 4 semester lagi yang perlu saya harungi. Laporan Pengecualian Latihan Industri pun sudah saya siapkan.

Ok..saya masih lagi belum berkesempatan untuk memuat turun gambar-gambar hasil kaitan yang saya buat untuk hari raya aidilfitri lalu. Dan entri saya kali ini tiada kena mengena dengan jarum/benang...

Isu yang ingin saya ketengahkan di sini ialah mengenai buang bayi. Saya jumpa cerita ini melalui blog ini. Kerap kita dengar mengenai isu buang bayi. Bayi yang dibuang masih sempurna. Kalau panjang umurnya sempat bayi tersebut diselamatkan. Malah terdapat juga yang kurang bernasib baik...erm.. sedihkan..

Tapi di German, para doktor sedaya upaya menyelamatkan bayi bertuah ini yang hanya berusia 25 minggu ( 6 bulan 1 minggu ). Subhanallah